CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 7, 2009

Corat Coret Sukaneka TAPIS 2009

4 Julai yang lalu sekolah Ikmal ada buat sukaneka tahunan. Adala jugak aktiviti2 yang dijalankan sepanjang hari tu. meriah la jugak bila tengok budak2 bersukan ni. Lucu pun ada. Sukaneka ni dorang buat combined untuk 3 cawangan TAPIS (TAMAN ASUHAN PUTERA/PUTERI ISLAM), TAPIS INDUK, TAPIS PEGAGA (Taman Pegaga) dan TAPIS BALING. Sukaneka ni dibuat dekat sekolah rendah tak jauh dari rumah aku. sekolah ni la yang bakal Ikmal pergi darjah satu nanti @ tahun depan. okey jugakla sekolah ni aku tengok.. Ikmal pun suka bila aku bagitau tahun depan dia akan sekolah kat sini.

Sebelum acara dimulakan, macam biasa seperti yang dorang buat kat sekolah, bacaan doa, surah2 lazim dan ikrar.

Mengucap 2 kalimah Syahadah

Acara pertama pertandingan mewarna. Aku tak bawak color Ikmal, terlupa. so, sape yang tak bawak color, cikgu bagi free.. don't worry. siap dalam color tu dapat spack lagi..

Acara bermula... aku bagi guideline sikit2 ja, color jangan kuar dari garisan, etc. soal pemilihan color aku biar Ikmal color ikut citarasa dia.

Tengok Irfan, tak lekang dari abang.. ada juga rasa dihati macam nak kacau tu.. tapi aku tahan..

Inilah hasilnya.. setelah 45 minit masa diberi. Bolehla.. cara lelaki..

Acara kedua, Susun ayat. ada 4 perkataan KAMI, ANAK, TAPIS, 2009, dorang kena susunkan ikut susunan. group Ikmal dapat Tempat Pertama. Go TAPIS INDUK..!!

Dah menang ambik gambar dulu..

Sementara menunggu acara seterusnya Ikmal main dengan kawan2 dia dulu. Tengok Irfan, dia pun nak berkawan. dengan kawan abang pun jadi..

suka Irfan...

Yang ni acara terakhir dan keseluruhan untuk setiap kanak-kanak 4,5 dan 6 tahun. acara pecahkan belon kawan. dalam masa yang sama kita kena jaga belon yang diikatkan dikaki kita jangan sampai pecah. sapa yang berjaya menjaga belonnya daripada pecah.. diala yang menang. tahun lepas Ikmal tak pandai lagi acara ni, tahun ni, dia dah pandai, dapat Nombor 3. itupun sebab belon dia terlepas dari kaki, dia tak perasan, tengok2 belon dah terbang, dan kawan2 ambik peluang pijak belon dia.. so.. kalahla Ikmal. Nangis dia.. Dia terkilan kot sebab dia kalah bukan sebab dia patut kalah.. takpe.. aku dan cikgu2 pujuk dia.. sian jugak aku tengok. tapi sekejap jer.. lepas tu ok balik.. tapi sampai kat rumah, masih lagi sebut benda tu..

Ikmal ambik hadiah untuk acara susun ayat. Pertandingan mewarna dia tak dapat pape. Ikmal sedih tak dapat hadiah color. nak buat camana, saingan banyak. tahun lepas Ikmal dapat Nombor Satu pertandingan mewarna, tahun ni takde rezeki.. pa lagi.. buat muka frust la..

Dapat Tupperware..

Muka tak ikhlas dapat hadiah.. hehehe..

No comments: