CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 11, 2013

36 Sudaaaaa...


Happy Birthday To Me.. waa.. pejam celik, hari ni mama dah pun 36 tahun.. selamat panjang umur.. Semoga di usia 36 tahun ini ;-



  • REZEKI mama akan bertambah2 dan diberkati;
  • mama diberikan KESIHATAN yang lebih baik serta hidup mama dirahmati Allah;
  • mama lebih KURUSSS dan lebih CUN lahiriah dan batiniah..
  • mama menjadi HAMBA ALLAH yang lebih BERIMAN DAN BERTAQWA kepadaNya;
  • mama menjadi ISTERI yang lebih baik untuk en. abah;
  • mama menjadi MAMA yang lebih baik untuk anak2 mama.. Ikmal, Irfan dan Izz;
  • mama menjadi PEKERJA yang lebih cemerlang dalam tugas;
  • mama menjadi ANAK yang lebih baik untuk Mak dan arwah Ba mama;
  • mama menjadi ADIK yang lebih baik untuk kakak2 dan abang2 mama;
  • mama menjadi manusia dan WARGANEGARA/NEGERI yang dapat memberi sumbangan untuk negara/negeri
  • mama menjadi KAWAN yang lebih baik untuk semua kawan2 mama...
Banyaknya harapan mama di usia 36 tahun ni kan.. semoga mama lebih cekal mengharungi hidup yang penuh onak dan duri, tangis dan tawa..

Insyaallah... amin...





 

Monday, March 4, 2013

Rushing..

Dah 4 March 2013.. cepatnya masa berlalu.. bulan ni bakal jadi bulan rushing mama rasanya sbb bulan ni en. abah nak pegi training polis sukarelawan selama seminggu kat langkawi, dan yang paling membuatkan mama runsing sbb babysitter Izz cuti sebulan sepanjang march ni sbb nak uruskan kenduri anak dia hjg bulan ni. kenduri pulak first time, so, mmg banyakla preparation yang kena diuruskan.. hadoi.. penat kepala mama ni nak pikirkan semua mslh yang bakal timbul. pokok pangkalnya yang menjadi mslh utama sbb mama tak boleh drive, nak kena kejar bus, kejar teksi, mana nak hantar anak2 ke sekolah, semua tu kejar masa. walaupun hanya seminggu penderitaan itu bakal mama harungi sepanjang en. abah ke Langkawi nanti, tapi dah tak lama lagi, minggu depan ja lagi.. phew.. semak kepala mama pikir semua ni.. lepas en. abah balik training mama tak risau sangat sbb dia ada untuk uruskan anak2.

Nampak gayanya terpaksala mama import mak mama aka tok Felda untuk tlg jaga Izz dan tengok2 Ikmal dan Irfan sepanjang seminggu.. Mak mama tu bukannya kuat sangat. bolehlah habuan kuat semangat ada orang teman kat rumah ja nanti. harap2la Izz terus behave sepanjang Tok jaga. Bila Ikmal dah balik, mama tak risau sangat dah, sbb Ikmal bolehla diharap untuk jaga adik2nya..

Nampaknya mama kena beli stok barang basah untuk seminggu, ikan, sayur, stok makanan anak2 untuk ke sekolah, dan mama kena masak siap2 malam dan esoknya Tok cuma panaskan saja, manala tok ada masa nak msak pulak sbb Ikmal sekolah. sapa nak tengokkan Izz kalau dia tak tidur. waa makin banyakla kerja mama ni. 

Hmmm semoga mama boleh jadi supermom sepanjang en. abah tak ada nanti.. (#mode.. susah hati.. serabut..)


Monday, February 25, 2013

CAKAP NGAN AARON AZIZ..?? Arrggghhhh...!!!!

Tajuk entry yang mama sukaaaa.. tapi sebelum tu mama nak bagitau anak2 mama dah baik demam, alhamdulillah.. Izz dah baik demamnya cuma tinggal batuk dan selsema, begitu jugak dengan Ikmal dan Irfan.. lega mama.. batuk dan selsema ni mmg lambat hilang, mama pun msh lagi, tapi lebih baik daripada panas yang berpanjangan bila demam.. itu lebih membuat kan mama risau..

emm pasal tajuk entry mama hari ni.. yaaa.. mama dapat cakap ngan hero puuuujaan hati mama tu.. siapa lagi kalau bukan AARON AZIZ..!!  kisahnya mcm ni, sabtu baru2 ni kan birthday dia, so, mama ada kawan yang mmg bff mama sejak dari tadika lagi adalah salah seorang 'AARONATORS FC'.. mmg sebelum tu dia ada bagitau mama dia nak ke surprise birthday party AA, mama nak kirim pape tak? mama cakap tak kot, kem salam je la.. sebelum ni masa finale ADAM DAN HAWA tayangan perdana nya bff mama ni dah jumpa AA dan dah pun smpaikan salam mama  masa tu.. masa tu pun dah melompat dah mama sbb salam mama dah dijawab AA.. ini dpt cakap pulak, mmg tak lena tidur la mama nampaknya.. smpai hari ni... mama senyum ja bila kenangkan waktu2 indah tu.. cewahhh...

petang pukul 4.47 23 Februari tu, mama tengah tidur sebenarnya.. tetiba bff mama call dan tanya mama nak cakap ngan AA tak? giler mama tak nak cakap, mestila nak kan.. so, AA helo jer.. mama terus cakap "HAPPY BIRTHDAY ABANGG....! SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH RZEKI, BAHAGIA BERSAMA ISTERI DAN ANAK2.." dan AA pun dengan suara yang sama mcm dlm tv tu pun cakap "TERIMERR KAAAASIHHH.. semoga awak dan family pun sihat selalu.. mama terus jawab "SAYA DEMAM NI BANG.. TAPI DAH BAIK DAH SEKARANG.." sempat jugak AA bagitau, dia terharu dengan surprise party tu, tak sangka ramai jugak yang datang.. dan lepas tu, mama pun sempat jugak bagitau "SAYA MIIINAT SANGAT DENGAN ABANG.. TERIMA KASIH ABANG SUDI CAKAP DENGAN SAYA...." dan dia jawab ''TERIMERRR KAAASIHHHH.." dan kami akhiri perbualan dengan ok bye..


lepas tu bila bff mama ambik balik phone tu mama terus jerit arrrggghhhh TQ wei.. sukanya aku...!! dan bff mama cakap "HA, CANER, PUAS HATI DAH..??" of course la kan..... Haaahhh.. tak taulah nak gambarkan perasaan mama masa tu.. nasibla mama tak blur masa tu kan.. kalau mama diam rugi kan.. tapi tula orang tengah tidur cakap.. rasa mcm banyak lagi yang mama patut bagitau AA betapa gilanya mama kat dia kot..ahahaha.. apapun, itulah detik terindah mama rasakan..

MAMA TERUS POST KAT FB LEPAS TU.. HAHA EXCITED..!!
SEMALAM BUKAK FACEBOOK BFF MAMA TU.. TGK PIC NI.. PIC LEPAS AA CAKAP NGAN MAMA.. HMM  LAGILA SENYUM TAK LEH NAK TUTUP MULUT NI.. OO MASA CAKAP NGAN AA DIA PAKAI BAJU NI.. HUHU.. (angau jap..)
 
INILAH BFF MAMA YANG BAIK HATI TU.. THANKS MY FRIEND..
BUAH HATI AARON AZIZ.. DWI ARIANA YANG MENYAMBUT BIRTHDAY SEHARI AWAL DENGAN DADDY NYER.. HADIAH YANG DWI PEGANG TU BFF MAMA YANG BAGI..
OF COURSE GIFT UNTUK BIRTHDAY BOY.. DAH BANYAK DAH PIC BFF MAMA NI NGAN AA.. JEMLESS MAMA TAU.. HIHI..
HAPPY FAMILY..
SALAH SEORANG AARONATORS YANG MENYIAPKAN KEK UNTUK BIRTHDAY BOY DAN BIRTHDAY GURL.. CANTIK KEK NYER DAN SEDAP SANGAT BFF MAMA KATA..

SO, ITULAH KESAHNYA HAPPY ENTRY MAMA KALI NI.. SAMPAI SEKARANG MAMA MASIH LAGI IN AARON AZIZ MOOD.. NGEE... SENYUM LAGI NIH..






Thursday, February 21, 2013

Akibat Family Day haritu..

Balik dari Family Day CNY ritu satu rumah mula demam termasuk mama... hmmm.. cuaca yang tak menentu, hujan, panas, aircond berulang2.. itula sebabnya..kalau kita yang tua2 ni demam, tak kisah lagi, tapi bila anak2 demam, risau hati, nak pegi kerja pun hati teringat kat rumah.. anak2 mcm mana, dah kebah ke demamnya.. kalaula mama boleh cuti lama menjaga anak2 mama alangkah baiknya.. tapi apala yang mampu mama lakukan selain dari berdoa dari jauh jer..

Mama tengah zzz masa ni.. letih sangat, abah take turn jaga Izz lak..




Meleleh jer airmata Izz.. demam dia tinggi smpai 39++ tu yang mama tak tinggal, masak pun tak, risau takut nanti dia panas sangat tak sedar..

Demam Izz mesti bersekongkol sekali dengan batuk dan selsema tu yang makin menyiksakan dia.. sian anak mama ni..

Mama balut badan Izz dengan towel basah. mmg dia nangis, tapi mama biarkan jer.. dengan cara tu panas dia cpt trun dan lama2 dia akan selesa..

Rupanya kesan dari Family Day haritu bukan setakat demam jer.. rupanya kat sana Izz juga kehilangan 'Chuk' aka bantal busuknya.. Izz tak nangis sangat, tapi dia macam mencari. Babysitter Izz pun bagitau mcm tu, Izz mcm mencari2.. yala, sejak newborn lagi kan dah ada, mama mmg suka ajar anak2 mama 'Chuk' dan Puting kosong. Ikmal dan Irfan pun mcm tu. alhamdulillah dengan ada 2 benda tu, anak2 mama mmg senang nak tidur.. so, misi mencari 'Chuk' baru untuk Izz bermula. nasibla mmg masih ada stok Organic Pillow tu kat semua butik2 baby. cuma nya tak ada offer la mcm masa mama beli dulu..takpala.. rezeki kedai tu.. mama suka bantal ni sbb dia tak akan lembik macam bantal kekabu dan akhirnya tinggal sarung saja, mcm Chuk Ifan dulu.. bantal ni tak perlu dibasuh. hanya kita tukar basuh sarungnya saja.. so mcm2 corakla.. tu yang mama suka.. hehe.. (mama yang lebih2 lak ngalahkan anak.. )setakat ni Izz ada beberapa helai sarung 'chuk' dia. antaranya..

Satu..
Dulu mama beli RM21.90 sekali sarung. sarung kat atas ni sarung originalnya.. sarung ni masih ada lagi.  masa hilang tu bukan sarung ni yang mama pakai. 
 
 

Dua..


 Tiga..


 dan Empat...!!
Tadaaaa...!! nila Chuk Izz yang baru dengan harga RM29.90..

Flashback balik anak2 mama dan chuk masing2..
pic ni 5,6 taun lepas, sekrg ni chuk ikmal dah takde corak2 tu lagi.. dah hitam semuanya.. dah tak boleh basuh dah.. kalau basuh dia akan jadi berlendir.. aiyyakkk..!! tapi kalau letak kat simen lama2, pastu amk letak kat pipi.. sejuuuukkk jer kata ikmal.. hahaha.. whatever la nak oii..
 
sekarang ni, Abang Ikmal ja yang masih kekal dgn Chuk nya.. Abang Ifan dah takde dah Chuknya.. masa balik Family Day taun lepas, terus dia buang semuanya serentak, susu botol, puting dan chuk sekaligus. mama tak sukala dia tak menyusu lagi. pada mama susu mesti diminum sepanjang hidup. tak semestinya dlm botol. tpi alhamdulillah, ifan ttp suka minum susu lagi wlupun bukan formula milk dlm botol susu... tapi susu kotak, fresh milk dan yang seangkatan dengannya.. hmmm banyaknya melalut mama nih..

haaa... yang ni mmgla salah satu benda yang wajib terjadi  kesan daripada tajuk entry mama hari ini.."akibat Family Day haritu" see, apa lagi kalau bukan kain baju yang perlu didobi.. kuang3.. nak membasuhnya tu ok, mesin punya kerja, tapi nak menyidainya, nak melipatnya.. nak susun balik lam almari tu yang...... membuatkan 'gunung mat cincang' mama tu belum lagi habis ditarah smpai hari ini.... huahuahua..

    

Monday, February 18, 2013

FaMiLy DaY 2013...!!

Mama ni kejap timbul kejap tenggelam.. hihi.. ntahla apa yang disebokkan, rasanya terlalu banyak nak story, smpai tak terstory kot.. last2 bersawang.. kadang2 tabik spring gak ngan SIL mama, hari2 update blog.. walaupun takder gambar, tapi masih bagi masa untuk cuci2 sawang kat Blog sendiri.. hehe.. okehla.. dek kerana Story mama kali ni masih panas2 lagi, mama terpanggil untuk hapdate blog hari ini.. buat mengubat demam mama ni.. baca blog sndiri agaknya boleh kebah demam kot.. haha.. 

Family Day Datang lagi....!! ya..!! actually tahun ni adalah tahun ke 2 Family Day sebelah family mama. sebenarnya family mama ada buat kutipan tabung family. sebulan RM20.00 dan kami namakan tabung tu TABUNG AL SOFEA.. sempena nama Tok aka mak mama.. dan bermula taun lepas, kami gunakan duit tabung tu untuk family day.. taun lepas, blog tak berhapdate kan.. so no story mory pasal family day, hanya pic saja yang mama upload kat Facebook mama.. seperti taun lepas, ahli2 dan bukan ahli TABUNG AL SOFEA yang join family day adalah seramai 48 orang, 9 biji kereta, dan lebih kurang 9 family termasuk baby2 dan kanak2 ribena.. kalau taun lepas family day mama dibuat di Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, taun ni pulak tak jauh, kat Penang jer. tapi kami stay 2 malam kat Naza Taliyya Hotel & Hydro Hotel.. ikutkan nak story bnyak nak story ni.. layankan ajer piccas nyer dulu k..

Masa sampai, destinasi pertama untuk makan Tengahari kat Tesco Penang
 SESSI PHOTOGRAFI BERMULA..

antara geng2 mandi kolam yang sangat happy bila berjumpa
mcm nak ngambik gambar retis..
gaduh2 manja antara Afeef dan Izz
Menunggu Check in sampai terlena


Izz buat macam rumah sendiri.. suka hati dia nak menjelajah satu lobi hotel

 
 
 
Power puff gurls..
Boboiboy..

Selesai sessi photografi, acara picnic bermula.. makanan petang tu disponsor oleh TABUNG AL SOFEA dan di masak sepenuhnya oleh kakak mama anak beranak yang duduk di Kampung Permatang Pak Elong Kepala Batas..
Hari Pertama kat Naza Taliyya, picnic time..
5 of US..
 

Selesai picnic, kami keluar dinner. destinasi malam tu kat teluk tempoyak. Malam tu kami semua ambik kesempatan untuk celebrate birthday party Tok budak2 ni 21 Januari, Kakak Mama 3 Februari dan Suaminya 1 Januari, anak buah mama Aiman 14 Januari dan anniversary Tok dan arwah Tokwan 5 Februari.. walaupun Tokwan dah tak ada lagi.. tapi tarikh itu tetap kekal dalam ingatan kami semua..
Dinner kat Seafood Paradise Teluk Tempoyak yang sedap dan berpatutan.. dengan makan seramai dkt 50 orang ni, hanya RM500 ++ ok la kan..
 
berkongsi harijadi, BIL, Kakak dan Aiman (anak buah)
Mak kesayangan memotong kek birthday dan anniversary..
Love Each Other tu kek Toffee Caramel, beli dari kawan mama, yang satu lagi tiramisu yang lazat di buat oleh SIL mama..
 Balik dari Dinner, kami masing2 lepak kat bilik dan tidur saja.. sbb masa tu pun dah pukul 1 lebih.. semua dah penat..
Esoknya bekfast time rupanya kat lobi ada naga datang hotel, bagi buah limau..
Bekpes kat Hotel Naza ok la jugak, walaupun tak banyak menu sangat.. tapi memenuhi citarasa semua peringkat umur..
Lepas bekpes kami siap untuk check out dan gerak untuk ke hotel kedua sebelum tu.. lunch dulu kat gurney drive+pose..

Tak sedap langsung makanan kat Khaleel restoran ni.. Mama tak makan pun..


Ini budak sangat happy tak kira dalam keadaan apa sekali pun.. hehe.. good boy..






pic 2,3,4 kat hotel Hydro..
sampai kat Hydro Hotel, ini aktiviti pertama Izz..

Kat sini mama tak sempat ambk bnyak pic, ntah kenapa ya.. apa yang disebokkan sangat.. huhu..
 
Aktiviti kami di hari kedua tu, bermula lepas asar semua keluar mencari makan, semua tpt untuk dilawati dah tutup pukul 4 lebih, pukul 5, so, kami mcm tak ada haluan nak pegi dan masing2 dah terpecah angkara jalan jam teruk. maklum la CNY.. nak2 pulak kami semua ada 9 biji kereta, mmg payah nak handle, ada yang tersesat, kedepan, ke belakang dan mcm2 lagi.. ntah tetiba masing2 dah terpisah. dan akhirnya kami berjumpa kat hotel saja dalam pukul 12 lebih untuk acara lucky draw.. Hadiah Lucky Draw kali ini disponsor oleh Bendahari TABUNG AL SOFEA dan dibawakan oleh IKEA..

Kata2 aluan daripada anak bendahari..

Hadiah Mama.. dicabut oleh en. Abah dan dapat nama sendiri.. hihi..
 
Masing2 dengan hadiah masing2
Hadiah Lucky Draw ni diberikan kepada Ahli2 tabung lama dan yang baru menjadi ahli.. happening.. semua suka hadiah masing2.. yang paling happy abang mama yang berbaju biru tu sebab dia dapat hadiah pertama, lampu berdiri/lampu sudut yang sememangnya dalam planning dia untuk beli.. orang mengantuk disorongkan bantal la nampaknya kan.. well berakhirlah hari kedua kami dan esok adalah hari terakhir..

Hari terakhir ni nampaknya masing2 bakal berpecah sebab, abang2 mama akan balik terus ke KL dan kami yang dekat2 ni mungkin meneruskan mini family day kami menghabiskan sisa2 cuti yang ada.. layan dulu photoshoot sebelum balik..






Kakak mama yang dok kat Ipoh aka Makndak
Anak Buah Mama yang lelaki tu.. pic ni diambil sempena 3 boy anak2 mama VS 3 gurl anak2 dia.. hihi.. 3 i vs 3 a..

Kakak mama aka tukang masak menu Picnic
Abang mama aka en. bendahari
SIL mama yang tersedondon lak ngan en. abah dan Izz.. hehe..
Selesai check out dari Hydro Hotel, kami semua berpecah ke destinasi msing2.. abang2 mama terus balik KL, dan kami yang tinggal ni terus ke Balik Pulau untuk pekena Laksa Janggus..

mak aii.. que la pulak nak beli goreng pisang mabelesnyer.. tapi mmg sedap laksa dan goreng pisangnyer smpai mama terlupa nak snap piccas.. huhu..
 
 
 

Dek kerana terperangkap dalam jam yang agak lama, tetiba perut kami semu buat2 lapor.. dan kami melencong dari ke terminal feri dan terus ke KAPITAN.. Mama agak setuju jugak sbb tak pnah pegi lagi kat sini.. tambah kilo, tambah kilo..kuikuikui..

 
Nan Cheese + Tandoori..
Akhirnya.. inilah destinasi terakhir kami di Penang.. dan setelah sejam lebih menunggu feri, kami pun sampai kerumah pada pukul 12 lebih kurang. penat sangat mcm pegi jauh.. padahal penang jer.. agaknya sbb banyak aktiviti terkejar ke sana, ke mari, aircond, panas, aircond, panas.. dan Ikmal mula menampakkan ciri2 nak demam.. balik dari penang mama dan kakak mama berkampung di rumah kakak mama yang lagi sorang di Sungai Semambu, bukit mertajam.. esoknya kami masih meneruskan aktiviti mini family day lagi.. di mana?.. hahaha.. Ipoh pulak..!!

 
Si Demam yang sempat memberikan pose walaupun tak mampu dah nak senyum..
Mcm tula berakhirnya 3 hari 2 malam Family Day mama kali ni.. tak larat la mama nak masukkan semua pic sbb mama dah masukkan dalam facebook sebelum ni.. huhu.. destinasi taun depan masih dalam perancangan.. kata en. bndahari kasi penuh duit tabung dulu baru boleh plan lain.. sehingga ke tarikh blog ini ditulis, mama masih dalam family day mood.. hihi..

**GAMBAR SELINGAN SEPANJANG FAMILY DAY**





Mama dan Hero Tecik mama ni..


1st time izz naik benda ni, muka blur.. hihi