Raya datang lagi. Macam biasa raya tahun ni sambutan aku sefamily ala kadar dan serba sederhana. lagipun tahun ni aku beraya di pejabat baru. seminggu sebelum raya aku memulakan tugas di tempat baru, gaji pun baru, pengurusan kewangan pun kena buat baru, so, aku tak berani nak over bajet. walau apa pun rayaku tahun ini tetap meriah bersama ahli2 keluarga. macam biasa setiap tahun aku akan beraya di rumah MIL dulu. tahun ni rumah MIL agak ramai yang balik, pagi2 raya, penuhla sikit.. yang pastinya anak2 dan anak2 buah aku menggamatkan suasana.
Suasana pagi raya
Sessi bergambar selepas balik sembahyang raya
Alamak.. irfan pagi2 dah tidur, camana nak berposing ni..
Sessi bersalaman. hubby dan MIL
Tengahari, aku dan family hubby ke Gurun umah kakak hubby. kami kejar masa untuk beraya pada hari pertama sebab ipar duai aku tak cuti lama. esok, lusa dah nak balik, so, kami memulakan acara ziarah pada hari raya pertama lagi.. best jugak.. yang penting jalan... penuhkan poket anak2 aku.. hikhikhik..
Anak2 abah
Anak2 Mama
Aku sefamily
Dirumah Kakak Hubby kat Gurun. Tuan rumahnya yang berbaju pagoda berkain pelekat bersama isteri didepannya tu.. sangat berbesar hati bila adik beradik datang kerumah.. layanan gred A punya.. nanti kami mai lagi kak yer..
No comments:
Post a Comment