CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 7, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU...

Ahad lepas 6/6/2010, anak buah aku (lelaki) kahwin. majlis berlangsung kat umah pengantin pompuan. aku & co. pergi memeriahkan majlis la.... suma berhimpun kat umah mak aku pada hari sabtu.. taknak la aku cita panjang, layanzzz..

kami bertolak dari kampung seawal 11 pagi.. dekat jer kan.. lagipun bajet pengantin sampai lepas zohor..

wajib posing dulu..

aku dan K.ina with his daughter, anis.. aku yang pling tembam dan rendah.. huhu..

pose wajib jugak dari ikmal dan abang rainnya..

aku bersama adik pengantin, cousin pengantin, maklang pengantin, mak pengantin dan maknjang pengantin.. hehe..

acara bermesra dgn paknjang. maklumla lama tak jumpak..

kat masjid kebuh sireh.. sampai2 tu, kami memeriahkan majlis dulu.. hehe..

bersalaman, bertanya khabar, perbualan biasa "hang nampak kurus la, hang nampak berisi la, cei... baju baru, handbeg baru, lawala, bla, bla, bla, ala murah ja, beli kat sini, kat situ, takpa, nanti kita pi.., uh lama dah aku tak beli handbeg, tak dak masa nak p.., tak dan, poket pun tak dan, tu la.. meninggai dah si polan, si polan tu no, bukan sakit apa pun... ha, patern ni pun lawa, suma time offer, tak offer tak beli la aku.. tu la, tunggu offer la, emm.. buaih.. susut la, emm yang ni tak tau dok diam, emm yang tu, lagi la.. makan tak berenti....." itula antara butir2 perbualan sepanjang sessi ini.. ... ngeh3..


yang ni lagi pose wajib..

Tikah, Dah dan Syud (pengantin suam2 kuku..)
ni korang dengan ACU kesayangan korang kan.. hikhikhikhik...

dah sampai umah pengantin..

nah hai.. suku sakat pakchot saja nih, bukan orang lain pun..

anak buah aku lelaki yang paling kiri sekali, SHAKEER DAN RANI dan pasangan lagi satu, yang lelaki tu adik RANI

Aku dan abang yang paling bongsu..

emm.. k.nor smpai menjilat bibir.. sedap ker...? sedappp lauk suma sedap, tapi tang nasik tu.. ptong sikit, ter'lembut'.. ntahla, mungkin orang lain suka, tapi aku & co, tak suka nasik 'lembut' tu.. tapi ada yang belasah jugak sebab masing2 kebuluran.. antaranya adalah.. aku.. hehehe.. by the way.. gulai dia... perghhhhh sedapppp...

ai.. seronok nampakkkk..

yang ni cucu2 kakak aku yang sulung.. baby yang dipegang oleh menantu baru kak aku tu.. baby sumo dulu tu.. ha.. sekrang ni dah susut.. buaihhhh... aku flashback balik pic dia masa raya cina ritu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


hehehe.. bulat kan..

selamat penganti baru.. semoga berbahagia ke akhir hayat yer..


ikmal langsung tak makan nasik, jumpak rain, main jer.. ni makan kek jer.. hmmm



anak abah dah besar.. dah jadi suami orang..

***********************************************
tamat acara kenduri. tak banyak pic yang aku ambik kat umah kenduri, ntahla kenapa, actually sebab lapar, dan panas kot.. bercampur pulak dengan aku kejar masa. hubby nak balik cepat, ada game bola kat kampung, so, masa tu aku dok kelamkabut, nak ikut dia balik atau ikut fmly aku ke rumah tok aku.. huh..!! so, masa tu, aku tak peduli dah camera aku, Faisal jer yang tlg amibk kan pic yang sepatutnya.. dan aku tak dok umah tok aku lama, sebab tiba2 jer irfan mula demam dan meragam.. so, aku balik dengan kakak aku..

Lepas ambk ubat, sampai umah, aku bagi ubat, mcm ni la irfan.. susah hati aku tengok anak demam.... towel tu towel basah, aku selimutkan dia terus sbb panas dia tinggi 39. aku takut pisang berbuah 2 kali.. irfan memang tak suka aku letak semua benda ni kat dia, tapi sebb dia tak larat sangat, so dia tak melawan, kalau tak... jangan harap, mesti dia buang.. lepas maghrib, fmly aku singgah rumah untuk mandi etc.. dan lepas tu kami nak kuar makan.. kononnya tak puas makan nasi 'lembut' kat umah kenduri tadi..


masa ni irfan dh sihat sikit lepas aku masukkan ubat punggung.. aku biar jer dia main bagi peluh..


kami makan kat KEDAI POKOK MANGGIS.. makanan memang.. A++..

lepas makan, irfan mula demam balik, tengok masa ni dia dah mula meragam..

tapi kami adik beradik still boleh gebang lagi.. maklumla, lepas makan ni dorang nak balik kampung balik, aku kerja esoknya. mls aku nak apply cuti, lepas ni nak cuti lagi bulan depan, kenduri lagi...



tengok, dah clear suma pun still tak bangun lagi.. masih gebang lagi tuh.. ada saja citanya.. tak habih2.. banyak sungguh idea kami.. hehehe..



siap boleh tambah order teh, nescafe tarik plak.. perghhhh.. buat macam kat kpg la pulak.. kat kmpg biasa ginila.. lepas makan nasik.. kami buat air panas pulak.. teh tarik 1 jag, milo 1 jag, nescafe 1 jag...kalau ada kerepek2 ker.. kacang ker.. layann.... akhirnya dalam kol 11 fmly aku balik kampung.. so, tinggalla kami... cam sedih pulak.. sebb sat ja dapt berkumpul.. tapi.. tabahkan hati.. nanti jumpak lagi ek...

***************************************
selesai part tu.. mlmnya irfan tak kebah2 demam, cek temperature, 38, 39, last2 aku decide bawak p klinik kerajaan pagi tu..

mak aiiiiii ramainya..... hmmmm memang ginila.. masa ni.. aku pnya nombor 55, time tu baru 31, aku p makan dulu, bila aku balik mai, nombor baru 34, perghhhh tak tahan... irfan dah makin panas, makin panas dah, last2 aku blah camtu ja.. p klinik biasa...

lepas balik klinik, makan ubat semua, panas irfan still cm ni jugak.... tapi hari ni dah ok sikit.. tapi ikmal pulak yang sambung demam.. tak pergi kerja pun, aku baru ja ambik cuti.. so, aku pergi kerja jugak, ambik ubat kat knik, dan aku tinggalkan dia bersama baby sitter irfan.. smga anak2 mama cepat sembuh ya... tuhan saja yang tau susahnya hati mama ni bila anak2 mama demam.. bila dah demam camni ingatkan rumah nak sunyi, kemas, hmmm tak jugak.. irfan bila dia sihat sikit.. aktiviti bermula.. hmmm.. takpala.. janji anak2 mama sihat okeh.. anak2 mama adalah segalanya bagi mama...

4 comments:

mamalieyna said...

waa panjangnya citer dia..takdan nak baca sampai habih laa...wokr2x..hehe..layan gambo je lebih..takpa2 nnti kita mai lagi..huhu..meriah nye majlis, 2 pasang skali..best2x..^_^

♥Azie♥ said...

musim la akak,,,azie 1 family demam....last kena babah dorang

ImanRifqi08 said...

nnt smbg citer wddg kat KL pulak tau....x sabar nak iman nak jmp abg irfan dia lg..see u..:-)

hajarus said...

waaa pengantin 2 pasang sekali.. best tengok... ;d