CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 28, 2010

CONTEST BERSAMA SICOMEL

Wah.. Contest lagikkk.. camtu la aku, tak berblogging takpe, dah berblogging ni emmmm.. , ada saja contest yang aku nak masuk.. suker2.. memeriahkan blog aku dan Penganjur..

1- contest ni terbuka untuk semua peringkat umur....

2- mesti jadi Sponsored follower...tapiiii untuk 2blog..
3- wat 1 entry khas utk join contest ni, copy paste banner rasmi tu, pastu link kan terus ke sini yer...

4- 1 penyertaan, 1 pic sajer ok...no over2 pcs..nnt byk2 Penganjur jadi miong nk pilih..

5- gambar mestila bersama si comel..mcm gambar Penganjur kat bwh 2...
xkisahla..adik ke, jiran ke, pinjam ank sesape pun..hehehe..janji chummmelll...

6- senang bukan??? n 1 more thing!!! jangan lupe tag rakan aku sekurang2nyer 3orang..
make sure la ye org yg aku tag 2 tau yg die telah ditag...hehehe...
wokehh????

Senang jer kan syarat2 Penganjur?? ape lg..mai ler joinn.....
hadiah 2pcs clothes from bIFA'S collezion

knape sampai 2pcs?? sbb aku kne jadi follower utk 2blog..

mudah sajer.....tarikh penyertaan tamat pada 30 june 2010...so, aku dah join.. dan pic yang aku pertaruhkan...
v
v
v
v
v
v
v


The lastly aku nak tag nama2 kat sini. sebab sekurang2nya 3 orang kan, so aku tag 6 nama kat bawah ni ..:-)

1) Azie (http://azie-zam.blogspot.com/);
2) Hajar (http://daniallea.blogspot.com/);
3) Fadhilah (http://nurinqasrina.blogspot.com/);
4) Wanti (http://imanrifqi08.blogspot.com/);
5) Ein (http://mamawafiq.blogspot.com/); dan
6) mamalieyna (http://mamalieyna.blogspot.com/)

Selamat menjoinkan diri yer kawan2!!..


Sunday, June 27, 2010

Alahai Anak Mama..

Hari ni, aku betol2 all out dengan pc aku ni.. aku rehat jap jer, pastu aku sambung balik dok kat pc aku ni.. tengok blog, jengah umah jiran2, dan mcm2 lagi yang ku study kat tenet nih.. sambil2 tu tngk jugak kot2 ada lobang2 kerja gomen.. hehe.. Irfan asyk kacau mama, aku tau dia ngantuk dah.. mintak buatkan susu, aku buatkan, sebenarnya dia boring tu pasal abang dah tidur, dia patah kaki takde kawan. Irfan ambik kasut bola abah, kasut abang dan susun..

pastu aku bagi dia pen dan kertas, mula2 ok dengar dia dok sebut a, b, c, 4, 6, 1, 4, 6, pastu tengok2 dah diam.. rupa2nya.......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




dah tidur anak mama ni... hai.. nampaknya berjaga pulak la malam ni... mesti bangun tengah malam dan buat aktiviti sendiri nanti..... arghhh... !!


AKtivITi SEmaLaM

Petang semalam aku dan anak2 takde buat pape, lepak jer, lepas makan, petang baru hubby ajak p teman dia jogging kat padang. aku mulanya malas nak kuar. tapi pikir2 balik sian jugak budak2 ni, so, aku ikut jer la, mulanya nak bawak kasut joging sekali, tapi pikir balik, malas pulak, tiba2 idea datang, hmmm bleh singgah kat taman mainan bawak Ikmal dan Irfan, sambil2 tu boleh aku pekena rojak dengan laksa tu.. dah lama tak makan... hihihi..

basikal irfan baru bubuh tayar tepi minggu lepas, so, bolehla dia belajar naik, kalau tak sian pulak, asyik tuntun ja basikal tu.. (*tuntun bermaksud bawak basikal tu sambil berjalan tanpa naik..huhu..)




Lepas tu kami terus pegi padang. sempat main kejap jer, hujan dah mula turun..


ok, jom balik, nanti kita mai lagi na..!!





Thursday, June 24, 2010

FatHeR' s dAY..

Father's day yang lalu, kami anak beranak lepak jer kat umah. hubby ada bola kat alor setar tengahari. pagi tu, kami pegi makan dan lepak2 jer kat umah.. tak ada hadiah istimewa untuk abah, hanya kad dari anak2 dan aku.. happy father's day hubby..

balik breakfast a.k.a lunch, aku dan hubby pekena jambu 88.. dah lama tak makan, so seperti biasa.. sorang dua.. hihihi..

Irfan makan aiskrim.. lepas tu makan jambu pulak.. huhu..

balik main bola, malam irfan bagi kad ni kat abah, hehe.. abah suka..!!

ala.. abang yang buat la.. adik tlong kacau jer.. hihi..


"jadilah abah yang terbaik untuk kami.. dari Ikmal dan Adik, selamat hari bapa, Ikmal, adik dan mama sayang abah.." idea aku.. Ikmal tolong tulis.. tahun ni ikmal request nak buat kad untuk abah dia, aku bagi idea nak tulis apa, dan ikmal yang tulis dan color kad. tahun akan datang, ikmal buat sendiri ok....!!

Irfan mesti nak enterprem jugak....

DAN akhir sekali.. tak pernah lupa untuk arwah BA.. SELAMAT HARI BAPA... ingatan dan kerinduan ini tak pernah hilang, malah semakin bertambah... doa untukmu di hari bapa ini..... ALFATIHAH.... semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang2 yang terpilih... aminnnn...


JUGA PADA YANG ADA DILUAR SANA.. SELAMAT HARI BAPA... HARGAILAH SELAGI MASIH ADA...


Entry aku kali ni campur2, suma aku kumpulkan aktiviti dihujung minggu... aku mulakan dngan acara pegi kenduri umah member hubby. sedap jugak kat umah kenduri tu ada bubur jagung. nasik dia pun ok. agaknya aku lapar kot.. hehe.. biasala time2 kenduri ni, dapur mesti tak berasap (asalnya pun memang tak berasap dah..hikhikhik..)

balik kenduri..

Balik kenduri, hubby ajak tengok wayang. good idea..!! dah lama sangat aku tak tengok wayang. rasanya last masa pregnant kat Irfan. wahh.. hampir 3 tahun... kami tengok cerita KARATE KIDS.. aku bagi 4 bintang. best..!! sesuai tengok dengan anak2. tapi ada satu part tu sensored sikit... sikit jer la..


Dalam suka2 tengok wayang tu, balik rumah, Irfan pulak kena toaster. time tu dah kol 11.00 malam. aku buat roti, baru aku angkat roti, aku paling belakang, irfan dah pegang toaster tu, cepat sungguh. apa lagi, meraung la.. aku bsh tangan dia kat air BIO AURA.. pastu aku letak kicap. dia tengok kicap tu merah jer.. apa lagi menjerit satu rumah (asalnya pun memang kuat menjerit dahhhh).. so, aku basuh. sampai kol 12 lebih aku dok tiup ja tangan dia. dia pun mata dah pejam, bila aku berenti tiup, menjerit balik. tiup la aku sampai keluar air liur aku.. sampai menyengguk2. mengantuk..!! atlast, tidur jugak..

masa baru kena..

Keadaan tangan irfan keesokkannya.. huarghhh dah melembung.. tapi dia camtu la.. relax jer..

*****************************
Pejam celik dah habis cuti sekolah.. so, preparation untuk bukak sekolah, apa lagi, potong rambut yang dah panjang ni.. tempat biasa aku kalau potong rambut budak2 ni mesti kat kedai kat taman jati tu. sebab cina kedai gunting tu yang tau camana nak buat rambut rmbut dorang ni, lagipun dia cekap, budak besala kan, dok tak diam, tapi dengan cina ni, senang jer aku tengok dia handle budak2 cam irfan ni.. dua kepala, RM9.00..





Monday, June 7, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Ahad lepas 6/6/2010, anak buah aku (lelaki) kahwin. majlis berlangsung kat umah pengantin pompuan. aku & co. pergi memeriahkan majlis la.... suma berhimpun kat umah mak aku pada hari sabtu.. taknak la aku cita panjang, layanzzz..

kami bertolak dari kampung seawal 11 pagi.. dekat jer kan.. lagipun bajet pengantin sampai lepas zohor..

wajib posing dulu..

aku dan K.ina with his daughter, anis.. aku yang pling tembam dan rendah.. huhu..

pose wajib jugak dari ikmal dan abang rainnya..

aku bersama adik pengantin, cousin pengantin, maklang pengantin, mak pengantin dan maknjang pengantin.. hehe..

acara bermesra dgn paknjang. maklumla lama tak jumpak..

kat masjid kebuh sireh.. sampai2 tu, kami memeriahkan majlis dulu.. hehe..

bersalaman, bertanya khabar, perbualan biasa "hang nampak kurus la, hang nampak berisi la, cei... baju baru, handbeg baru, lawala, bla, bla, bla, ala murah ja, beli kat sini, kat situ, takpa, nanti kita pi.., uh lama dah aku tak beli handbeg, tak dak masa nak p.., tak dan, poket pun tak dan, tu la.. meninggai dah si polan, si polan tu no, bukan sakit apa pun... ha, patern ni pun lawa, suma time offer, tak offer tak beli la aku.. tu la, tunggu offer la, emm.. buaih.. susut la, emm yang ni tak tau dok diam, emm yang tu, lagi la.. makan tak berenti....." itula antara butir2 perbualan sepanjang sessi ini.. ... ngeh3..


yang ni lagi pose wajib..

Tikah, Dah dan Syud (pengantin suam2 kuku..)
ni korang dengan ACU kesayangan korang kan.. hikhikhikhik...

dah sampai umah pengantin..

nah hai.. suku sakat pakchot saja nih, bukan orang lain pun..

anak buah aku lelaki yang paling kiri sekali, SHAKEER DAN RANI dan pasangan lagi satu, yang lelaki tu adik RANI

Aku dan abang yang paling bongsu..

emm.. k.nor smpai menjilat bibir.. sedap ker...? sedappp lauk suma sedap, tapi tang nasik tu.. ptong sikit, ter'lembut'.. ntahla, mungkin orang lain suka, tapi aku & co, tak suka nasik 'lembut' tu.. tapi ada yang belasah jugak sebab masing2 kebuluran.. antaranya adalah.. aku.. hehehe.. by the way.. gulai dia... perghhhhh sedapppp...

ai.. seronok nampakkkk..

yang ni cucu2 kakak aku yang sulung.. baby yang dipegang oleh menantu baru kak aku tu.. baby sumo dulu tu.. ha.. sekrang ni dah susut.. buaihhhh... aku flashback balik pic dia masa raya cina ritu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hehehe.. bulat kan..

selamat penganti baru.. semoga berbahagia ke akhir hayat yer..


ikmal langsung tak makan nasik, jumpak rain, main jer.. ni makan kek jer.. hmmm



anak abah dah besar.. dah jadi suami orang..

***********************************************
tamat acara kenduri. tak banyak pic yang aku ambik kat umah kenduri, ntahla kenapa, actually sebab lapar, dan panas kot.. bercampur pulak dengan aku kejar masa. hubby nak balik cepat, ada game bola kat kampung, so, masa tu aku dok kelamkabut, nak ikut dia balik atau ikut fmly aku ke rumah tok aku.. huh..!! so, masa tu, aku tak peduli dah camera aku, Faisal jer yang tlg amibk kan pic yang sepatutnya.. dan aku tak dok umah tok aku lama, sebab tiba2 jer irfan mula demam dan meragam.. so, aku balik dengan kakak aku..

Lepas ambk ubat, sampai umah, aku bagi ubat, mcm ni la irfan.. susah hati aku tengok anak demam.... towel tu towel basah, aku selimutkan dia terus sbb panas dia tinggi 39. aku takut pisang berbuah 2 kali.. irfan memang tak suka aku letak semua benda ni kat dia, tapi sebb dia tak larat sangat, so dia tak melawan, kalau tak... jangan harap, mesti dia buang.. lepas maghrib, fmly aku singgah rumah untuk mandi etc.. dan lepas tu kami nak kuar makan.. kononnya tak puas makan nasi 'lembut' kat umah kenduri tadi..


masa ni irfan dh sihat sikit lepas aku masukkan ubat punggung.. aku biar jer dia main bagi peluh..


kami makan kat KEDAI POKOK MANGGIS.. makanan memang.. A++..

lepas makan, irfan mula demam balik, tengok masa ni dia dah mula meragam..

tapi kami adik beradik still boleh gebang lagi.. maklumla, lepas makan ni dorang nak balik kampung balik, aku kerja esoknya. mls aku nak apply cuti, lepas ni nak cuti lagi bulan depan, kenduri lagi...



tengok, dah clear suma pun still tak bangun lagi.. masih gebang lagi tuh.. ada saja citanya.. tak habih2.. banyak sungguh idea kami.. hehehe..



siap boleh tambah order teh, nescafe tarik plak.. perghhhh.. buat macam kat kpg la pulak.. kat kmpg biasa ginila.. lepas makan nasik.. kami buat air panas pulak.. teh tarik 1 jag, milo 1 jag, nescafe 1 jag...kalau ada kerepek2 ker.. kacang ker.. layann.... akhirnya dalam kol 11 fmly aku balik kampung.. so, tinggalla kami... cam sedih pulak.. sebb sat ja dapt berkumpul.. tapi.. tabahkan hati.. nanti jumpak lagi ek...

***************************************
selesai part tu.. mlmnya irfan tak kebah2 demam, cek temperature, 38, 39, last2 aku decide bawak p klinik kerajaan pagi tu..

mak aiiiiii ramainya..... hmmmm memang ginila.. masa ni.. aku pnya nombor 55, time tu baru 31, aku p makan dulu, bila aku balik mai, nombor baru 34, perghhhh tak tahan... irfan dah makin panas, makin panas dah, last2 aku blah camtu ja.. p klinik biasa...

lepas balik klinik, makan ubat semua, panas irfan still cm ni jugak.... tapi hari ni dah ok sikit.. tapi ikmal pulak yang sambung demam.. tak pergi kerja pun, aku baru ja ambik cuti.. so, aku pergi kerja jugak, ambik ubat kat knik, dan aku tinggalkan dia bersama baby sitter irfan.. smga anak2 mama cepat sembuh ya... tuhan saja yang tau susahnya hati mama ni bila anak2 mama demam.. bila dah demam camni ingatkan rumah nak sunyi, kemas, hmmm tak jugak.. irfan bila dia sihat sikit.. aktiviti bermula.. hmmm.. takpala.. janji anak2 mama sihat okeh.. anak2 mama adalah segalanya bagi mama...