CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, October 31, 2009

Ha.. cam ni la bila dah ramai2 ni, pack sikit la.. umah MIL aku takla besar, tapi cukupla untuk menampung kami yang ramai ni walaupun macam sardin. hahaha.. sekali sekala.. kalau tak cam ni tak la raya namanya kan..



Time nak tidur ni selalunya suma pakat booking awal. lepas makan malam (umah MIL selalu makan malam awal), ibu/bapak dah siap2 bentang toto. dan malam ni aku tak sempat lak nak booking awal. so kat hall malam ni ipar duai aku dah booking dulu.. aku sefamily kat mana..?


Aku kat dalam bilik.. ha....... beg2 yang belakang tu daripada beg besar ke kanan suma beg aku anak beranak la.. mcam anak 4,5 orang kan.. mana taknya cuti seminggu.. nak bawak sikit takut pulak hujan ker nanti, baju tak kering, baju aku dan hubby ok lagi la.. baju anak2? dorang bukan tau apa, yang aku pun satu tau menyalin ja baju2 depa.. so, untuk keselamatan, lebih baik aku bawak lebih, tapi akhirnya ada jugak lagi baju yang tak sempat pakai pun.... takpa sediakan baju sebelum tak cukup baju ye tak.. itupun bila time packing aku rasa cam nak bawak balik jer satu umah tu.. senang, nak ambik baju, ambik jer.. hehehe..



Ni time lepas subuh, awalnya breakfast.. memang kat umah MIL cam ni.. lepas subuh dah start breakfast. tak macam kat umah aku, time ni masih lagi membuta, yang dah bangun subuh pun boleh pulak sambung tidur balik... syok wooooo...


Raya kedua, aku masih lagi di rumah MIL. masih lagi dengan hiruk pikuk riuh rendah anak2 buah aku kat sini. aktiviti biasa kat sini bila dah ramai2 ni apa lagi.. yang lelaki buat kerja luar dan yang pompuan buat kerja dapur la.. msk makan dsbg..




Aik, tak nampak muka aku pun.. mana nak ada aku yang snap pic... ooo asyik itu jer la kerja...nya.. ni bila nak tolong2 kat dapur ni.. macam mana nak jadi menantu kesayangan ni.. kehkehkeh






Ni aktiviti anak aku dan anak2 buah aku.. main game la..


eee.. sapa yang cute ni... inilah anak member baik aku ZAINAB a.k.a NAB. , kawan baik aku sejak dari tadika.. dia dok KL sekarang ni sejak lepas dari kami habis SPM lagi. kerja kat PETRONAS.. kawan aku yang selalu bernasib baik sejak dari aku kenal dia.. dan orang yang selalu menghabihkan duit PETRONAS untuk call aku dari ofis.. hehehe... dah anak 3, dah besar anak2 dia. yang sulung dah 12 tahun. dia kawin awal. maklumla orang lawa.... dah lama kami tak jumpa. kebetulan tahun ni turn dia beraya kat perak, kami ambik peluang ni untuk berjumpa. itupun tak lama, tak habis cerita yang aku borak dengan dia. kebetulan pulak biras aku wanti sama sekolah jugak masa kami sekolah rendah dulu. so, lagi macam2 cerita la bila dah jumpak member lama ni.. apapun aku happy sebab dapat jugak tengok alisya ni walaupun dah setahun umur dia.. cute sangat.. kulit dia cantik.. geram aku... ni yang membuatkan aku tak sabar2 nak baby girl ni.. hai..


Sessi bagi duit raya.. bagi banyak2 NAB.. kat aku hang tak bagi pun..

Walaupun fizikal kami dah berubah tapi hati kami tetap sama macam dulu..


Sekejap saja masa berlalu.. dulu ambik gambar single mingle, sekarang ni dah berkelek bila bergambar... dah tua ni... yang baju hitam tu mana dia taruk anak dia tu... semoga kita berjumpa lagi NAB..


Selesai bila NAB balik, aku sefamily berangkat ke umah kakak aku dan umah arwah tok aku kat Bukit Mertajam. dalam sebok2 tu aku terlupa pulak nak snap pic kat umah kakak aku. balik dari sana sebelum ke majlis tahlil umah arwah tok, aku ke rumah officemate baru aku dulu. tak jauh dari umah arwah tok. kira ok la kan.. baru kenal seminggu dah boleh p umah jalan raya.. ok la tu.. nama dia SUE.. manis orangnya.. yang baju belang tu hubby SUE, SOBRI.. juga encem. bagai betik dibelah dua.. dorang ni baru kawin bulan 12 ritu.. masih berdua.. masih honeymoon lagi la.. takla mcam aku ni.. baru anak dua dah riuh rendah bila melawat umah orang.. budak2, apa aku nak buat.. so kiranya SUE ni pengantin suam gitu...


OK, tamatla sudah episod raya pertama dan kedua bersama keluarga MIL. lepas tahlil umah arwah tok aku balik umah mak aku pulak.... sampai umah pun dah dekat pukul 2. sampai umah jer, salin baju terus zzzzzzzzzzzz....






No comments: