CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 21, 2013

Akibat Family Day haritu..

Balik dari Family Day CNY ritu satu rumah mula demam termasuk mama... hmmm.. cuaca yang tak menentu, hujan, panas, aircond berulang2.. itula sebabnya..kalau kita yang tua2 ni demam, tak kisah lagi, tapi bila anak2 demam, risau hati, nak pegi kerja pun hati teringat kat rumah.. anak2 mcm mana, dah kebah ke demamnya.. kalaula mama boleh cuti lama menjaga anak2 mama alangkah baiknya.. tapi apala yang mampu mama lakukan selain dari berdoa dari jauh jer..

Mama tengah zzz masa ni.. letih sangat, abah take turn jaga Izz lak..




Meleleh jer airmata Izz.. demam dia tinggi smpai 39++ tu yang mama tak tinggal, masak pun tak, risau takut nanti dia panas sangat tak sedar..

Demam Izz mesti bersekongkol sekali dengan batuk dan selsema tu yang makin menyiksakan dia.. sian anak mama ni..

Mama balut badan Izz dengan towel basah. mmg dia nangis, tapi mama biarkan jer.. dengan cara tu panas dia cpt trun dan lama2 dia akan selesa..

Rupanya kesan dari Family Day haritu bukan setakat demam jer.. rupanya kat sana Izz juga kehilangan 'Chuk' aka bantal busuknya.. Izz tak nangis sangat, tapi dia macam mencari. Babysitter Izz pun bagitau mcm tu, Izz mcm mencari2.. yala, sejak newborn lagi kan dah ada, mama mmg suka ajar anak2 mama 'Chuk' dan Puting kosong. Ikmal dan Irfan pun mcm tu. alhamdulillah dengan ada 2 benda tu, anak2 mama mmg senang nak tidur.. so, misi mencari 'Chuk' baru untuk Izz bermula. nasibla mmg masih ada stok Organic Pillow tu kat semua butik2 baby. cuma nya tak ada offer la mcm masa mama beli dulu..takpala.. rezeki kedai tu.. mama suka bantal ni sbb dia tak akan lembik macam bantal kekabu dan akhirnya tinggal sarung saja, mcm Chuk Ifan dulu.. bantal ni tak perlu dibasuh. hanya kita tukar basuh sarungnya saja.. so mcm2 corakla.. tu yang mama suka.. hehe.. (mama yang lebih2 lak ngalahkan anak.. )setakat ni Izz ada beberapa helai sarung 'chuk' dia. antaranya..

Satu..
Dulu mama beli RM21.90 sekali sarung. sarung kat atas ni sarung originalnya.. sarung ni masih ada lagi.  masa hilang tu bukan sarung ni yang mama pakai. 
 
 

Dua..


 Tiga..


 dan Empat...!!
Tadaaaa...!! nila Chuk Izz yang baru dengan harga RM29.90..

Flashback balik anak2 mama dan chuk masing2..
pic ni 5,6 taun lepas, sekrg ni chuk ikmal dah takde corak2 tu lagi.. dah hitam semuanya.. dah tak boleh basuh dah.. kalau basuh dia akan jadi berlendir.. aiyyakkk..!! tapi kalau letak kat simen lama2, pastu amk letak kat pipi.. sejuuuukkk jer kata ikmal.. hahaha.. whatever la nak oii..
 
sekarang ni, Abang Ikmal ja yang masih kekal dgn Chuk nya.. Abang Ifan dah takde dah Chuknya.. masa balik Family Day taun lepas, terus dia buang semuanya serentak, susu botol, puting dan chuk sekaligus. mama tak sukala dia tak menyusu lagi. pada mama susu mesti diminum sepanjang hidup. tak semestinya dlm botol. tpi alhamdulillah, ifan ttp suka minum susu lagi wlupun bukan formula milk dlm botol susu... tapi susu kotak, fresh milk dan yang seangkatan dengannya.. hmmm banyaknya melalut mama nih..

haaa... yang ni mmgla salah satu benda yang wajib terjadi  kesan daripada tajuk entry mama hari ini.."akibat Family Day haritu" see, apa lagi kalau bukan kain baju yang perlu didobi.. kuang3.. nak membasuhnya tu ok, mesin punya kerja, tapi nak menyidainya, nak melipatnya.. nak susun balik lam almari tu yang...... membuatkan 'gunung mat cincang' mama tu belum lagi habis ditarah smpai hari ini.... huahuahua..

    

2 comments:

mamalieyna said...

Sian betul kalau anak kecik demam ni, yelah cuaca tk menentu kt luar tu kan..sian..cpt baik ye..

Alahai, semua ada bucuk masing2x ye.. eina akeem ni je, sush nk tinggal puting, nak tido mesti ada puting, si abg dl, awl2 dh tinggal puting.. :-)

Ohho bab baju bajan mmg gitula.. :-)..kena terima..

RiEda96 said...

ngee.. gutula mamalieyna.. hehe..