CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

ENDING 2012 @ KAMPUNG..

Harghhh cepatnya masa berlalu pun akhir 2012.. seperti sebelumnya, bila ada kesempatan cuti, mama dan family akan berkumpul di kampung. acara biasa bila kami berkumpul ni, makan, gosip, tidur, makan, gosip, tidur.. santai.. layan je la pic mama dan family ni..

sayur campur

batang+bunga kantan rebus

haa yang ni special made by kakak ipar mama.. ikan siakap kukus+grill+goreng.. sodapppp gilerrrr..
sisiknya kena makan, sedapp... garing.. untuk kurangkan kolestrol..

gulai sembilang

bandung rambutan
cucur kembong@cakoi@kundas made by mommy... yammehh..
Izz dan kazen2 nya..



dua orang anak buah yang mmg giler begambor..

kepenatan bermain, lena dipangkuan kazennya... hehe

mama dan kakak ipar + kakak.. tengok mama membesar bagai johan kan.. sob sob sob.. sadis toi..



lepas makan mesti lepak2 kat luar ni.. gosip2.. kuikuikui...

kait rambutan yang masih bersisa

kakak mama dan anaknya sedang memetik buah limau kasturi



dua orang cucu mama.. awatif dan ally zharif..


rambutan pun tau tua kan.. hihi..

emm ini anak buah dan cucu menakan mama bersama dengan izz. yang baju hijau tu anak kakak mama Afeef, yang baju bunga2 tu awatif cucu menakan mama anak kepada anak buah mama yang paling rapat, dan yang baju belang tu cucu menakan mama jugak Ally Zharif sepupu kepada Awatif.. bila berkumpul 4 baby ni la the latest baby.. seronokla warga2 dewasa kat kampung tu mengulik 4 baby ni..


Awatif tu menangis bkn apa sbb Izz asyik jerit jer masa ni, dia tekezut tu yang nangis.. hihi

Waa Ally cuba2 pegang uncle Izz ek.. sikit hari lagi mesti gusti nih..hihi

Ini kategori kanak2 riang.. main jer bila jumpa..

haa ini.. dua sepupu yang sering berjumpa bila mama dan kakak mama balik kampung.. kami ja yang paling dekat dengan kampung, adik beradik lain semua dok KL,IPOH,RAWANG..

Mmmm yang ni pulak, kawan baik dan musuh ketat, camana tu? bila time nak main air, buat benda yang nak kena marah, haaa inilah geng nyer.. bila time main mainan, makan, gaduh2 jugak dorang berdua ni.. Ifan tu walaupun dah besar dari Aqeef, tapi kalah dengan Aqeef. Ifan menang jerit ja, Aqeef mcm bebulu jer dengar Ifan dok menjerit sebab tu Ifan jadi mangsa bully Aqeef ja.. haha..

mmmm.. bila sampai masa, semua kembali ke sarang.. abang mama yang dok kat cheras ni dah mula berangkat balik.. dah start sunyi dah masa ni..
Lambaian terakhir.. melambai selagi boleh.. sayu jer bila time2 ni..

Setelah menghabiskan masa selama lebih kurang 5 hari di kampung, masing2 pulang ke sarang.. bila balik ke rumah masing2 semuanya mulala.. rasa bad mood, tapi hidup tetap mesti diteruskan... panjang umur kita berjumpa lagi family day raya cina nanti.. mama selalunya yang paling last balik.. sebab kami kan dekat.. pejam celik, pejam celik dah hampir berakhir taun 2012.. cepat sungguh masa berlalu..



Friday, December 28, 2012

IT'S A BOY..!!

19 Disember 2012 yang lalu mama dan Hajar ke rumah Zie melawat dia dan baby barunya.. setelah anak pertama dan keduanya gurl, kali ni alhamdulillah dia dapat baby boy.. saaangat comel mcam nonie anak zie yang sulung. kali ni zie kena czer sebab baby besar 4.1kg, tpi berbaloi2 sebb dah dapat jantina yang diidamkan.. huhu.. tahniah buat zie, mama tak sempat pegang baby, sebok ngan Izz yang dah mula nak lasak menyuloq ke sana ke mari.. masa mama pegi melawat ni baby ni belum ada nama.. puas jugakla mama, hajar dan zie berborak dan berkongsi cerita setelah lama tak jumpa.. smg zie cepat sembuh.. cepat sihat..

cute kan? tak heran sebab ibu dan kakak2nya pun comel..

see dah pandai tgk camera.. huhu

kami berdua yang membesar bagai johan.. kuang3.. (pic ehsan dari blog hajar..)

Tuesday, December 18, 2012

Kenduri..

Bila Cuti sekolah ni biasalah kan.. penuh dengan panggilan kenduri, so mama tak lepaskan peluang untuk balik kampung makan kenduri anak jiran mama. dulu mama tengok dia dari kecik2 lagi, kata orang utara masih dok beringuih lagi.. tengok2 dah jadi suami orang.. walaupun kami sampai agak lewat bagi kenduri di negeri perak, (pukul 1 lebih) tapi orang masih ramai, pengantin pun baru sampai. mungkin sebab rumah tu last kenduri anak bongsu dia, dan lagipun baru terasa kemeriahan dirumah tu sebab tuan rumahnya dua2 dah meninggal dunia, yang menetap dirumah tu pengantin lelaki tu sendiri, waktu mama sampai lauk pun dah tak banyak, tapi bolehla makan lagi. sambil makan tu mama terfikir.. sedihnya bila dah tak ada mak ayah. rumah tu tak ada tuan rumah lagi.. mama baru tak ada ayah sorang pun aaaaaaamat terasa kehilangan, apatah lagi kalau kehilangan kedua2nya.. ok back to the story..setelah layan iklan sedih jap tadi..hihi

see, Izz sangat good mood bila dalam kereta, suka dia bila dapat jalan2..

tapi dah start takmau dok diam lam keta, nak bangun, nak duduk, nak pegang tu, pegang ni, last2 haa.. ni makan dia..

Bila mama sampai rumah tengok2 bukan mama sorang saja yang balik, Aqeef dan Afeef pun ada. sukala sangat dia bila dapat jumpa abang ikmal kesayangan dia.. tengok, bila dah berjumpa tu apa lagi, masa untuk mengopok la.. huhu

makan sama banyak dengan yang bertabur ka lantai

ini dua budak, tak ngam punya, tapi untuk buat keja2 tak senonoh, geng. geng main air, main kotor kat luar umah.. masuk2 umah tengok dah basah masing2 hmmm anak2 oh anak2....

Si kecik tu pun sebok jer nak nengok abang main game. pastu dia pun nak touch sama..
sebelum balik tu sempatla mama makan+bawak balik sikit rambutan balance2 yg ada kat umah ni.susah nak kait sbb buah dia jarang2 dan tinggi, itupun abah Aqeef yang tolong ambikkan, kalau tak tak merasa la.. nak kait sendiri mmg takla... dengan nak panjat pakai tangga bagai.. dah makin pupus dah buat pokok ni.. nanti nak makan rambutan pokok sndiri pun susah..

Lepas makan malam tu mama balik ke Kulim semula sbb esoknya Isnin, keja3... hmm tak puas dok kampung sat sangat. tapi jadila.. daripada tak balik langsung.. minggu depan mama balik lagi.. yahoo..!! dan pastinya meriah dengan kakak abang dan anak2 buah yang nak balik jugak memeriahkan suasana.. eeee tak sabar tak sabar tak sabar..!! ala2 lisa surihani @istanbul aku datang.. hehe..

Sabtu Yang Ong...

Hari sabtu yang lalu, mama dan anak2 dok umah jer sbb abah takde kat umah. ada tournament bowling untuk JKR. dah lama abah tak main, tapi sbb untuk jabatan, abah belasah ja walaupun dah lama tak g training, kalau ada pun sekali dua ja dlam setahun dua ni.. Mama kat rumah mmm biasalah, asyik kesahkan kain baju, masak makan tak habis2..  tak settle2.. hairan bin ajaib.. huhu.. Tapi masa cepat sangat berlalu . .tak terasa tetiba dah nak petang.., dah nak malam.. yang pastinya kerja rumah tak penah habis mama buat, bertambah lagi ada.. so, beberapa hari sebelum tu, ikmal ada sebut kat mama dah lama mama tak buat siakap stim, so menu tengaahari kami haritu mama buat siakap stim..

Ini menu tengahari kami tanpa abah, ayam goreng, siakap stim (kuah kena banyak sbb ikmal request), pucuk pacu goreng kicap dan sambal kuinin.. mama makan saja jer sambal tu sebab ulam non hado..hehe..layan)
Hampir lepas asar abah sampai umah dan the good newsnya .. team abah champion... hahaha.. lawak.. dah lama tak main pun leh champion, tulah namanya rezeki, dapatla duit sorang sikit, yeay..!! so, abah kata jom kita keluar beli baju sekolah anak2.. mmm elokla... mama dan anak2 pun dah buhsan.. mama tak pegi jauh, pegi Giant Kulim ja... ok anak2 jom siap..

haaa.. ini budak pun dah tau erti jalan.. happy jer bila orang siap2 dia, lambat dukung dia, kayuh jer kaki tu nak mintak dokong.. hihi..

dah nampak bunga2 buhsan dah.. tapi leh sabar lagi..

ini tahap buhsan melampau dah, sbb lama nak cari kasut abang ifan. kaki dia kan kecik tak jumpa size
akhirnya dapatla mama carikan kasut untuk ikmal dan irfan, baju pra sekolah untuk irfan dan uniform pengawas untuk ikmal. taun depan Ikmal baru taun pertama nak jadi pengawas, itu yang kena beli semua baru. baju biru, kasut dan stoking hitam. seluar jer boleh lagi guna yang lama. yang lainnya mama selitkan beli stationery untuk budak berdua tu.. itu saja yang dapat mama cari malam tu, tak dapat cari semua. beli yang mana penting dulu, nanti kita cari lagi okeh.. alamak...!! soping smpai mama lupa malam tu ada idola kecil.. mmm.. takperla nanti mama tengok kat youtube jer..