CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, December 23, 2010

SELAMAT HARI JADI BA.. KERINDUAN YANG TAK PERNAH PADAM..



Hari ni 23hb Disember 2010, hari ulangtahun Arwah Ba.. kalau dia masih ada, tahun ini dia akan menyambutnya untuk kali yang ke 87 tahun.. Tiada lagi panggilan telefon dari aku mcm selalu.. walaupun 3 tahun dah berlalu, tapi setiap kali tiba harijadi Ba, aku sering rindu untuk membuat panggilan telefon mengucapkan "selamat hari jadi Ba yang ke...." dan dia pastinya dia akan berkata, hadiah apa hang nak bagi kat aku..? kalaula dia masih ada.. semoga Arwah Ba ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.. ALFATIHAH.. hari ni genap juga pemergian arwah Tok aku yang ke 11 tahun.. semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.. sesungguhnya aku terlalu rindukan kehadiran Arwah Ba.. semoga roh Arwah Ba tenang di sana.. AMIN...

KERINDUAN INI TAK PERNAH PADAM.. MALAH KADANG2 MERUNTUN JIWAKU..





Thursday, December 9, 2010

HAPPY 3RD BIRTHDAY SAYANG...

Huh!, berupdate jugak blogku ini hanya kerana hari ini.. 09 DISEMBER 2010.. hari yang penting untuk mama sebab hari ni, hari ulangtahun hero mama yang kecik ni, yang nakal, yang keletah, dan yang menjadi penawar dan racun pada mama dan kita sekeluarga.. hehehe... Waaaaaa.. anak mama dah besar.. HAPPY 3RD birthday MUHAMMAD IRFAN DANISH.. semoga anak mama tumbuh menjadi anak yang soleh, anak yang berguna pada agama bangsa dan negara, juga semoga anak mama dan abah ni menjadi anak yang berjaya di dunia dan diakhirat.. mama sayang irfan.. cepat betol masa berlalu.. anak mama dah 3 tahun.. anak mama sekarang dah pandai cakap sikit, maksud mama dah agak lancar, walaupun progressnya lambat sikit dari abang ikmal, tapi mama tak kisah, irfan cepat berjalan, abang ikmal cepat bercakap, whatever.. yang penting anak mama sihat ok....


IRFAN di hari ke 2, hari pertama mama tak bermaya lagi nak snap picture IRFAN, msa tu pun tengah mabuk2 lagi dengan ubat bius.. huhu

Hari ke 3, Kita dah boleh discharge, dah siap2 nak balik rumah tok ABAH..

Hari ke 4- Suka la abang.. dah ada kawan..

Hari ke 10

Hari ke 16

IRFAN 1 month

2 Month

3 Month

4 Month

5 Month

6 Month

7 Month

8 Month

9 Month

10 Month

11 Month

IRFAN 1 Year. Masa ni Irfan dah laju berjalan, Irfan start jalan umur 10 bulan.. masa ni mama dah tak ada peluang nak tengok SPA Q. petang2 balik kerja Ifan mesti ajak main, jalan2 kat luar.. huhu..

1 Tahun 1/2

IRFAN 2 YEAR

2 Tahun 3 bulan

2 Tahun 1/2


dannnn.. ini pic the latest pagi tadi pada usia IRFAN 3 TAHUN...

'CUK' IRFAN ni pun berusia 3 tahun jugak..... hehehehe...

MELIHAT PROGRESS IRFAN sejak dari kecil, membuatkan mama terharu dan bersyukur dengan anugerah tuhan ini.. sekali lagi mama sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak mama ini..

HAPPY 3RD BIRTHDAY SAYANG...
MAMA, ABAH, DAN ABANG IKMAL SAYANG IRFAN... MMUAH2...!!

Saturday, October 2, 2010

RIANG RIA RAYA 2010 THE LAST PART

Sambung cita raya lagik.. raya kedua ritu, aku baliK rumah mak aku pulak setelah menghabiskan raya pertama di rumah MIL. petang raya tu, aku dan wanti ke rumah kawan2 kami dulu untuk beraya lepas tu barula kami bercadang untuk balik kerumah family masing2.. kita layan dulu pic anak2 aku masa kat majlis reunion member hubby ni.. merangkap kawan aku masa sekolah rendah..

Irfan buat kelaku.. pejam2 mata pulak..





Dengan kawan lama ikmal yang dah lama tak jumpa. budak ni dulu MIL aku jaga masa kami belum kawin lagi.. sampai skrng dia panggil hubby ABAH.. dulu masa kami baru kawin, budak ni merajuk dengan hubby, jeles sebab dah ada aku.. tapi lepas tu ok.. tambah pulak dah ada ikmal.. jadi geng dia la.. ikmal pun suka kawan dengan abang ni.. salah satu sebabnya rumah abang ni banyak game.. huhu..

pic wajib..



teman sedapur menyiapkan juadah raya kat umah MIL kami..cewah..!!

ini pun pic wajib.. puasla kena kutuk masa ni.. macam tak jumpak kat umah nak ambik gambar la, apa la.. kawan2 hubby kata, kami buat bodo jer.. huhu..



Inilah batch 94-95 SMDHH. tuan rumahnya yang berbaju putih purple dan bertudung purple tu.. thanks nonie.. tahun depan buat lagi na..


berbagai bidang kerjaya, yang kerja gomen, yang masuk politik, yang bukak business sendiri.. tak kisahla.. janji halal..

masa ni boleh nampakla taraf hidup masing2.. pendek kata, alhamdulillah semuanya jadi 'orang'.. yang botak tu cikgu disiplin hubby..bila masing2 dah kerja ni, suma jadi geng cikgu..

Iman dan Irfan, besa 1 tahun, tapi nampak sebaya..

Tuan rumahnyerr... Nonie dan hubby.. gelak sakan.. apa yang suka sangat tu..

Lepas balik dari rumah Nonie, kami kerumah kawan hubby. tapi tak sempat aku bergambar sebab dorang nak cepat. hari dah petang sangat.. dan kami berharat ke rumah Ustaz hubby yang dah lama dorang tak jumpak, ustaz Mat Che Pin. Aku pun tak pasti apakah nama tu nama betul atau singkatan. riuh rendah jugakla bila geng2 ni sampai rumah ustaz dorang yang katanya sangat tegas dan digeruni oleh geng2 'baik' ni dulu.. mengenang kata ustaz Mat pada hubby dan kawan2nya.. "budak2 la tak macam masa hangpa dulu, tak seronok dah ajaq budak2 zaman la.. depa tak hormat cikgu2, hangpa dulu, buaih jugak, nakai, tapi hormat cikgu2, ada rasa takut.. dengaq jugak kata, tapi budak2 la.. hmm tak tau nak cakapla.." aku terkedu seketika.. dan berfikir... zaman anak2 aku nanti macam mana.... ??zaman generasi akan datang.. kalau masih panjang umur...


Macam2 yang dibualkan..

setelah hampir magrib, kami pulang dengan satu harapan agar tahun depan dapat berkumpul macam ni lagi..

Aku sampai rumah, yang tinggal anak2 buah aku jer.. yang lain suma ke rumah pakcik aku kat sungai semambu, bukit mertajam.. jengok2 kat belakang.... ada ini... huh.. sukala anak2 aku esok ni, nak mandi, paklang dorang bawak balik kolam.. aku saja tak bagitau lagi.. lau tak sure malam tu jugak nak mandi.. huhu.. Malam tu kiranya suma berkumpul balik umah mak aku setelah ada yang balik beraya umah MIL dulu macam aku jugak.. bertambah meriahla malam tu.. so, esoknya tukang2 masak decide nak buat roti canai..

Tu dia.. tukang masak pencen tengah uli tepung sebab bos besaq roti canai dah kena balik kerja.. takpe.. pelapis ada..

Inilah hasilnya 5 kilo tepung setelah aku dan anak buahku rani membantu letak planta kat bebola tepung ni.. ha... bukak bab bubuh planta kat tepung roti canai ni, aku nak storey satu cita, aku bukak 2 cincin aku (tak banyak punnnnnn....) boh dalam poket baju tidur..... (tak mandi g tu...) pastu aku pn memulakan kerja lebih kurang setengah jam la..

lepas settle kerja tu, aku siang pulak ikan bilis, nak buat sambal. (cik abang aku tu, makan roti canai, cicah sambal ja.. tak cicah parpu..) lepas tu... aku mandi, makan, basuh baju, bla, bla, bla... hari pun malam, esoknya rutin bermula lagi, aku bangun, mandi, makan, bla, bla, bla, aku pegi pekan, balik, sammmmmpailah aku bergebang dengan abang ipar aku yang baru sampai dari ipoh, tengah gebang2.., ALAMAKKKKK!!! baru aku teringat cincin akuuu...!! huwaa.. dahla itu jer yang aku ada, siasat punya siasat, cari punya cari, sampai mintak tolong anak buah aku (masa tu dia dah balik KL) tengok camera, semalam tu aku pakai baju apa?... akhirnya.. aku cari kat penyidai baju, dalam poket baju tidur tu.. TAK ADA... aku diammmmm..... takut nak bagitau hubby.. takut dia marah.. careless..!! aku cari dalam mesin basuh, dalam beg, merata tempat yang aku rasakan patut.. 2,3 kali jugak aku cari kat penyidai baju dengan kakak aku... tak jumpa.. lepas aku bertenang dan cuba ingat balik kat mana aku letak, jawapannya memang dalam poket baju tidur tu.. aku bagitau mak aku, so mak aku kata, seminggu sebelum tu mak aku mimpi ada tengok 2 bentuk cincin tergantung, tapi tak tau kat mana. dan tak tau sapa punya.. so, aku rasa macam, maybe nanti mak aku yang akan jumpa cincin aku kot...., tapi aku mencuba jugak untuk kali terakhir, aku cari lagi kat bawah penyidai baju.. memang tak ada.. masa aku nak masuk balik dalam rumah aku, aku berniat dalam hati, kalau cincin itu memang rezeki aku, yang aku cari dengan titik peluh, rezeki yang halal... aku akan jumpak balik... insyaallah.. dan aku tergerak untuk cari balik kat bawah penyidai tu.. aku kais2 dengan kaki aku, tiba2, aku nampak cincin aku...!! dan aku jerit JUMPAKKKKK DAHHHHHH!!! aku jumpak satu, dan anak buah aku datang dia cari jugak dalam 15 second, jumpak yang satu lagi, tak jauh jugak dari situ... dapat duit raya extra la tasya dari aku petang tu.. hehe.. harghhhh... alhamdulillah... memang rezeki aku.. pagi tu, kakak aku yang sidai baju tu, sebelum sidai tu dia hempas dulu baju tu, tapi tak kuat la.. tu yang cincin tu jatuh tak jauh, kalau andaikata kuat, mesti dah terpelanting jauh, dan kalau aku tak jumpak jugak petang tu, mesti tak jumpak dah sebab malam tu embun lagi, mesti dah mendap dan terlindung kat celah2 rumput.. yang pastinya memang rezeki aku kan...* moral of the story, jangan cuai...huhu...

huh panjang cita cincin aku yang tak seberapa pun harganya tu.. huhu jangan marah arrr.. ok, back to the roti canai story, ok roti canai siap untuk ditebar oleh kakak aku ni.. perut masing2 dah mula menggelegak...

roti canai sedia untuk ditepuk dan dibakar...

bakar time.. lambat sikit sebab dapur tak cukup..ada tiga ja termasuk yang ni, tapi still dapat makan dengan kenyangnya..

lepas acara buat roti canai, kami bersiap2 pula untuk acara BBQ mlm ni.. sebelum ni kami tak pernah buat BBQ bila berkumpul, ntah apa mimpi, kali ni tukar selera pulak, abang2 dan SIL aku pegi pekan untuk cari kambing, tapi takde stok.. so, kitorang guna 5 ekor ayam, 5 kilo daging dan beberapa paket sosej dan daging burger..

Ha.. pengantin paling baru kena siang daging dan ayam yer...


dalam masa yang sama Abang ipar aku yang ni pulak dok merepair simen pintu rumah yang dah pecah, yang kesiannya, bila dah sapu simen tu anak buah aku, jalan, langgar, pecah balik, dah bubuh sign board tu.. BIL aku repair balik, dia jalan lagi, langgar lagi, pecah balik, repair lagi, dannnnnnn langgar lagi.. kali ni, BIL aku tak repair dah.. tunggu suma dah balik nanti, bila2 pulak dia balik kmpung, dia repair.. huhu... shakeer, shakeer, kenapa kau langgar labu...!! dahla kaki kau tu gedabak punya kaki...!! sian pakcik tau..

jugak menyapu simen kolah besar rumah mak aku. kolah ni 'jerap' air, kata orang utara, susahla bila dah balik ramai2 kolah takde air.. harap bilik mandi kedua, kolah kecik sikit.. bolehla daripada takde..

ha.. ni suma.. bos2 sponsor tukang tengok jer..

Daging dan ayam diperap selama beberapa jam...

Acara bakar bermula..


Ramai nor yang menunggu...



Yang ni aku punya... ayam sedapp... daging aku tak ambik pun.... tapi daging keras sikit.. sebab perap sat sangat kot.. lain kali kami tau dah la.. kalau nak buat better perap semalaman baru best...




selesai sessi BBQ kami malam tu.... licin suma, tak habis pun daging ja.. tapi tak banyak... huh!! kenyang betol... .tahun depan kita buat lagi na...

start raya kelima anak2 buah aku start bertolak balik sepuak demi sepuak, dah mula kurang riuh sikit rumah kami.. tapi still tak sunyi lagi la....


sesi pose sebelum balik biasala... tambah2 pulak bila ada SIL aku yang suka nor jd pengarah, macam tu, macam ni, tapi berhasil jugak, gambar yang gemuk boleh dikuruskan.. huhu..

tengok gambar ni, aku nampak kurus kan... ekekekekeke...




bila dah tiba masanya..., setiap kali ada yang balik, macam ni la.. SESSI BABAI.. dari depan rumah sampai ketepi jalan.... riuh rendah sampai dengar seluruh lorong... huhu..

tengok, sampai ke tepi jalan, sampai abang aku stop keta, salam ni berpuluh kali salam dah, dah salam kat rumah, pun salam lagi... tepi jalan salam pulak...., hai.. .tak snggup berpisah tu...dan aku balik hari khamis sebab ada birthday party anak member kat kepala batas, so, aku balik terus la.. tak patah balik kampung lagi...

Kat rumah yana, kami sampai pun dh pukul 7, suma member2 lain dah balik.. ooppss Ikmal suka kat girl yang baju putih tu... huhu.. pandaila...

Ini birthday girlnya.. NURMARISSA DAMIA.. happy birthday sayang.. muka badmood, baru bangun tidur tu.. setelah settle kat rumah yana, aku singgah jap kat rumah kakak aku dekat dengan rumah yana.. sembang punya sembang sampai pukul 11.30 malam jugakla baru kami balik.. huh... sampai rumah, macam nak menangis rasa.. boring sangat... nasib baik anak2 aku ada.. dok berkuntau dengan dorang la.. tapi still in raya mood.. walaupun cuti 10 hari, tapi macam tak puas raya..... takpela..bwak bersabar.. tahun depan raya lagi. .aikkk.. tak lama pulak raya haji pulak kan.. sabo2!!...

okeyla guys.. last but not least, aku attachkan lagi corat coret pic raya aku kat kpg.. layan...

Kakak aku yang ni jarang beraya kat sini dulu, selalu kat umh MIL dia.., kali ni cuti lama kat umah mak aku. .happy dapat raya dengan dorang..

jeles tngok gambar ni.. tiap2 kali raya, aku memang tak ada.. :-(( maklumla.. raya umah MIL dulu..

abang aku yang ke2

Akak aku yang nombor 2

Abang aku yang sulung


dengan kawan lama, ISMA kawan msa sekolah rendah, last jumpa 1989 masa kitorang darjah 6. pastu sekolah menengah tak jumpa dah, dia satu sekolah dengan hubby lak..

geng kamcing masa sekolah mnengah FIZA.. tak cukup korum ni, kami sebenarnya berempat, 2 lagi tak balik beraya.. raya kali ni mmg raya reunion, jumpak balik member2 lama..

acara wajib setiap hari, sehari 2 kali mandi, pagi dan petang..


tak tahan godaan, mana boleh anak2 ja mandi..




tamat sudah cita raya aku... sampai hari ni, open house tak habis2 lagi.. aku pegi jugak.. dapat gantung kuali.. huhu... walaupun raya aku kli ini serba sederhana tapi tetap meriah... hendaknya kita diberi peluang untuk menikmati aidilfitri 2011 pulak...

SELAMAT HARI RAYA.....!!!!