Hari ni 23hb Disember 2010, hari ulangtahun Arwah Ba.. kalau dia masih ada, tahun ini dia akan menyambutnya untuk kali yang ke 87 tahun.. Tiada lagi panggilan telefon dari aku mcm selalu.. walaupun 3 tahun dah berlalu, tapi setiap kali tiba harijadi Ba, aku sering rindu untuk membuat panggilan telefon mengucapkan "selamat hari jadi Ba yang ke...." dan dia pastinya dia akan berkata, hadiah apa hang nak bagi kat aku..? kalaula dia masih ada.. semoga Arwah Ba ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.. ALFATIHAH.. hari ni genap juga pemergian arwah Tok aku yang ke 11 tahun.. semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.. sesungguhnya aku terlalu rindukan kehadiran Arwah Ba.. semoga roh Arwah Ba tenang di sana.. AMIN...
Thursday, December 23, 2010
SELAMAT HARI JADI BA.. KERINDUAN YANG TAK PERNAH PADAM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment