CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 14, 2009

hari ni aku tak pergi kerja. Ikmal dan Irfan dua2 demam. Ikmal dari sabtu lagi dah nampak tanda2, tapi makan ubat ok balik. ahad semalam pun cam tu, makan ubat, ok balik. hari ni demam balik. Irfan semalam balik dari cucuk aku terus bagi ubat demam. sebab nurse kata, cucuk ni demam. malam Irfan mula panas, tapi tak kuat sangat. tapi kaki Irfan sakit kat tempat cucuk. aku tuam dengan air panas. sapu vicks kat tempat cucuk, Irfan masih nangis. malam, badan dia mula panas lagi, aku masukkan ubat punggung. demam masih tak turun, tapi tak kuat. pukul 5 pagi aku masukkan ubat punggung lagi. sampai pukul 7 lebih, Irfan masih panas. aku decide tak pergi kerja. nak bawak Irfan p klinik nanti. aku takut sejarah berulang kembali. lepas hubby balik kerja aku bawak irfan ke klinik pukul 2, dalam kereta Irfan mula berpeluh. agaknya sebab sebelum keluar tadi irfan dah mula main2 dengan abang. sampai klinik, doktor cek kata Irfan tak demam lagi. just continue ubat yang ada masa cucuk kelmarin, doktor bagi ubat sapu jer, krim mcm minyak angin untuk kaki irfan yang sakit tu. aku tanya doktor kenapa irfan sakit kaki dan jalan terhencot2. doktor kata mungkin lenguh, tapi dia tak tau nak cakap.


orang demam yang tetap maintain rambut pacaknya


ada kawan sedang tengok irfan
alamak, kawan ambik puting irfan la...

Bila sampai rumah, irfan mungkin rasa badan dia dah sihat sikit, cuma kaki ja yang sakit. tak padan dengan sakit kaki, memanjat nak bukak lampu.. lepas tu baru dok diam sikit, baru sedar kaki tu sakit lagi.. apa pun aku lega irfan dah tak demam lagi..

2 comments:

*Azie* said...

kena cucuk brp tahun nie akak..erin 20hb nie nak kena g klinik..

rieda96 said...

ikutkan appointment bulan 3 ritu, ni baru pegi.. mcm2 hal.. dia pun tak sihat la pa la.., nanti bulan 10 kena datang balik.