CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, December 18, 2012

Sabtu Yang Ong...

Hari sabtu yang lalu, mama dan anak2 dok umah jer sbb abah takde kat umah. ada tournament bowling untuk JKR. dah lama abah tak main, tapi sbb untuk jabatan, abah belasah ja walaupun dah lama tak g training, kalau ada pun sekali dua ja dlam setahun dua ni.. Mama kat rumah mmm biasalah, asyik kesahkan kain baju, masak makan tak habis2..  tak settle2.. hairan bin ajaib.. huhu.. Tapi masa cepat sangat berlalu . .tak terasa tetiba dah nak petang.., dah nak malam.. yang pastinya kerja rumah tak penah habis mama buat, bertambah lagi ada.. so, beberapa hari sebelum tu, ikmal ada sebut kat mama dah lama mama tak buat siakap stim, so menu tengaahari kami haritu mama buat siakap stim..

Ini menu tengahari kami tanpa abah, ayam goreng, siakap stim (kuah kena banyak sbb ikmal request), pucuk pacu goreng kicap dan sambal kuinin.. mama makan saja jer sambal tu sebab ulam non hado..hehe..layan)
Hampir lepas asar abah sampai umah dan the good newsnya .. team abah champion... hahaha.. lawak.. dah lama tak main pun leh champion, tulah namanya rezeki, dapatla duit sorang sikit, yeay..!! so, abah kata jom kita keluar beli baju sekolah anak2.. mmm elokla... mama dan anak2 pun dah buhsan.. mama tak pegi jauh, pegi Giant Kulim ja... ok anak2 jom siap..

haaa.. ini budak pun dah tau erti jalan.. happy jer bila orang siap2 dia, lambat dukung dia, kayuh jer kaki tu nak mintak dokong.. hihi..

dah nampak bunga2 buhsan dah.. tapi leh sabar lagi..

ini tahap buhsan melampau dah, sbb lama nak cari kasut abang ifan. kaki dia kan kecik tak jumpa size
akhirnya dapatla mama carikan kasut untuk ikmal dan irfan, baju pra sekolah untuk irfan dan uniform pengawas untuk ikmal. taun depan Ikmal baru taun pertama nak jadi pengawas, itu yang kena beli semua baru. baju biru, kasut dan stoking hitam. seluar jer boleh lagi guna yang lama. yang lainnya mama selitkan beli stationery untuk budak berdua tu.. itu saja yang dapat mama cari malam tu, tak dapat cari semua. beli yang mana penting dulu, nanti kita cari lagi okeh.. alamak...!! soping smpai mama lupa malam tu ada idola kecil.. mmm.. takperla nanti mama tengok kat youtube jer..

No comments: