CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, June 10, 2011

MENGIMBAS PERISTIWA CUTI SEKOLAH..

Huh!! cepatnya masa berlalu. esok dah hari terakhir cuti sekolah.. hadoi.. bermulala balik aktiviti aku iron baju sekolah, jadi cikgu pada Ikmal dan mcm2 lagi... kesian jugak kat Ikmal, tak pegi mana2 pun cuti sekolah ni, balik kampung ja.. takpala, lain kali kita pegi ok.. cuti hujung tahun nanti insyaallah, ada rezeki, kita jenjalan ok.. insyaallah amin...

mengimbas kembali cuti sekolah hujung tahun lepas, aku terpanggil untuk menceritakan kisah cuti sekolah Ikmal dan Irfan.. tahun lepas cuti sekolah aku tinggalkan Ikmal dan Irfan kat rumah.. en. abah keja dekat jer.. kejap2 boleh balik tengok anak2. sebab tu aku tak risau sangat nak tinggalkan budak2 ni.. alhamdulillah spanjang sebulan aku tinggalkan dorang berdua, ikmal berubah menjadi abang yang sangat baik pada adiknya.. dia dah mula berdikari, boleh mandikan adik, buat susu adik, basuh ehem2 adik.. pendek kata, adik akan mintak abang yang buat kalau apa saja yang dia nak..

sebenarnya.. ikmal ni penakut.. hehehe.. so, apa saja yang dia nak buat, mesti berteman oleh adik, secara tak langsung, apa saja yang adik nak, dia kena buat la.. dengan syarat, adik teman.. give and take.. sampaikan ikmal nak ehem2 pun adik sanggup tunggu depan pintu.. tapi sambil mengomel.. "cepatla abang.. lambatla abang ni.. busyuk la abang...!! cepatla....!!" habih.. mana tak busuknya.. dah depan2 pintu ditunggunya.. agak2la nak setia kat abang pun.. hehe..
itula anak2 aku...

tapi Ikmal akan cepat menangis bila aku balik lewat. pada dia lewat la.. padahal baru pukul 6.. sampaikan aku pesan pada ikmal, selagi belum azan kat tv, berita belum start, maknanya belum lewat lagi, kalau dah azan kat tv, berita pun dah start, mama dengan abah still tak balik, pegi umah pakcik arif depan tu, bagitau dia... menangisla ikmal bila aku cakap mcm tu.. bila aku tanya, kenapa nangis? takut ka.. dia cakap "takut mama dengan abah jadi pape.." sebak pulak aku dengar dia cakap mcm tu.. meleleh jugakla airmata aku... ada satu hari tu, aku bagitau dia, aku nampak ada xcident, makcik tu meninggal. kesian kat anak2 dia dah takde mak.... niat aku nak bagi dia rasa bersyukur dia masih ada aku.. tapi lain pulak jadinya, aku sampai rumah pukul 6.30ptg, lewat 1/2 jam dari biasa, ikmal peluk aku terus, meraung2. sampai aku pun menangis sama.. hahahaha... dia kata, "takut jadi pape kat mama ngan abah... takut mama ngan abah mati...!!" pulakk... lpas pada tu aku sruh dia angkat tangan berdoa pada tuhan supaya selamatkan mama dan abah bila dia rasa takut aku balik lambat.. lepas tu alhamdulillah.. dia dah ok... takut tak takut pun sebulan jugakla Ikmal survive dengan irfan dok umah... hehehe.... tapi bila setiap kali aku balik lambat, akan ada surat cinta dari ikmal untuk aku...



ha.. ni antara suratnya.. masa ni, ikmal tak cekap sangat lagi membaca, masuk darjah 2 ni baru ok, alhamdulillah ada kemajuan... walaupun ayatnya masa tu tunggang terbalik, dan ikmal pulak kena xplain balik kat aku, tapi aku amat menghargainya..... itula kenangan cuti sekolah tahun lepas yang ingin aku kongsikan.. dan cuti sekolah baru2 ni.. ok, semua tiptop, ikmal pun dah ada handphone, senang aku nak call. tapi mslah lain pulak yang timbul, masing2 dua hero ni berjaga sampai pukul 1,2 pagi main game kat internet. esoknya bangun dah pukul 10,11 pagi. takde breakfast lagi, bangun jer pg rumah ngasuh untuk lunch.. kali ni, aku tak tinggalkan seharian dorang kat rumah sebab bby sitter soh antar dorang makan kat sana.... tak payahlah en.abah susah2 balik belikan nasik..

papepun, sekarang ni, masa cepat sangat berlalu.. cuti sekolah tak terasa pun dua minggu dah berlalu.. yang pastinya.. aktiviti sebok akan bermula kembali... heheehe.. selamat kembali ke sekolah, buat blogger semua, aktiviti goyang kaki dah berakhir... selamat memulakan rutin harian semula yer...... adios...!!