CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Majlis Bertunang

Ha.. time2 cuti ni, masih lagi dalam suasana raya, abang aku mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis bertunang puteri sulungnya NURHANI. Kalau tak salah aku umur Hani ni dah 24. ya la.. sedang elokla tu, tahun depan kawin. Cam umur aku gak la kawin umur 25. hehe.. 10/10/2009. Majlis di adakan di umah abang aku kat Taman Prima Shah Alam. Betol ker nama taman ni ek..! Meriah jugakla suasananya sebab abang aku buat open house untuk raya sekali. yang memeriahkan majlis pastinya bukan orang lain la, suku sakat anak cucu menantu mak aku la jugak.. seronok bergebang bila dah berjumpa. padahal raya ritu baru ja berjumpa.. macam tu la family aku.


Ikmal seronok dapat jumpak geng. Kawan baik dia la ni, Haikal, cucu menakan aku.

Double Hani. NURHANI + SURAYA HANI. Cousin aku yang masih lagi berbulan madu.. hehe..

Sessi bergambar. Yang mengantuk tu, balik tidoq..

5 cousin in the house..

Ni la mak menakan Hani yang paling sempoi sekali.. ahaks..

Bakal Mak Mertua

Cium jangan tak cium.. jangan hormat kat sini ja.. hormat sampai bila2 tau..

Sah menjadi tunangan kepada Mohd Syuwari


Bekas cincin yang sweet
Desert yang sedap

Hantaran untuk pihak lelaki








My dearest niece. dengan Dah aku tak sah kalau tak bergambar punya
Sessi menidurkan Zulaikha.. budak ni susah nak tidur, macam ayahnya kecik2 dulu.. hehehe.. tapi bila dah tidur, susah pulak nak bangun..

Ni dah on the way nak tidur ni..

Iman pun datang..
Acara lepak2 bila dah kenyang..
Lepas kenduri tu, aku balik semula umah abang aku yang ni. ni time kami dah nak balik Kulim balik.. hai.. tak puas bercuti rasanya.. takpa la.. aku pun baru kerja.. malas nak ambik cuti lagi.. next time..

Singgah jap balik lunch kat umah kenduri semalam..

Singgah makan malam pulak kat umah abang aku yang ni pulak.. last2 kol 11 baru kami balik Kulim. pkul 3 pagi sampai.. huarghhhh ngantukk... esok tetap kena kerja...



Wah... baru kali ni aku ada masa sikit untuk publishkan storey kat blog aku ni.. dah draft berminggu2 lamanya, kali ni baru aku ada masa.. walaupun raya dah pun berlalu, aku tetap tak malu untuk storey morey tentang cita raya aku yang dah basi.. okey kot.. belasah jer la.. selamat membaca..



WARNA WARNI DI AIDILFITRI

Raya datang lagi. Macam biasa raya tahun ni sambutan aku sefamily ala kadar dan serba sederhana. lagipun tahun ni aku beraya di pejabat baru. seminggu sebelum raya aku memulakan tugas di tempat baru, gaji pun baru, pengurusan kewangan pun kena buat baru, so, aku tak berani nak over bajet. walau apa pun rayaku tahun ini tetap meriah bersama ahli2 keluarga. macam biasa setiap tahun aku akan beraya di rumah MIL dulu. tahun ni rumah MIL agak ramai yang balik, pagi2 raya, penuhla sikit.. yang pastinya anak2 dan anak2 buah aku menggamatkan suasana.

Suasana pagi raya



Sessi bergambar selepas balik sembahyang raya

Alamak.. irfan pagi2 dah tidur, camana nak berposing ni..

Sessi bersalaman. hubby dan MIL



Tengahari, aku dan family hubby ke Gurun umah kakak hubby. kami kejar masa untuk beraya pada hari pertama sebab ipar duai aku tak cuti lama. esok, lusa dah nak balik, so, kami memulakan acara ziarah pada hari raya pertama lagi.. best jugak.. yang penting jalan... penuhkan poket anak2 aku.. hikhikhik..



Anak2 abah

Anak2 Mama


Aku sefamily


Dirumah Kakak Hubby kat Gurun. Tuan rumahnya yang berbaju pagoda berkain pelekat bersama isteri didepannya tu.. sangat berbesar hati bila adik beradik datang kerumah.. layanan gred A punya.. nanti kami mai lagi kak yer..