CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 3, 2009

Malang Masih Berbau

Masuk semalam dah 3 hari aku puasa. puasa ganti a.k.a sunat bulan Rejab. Actually ini menu aku hari Selasa ritu. Sayur dan sotong tu aku masak, tomyam tu orang ngasuh bagi. hehe.. dapatla aku buat berbuka. tapi semalam pun, menunya lebih kurang cam ni gak, masih lagi sotong, ikan goreng dan sayur kacang kelisa goreng cabai serta sambal macang. aku tak snap gambar, lupa la pulak.. berselera jugakla aku makan semalam. alkisah yang nak aku kongsikan disini bukan menu aku ni.. perihal kisah sorang budak ni.. Irfan.. nak tau apa yang dia buat.. ? mari kita tengok sapa yang kenaaaaaaaaaaaaaaaa...

Aku selesai bukak posa aku naik atas, tengok Ikmal tidor.. Abah dia belum balik g men bola.. tengok2 kat Irfan.. rupa2nya..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Dia tuang air soya atas plug TV. Patutla aku panggil dia menyahut ja.. ha, ha, tengok2 ini kerjanya.. nasib baikla air tu aku bubuh suku ja.. aku ambik towel aku lap, tiba2 rasa tangan aku 'short'. aku terus tutup suis. Aku pakai slipper getah, aku letak dia jauh2, aku lap air yang basah tu.. ya allah.. nasib baikla Irfan tak kena kejutan elektrik. Aku mengucap panjang. Aku marah dia, aku kata.. "kenapa Irfan main ni, bahaya tau dak, nanti TV ni meletop pom!". dia ajuk balik aku cakap, pom! dia kata, aku tergelak, tak jadi nak marah dia. nak pukul pun, apala yang dia tau.. buat sakit badan ja. kalau mak aku, dia tak bagi kami pukul anak2. dia kata, buat sakit badan anak2 ja, bukan dia tau apa..! hai dah la, kes dia masuk wad ritu, aku phobia lagi, ni tambah satu kes lagi pulak.. nauzubillah.. tapi yang buat aku tersenyum tu, bila aku ambik cotton bud untuk cuci dalam lubang2 plug tu, Irfan pun sebok sama, dia cuci plug, dia korek telinga dia. ha! itupun satu lagi aku nak kena beware, cotton bud pun aku kena sorok sentiasa, takut dia main jugak, haila anak.. nasib baik aku cepat..

Tengok kat TV tu, Irfan punya kerja jugak menconteng TV dengan color

yang kat lantai ni, dia tepuk2 dengan tangan dia.. pikir2 balik, yang aku ni pun, dah tau air dengan karen x leh ngam, boleh jadi 'short', dok gagah lagi, dan lagi ambik gambar.. he.. maklumla.. blogger.. menyokong kata member blogger, fara_adura a.k.a mama sofea.. 'blogger tegar'.. hehehe..

bila abah balik, inila kerjanya.. kain baju yang aku basuh pun dah tak tersidai dek abah dah.. sebok dengan benda ni.. kadang2 hangin pun ada.. tapi aku pun sama.. nak kata sorang pun tak leh la jugak.. Tengok Irfan, dia dengan abah dia, takut.. abah marah dia pegang2 laptop.. so, inilah aksi bila abah tak bagi Irfan tengok dekat2.. hehehe.. padan muka.. kalau dengan mama, melampau, baru jer mama ambik beg laptop, Irfan dah siap tarik kerusi nak duduk, mama baru bukak, Irfan dah tekan switch on laptop. Bila mama pegang mouse, Irfan tepis tangan mama.. ha.. dengan abah.. kena jerkah.. baru tau langit tinggi rendah..

Sebok nak tunjuk gambar dia kat wallpaper tu.. cakap dalam bahasa dia.. explain kat abah.. macam la abah tak kenal tu gambar sapa..

Last2 abah surrender.. abah nak shutdown dah.. esok2 kita surf lagi ok..

5 comments:

*Azie* said...

nasib baik la xshor....akak dah ganti posa yer..azie blum lg...next week baru nak mula...

*Azie* said...

akak setiap apa yg berlaku itu adalah kenangan ...jadi bila dah tangkap gambar bila kita tgk balik kdg2 senyum sendiri...nnt bila irfan dah besar dia tgk mesti dia pun tersenyum...so oleh tue kita tagkap jer gambar dan menjadi blogger tegar,,,

ImanRifqi08 said...

nasib baik dua2 x kena karen...kalu x msk spital..nakal yea anak buah maksu ni...

@nnap3jelov3b@by@qiL said...

huhuhu bahayer nyer..seb bek la irfan x apa2

nfaw83 said...

ada ja projek irfan nih!apa pun lauk bukak posa tu npk cm sodap ja!!