CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 7, 2012

Ikmal Dan Telur Dadarnyer..


Pagi ni bukak blog tengok ada satu komen dari si Blogger Tegar Mamalieyna .. hehehe.. mmg selalu jengah blog dia, cuma kadang2 tak tinggalkan komen jer.. terharu jugak bila tau si Blogger tegar ni jengah jugak blog aku yang dah lama bersawang ni.. TQ fwen..

ambik pesanan mamalieyna kata selalula update yer.. so hari ni aku nak story pasal Ikmal dan telor dadarnya. sebenarnya anak bujang aku yang berumor 9 tahun ni, dah boleh masak nasik. aku kan takde anak pompuan, so, aku ajar jugakla dia buat keja rumah, untuk kebaikan aku dan dia sndiri.. masak nasik tu insyaallah dah pas dah si Ikmal ni. tapi awal minggu ni, Ikmal mengejutkan aku bila aku balik kerja dia bagitau dia buat telor dadar sendiri. sebelum tu mmg la dia pernah tengok dan tolong aku buat telor dadar. tak sangka pulak kali ni, time aku tak ada dia betoi2 buat sendiri. kering jugak darah aku. ya la, gas, api2 dapor tu, bahaya. aku explain jugak kesan2 dripada bahaya gas ni.. takut jugkla ikmal. baru dia tau gas boleh meletup bla.. bla.. bla.. tobat tak buat lagi kalau aku tak ada kata dia.. mmm tau takpa.. Ikmal kata dia buat telor dadar tu hangit, tapi dia makan jugak sampai habis. sedap jugak dia kata.. hihi.. dia makan 2 beradik ngan ifan, abah dia keja. sebelum tu mmg dah breakfast, dan lunch dia kata kat abah dia kenyang, tak mau makan. so, abah tak balik hantar nasik la. tetiba buat pandai sendiri pulak p masak. kuuusss semangat..  jadi untuk dinner kami malam tu aku masak lauk ja la sbb nasik yang ikmal masak siang tu ada lagi.. berkat sungguh nasik tu... habis 4 beranak kami makan walaupun hanya berlaukkan simple malam tu..

lepas daripada insiden tu, Ikmal seakan gila buat telor dadar.. hahaha... setiap malam menunya mesti telor dadar.. buatla nak oiii selagi tak jemu, tapi telor dadar ikmal kosong, dia tak suka bawang, aku pun tak suka bawang.. hihi..
  
haa inilah telor dadar Ikmal..




2 comments:

~Siti Hajar~ said...

Bagus Ikmal, ringan beban mama pasni, tp cafefull yer, mama pun jgn biar sgt k...hehe

Danial aku pun dah blh grg telur sndiri, klu utk adik dia aku srh dia ja masakkan...tp aku pantau la...yg aku ssh hati dalia la, dia still fobia dgn dapur gas sbb hr tu muka dia melecur trk tu kan...sabo jelah anak teruna masak anak dara tgk dr jauh je...haha

RiEda96 said...

hahaha.. zaman la tak kira dah..