CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 27, 2009

ANAK2 ZAMAN SEKARANG

Semalam kami pergi beli beg sekolah baru Ikmal. kesian dia, dah lama beg dia takde zip. nak repair zip pun, tak terpgi2. last2 kami decide untuk beli beg baru jer. Ikmal macam acuh tak acuh, nak kata suka sangat beg sekolh pun tak, tak suka pun tak. sebab di hati dia tu hanya ingat nak beli mainan ja. dalam kereta, Ikmal kata dia tak syok nak pergi sekolah sebab dia tak dapat mainan yang dia nak. dia kata lagi kalau nak dia belajar betol2, belikan mainan dulu, baru dia nak pergi sekolah, baru dia nak belajar betol2. kalau tak dia berenti sekolah jer. aku tak tahan dengar ikmal cakap macam tu terus report kat hubby. apa lagi hubby bagi kata dua kat ikmal, ok, mainan boleh beli, tapi dengan satu syarat, ikmal mesti dapat sekurang2nya nombor 3 periksa semester akhir bulan 10 nanti. banyak jugak yang hubby pot pet pot pet kat ikmal. tak sangka ikmal nak ugut kami cam tu. tu la budak2 sekarang, bila kita tak bagi, dia cakap cam tu, bila kita bagi, kita manjakan dia, lagi la rosak budak tu. hubby ambik keputusan takkan bagi muka lagi kat ikmal. kesian juga aku tengok muka ikmal masa dia kena brainwash dengan hubby. kami bukan apa, takut ikmal jadi rosak. kecik2 lagi dah pandai cakap macam tu. pada aku, tak patut aku dan hubby terlampau turutkan apa saja yang dia nak. belajar tu satu kewajipan, tak sepatutnya dia bagi kata dua kat kami sebagai parents dia macam tu... aku dan hubby rasa macam tercabar la jugak dengan kata2 ikmal. dulu zaman kita study, takde nak ugut mak bapak mcam tu, zaman budak2 sekarang, amboi.. suka2 hati dia.. itupun, ikutkan aku tak pernah manjakan ikmal. tak pernah dia dapat mainan yang mahal2. sebab 1, aku kurang mampu. 2, ikmal tak pandai jaga barang dia. tapi selama ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada saja mainan yang dia nak aku belikan. kinder joy tu, jangan cakapla... pantang jumpak, so, apa lagi.. mungkin bila dia rasa masih ada lagi yang dia tak dapat membuatkan dia meluahkan kata2 macam tu pada aku.. aku dan hubby rasa kami perlu betul2 kena bertegas dalam menangani perangai anak2 yang macam ikmal. pagi tadi selesai mandi dan pakai baju semua, ikmal jumpak aku dan kata,
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ikmal : Mama boleh tak tolong doakan Mal?
Aku: boleh, memang mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Mal, kenapa, nak doa apa?
Ikmal: Mama boleh tak tolong doa bagi Mal dapat No. 1, atau No.3 macam yang abah nak tu..?
Aku: ok, boleh, tapi Mal tetap kena berusaha, belajar, baru boleh dapat No.1, kalau Mama saja yang doa, Ikmal saja yang doa, tak jadi, ok, boleh?
Ikmal: ok, tapi Mama kena doa jugak bagi Mal cepat masuk syurga supaya, Mal boleh mintak kat Tuhan bagi Mal dapat No. 1
Aku: ??????????????!!!!!!!!!!!!!
Dalam bilik sewaktu aku sedang make up pulak...
Ikmal: mama, mama tolong doa tau.. Mal takutla nanti Mal tak pandai.. tak dapat No. 1
Aku: (Baru hang tau takut kat abah no.. dalam hati) ok, la, nanti mama doa, kita doa sama2 ok.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Untuk hari ini, aku belum update lagi perkembangan ikmal daripada hubby.. hai la anak.. mcam2 karenah.. betol kata mak aku.. "aku tengok orang la, la (sekarang) ni payah sungguh bela anak, kami dulu, senang ja bela anak, sebab tu orang dulu boleh beranak banyak".. aku jawab balik kat mak aku.. "kami dulu baik2 mak..." menjawab..!! hehehe..
Buat muka macam adik..


wajah yang berdebar dalam menyahut cabaran Mama dan Abah..

6 comments:

♥Azie♥ said...

cabaran yer..adoi azie tak tau la macamana nnt..tgg nonie besar baru tau mcmana...

mamalieyna said...

mmg kan..bdk2 sekarang kalo tak tegas mendidik dia awai2 mo, harus la pijak kepala..huhu..cabaran menjadi ibubapa di zaman skrg..

amirakim said...

dak2 mmg la cam 2 akak.ank sye pun lbh kurang jer cam ank akak.dlm kepala dier da set da.klu kuar jer mesti dapat mainan.

ummi afifah said...

biasa la budak2 kan... janji rajin belajar dan dengar cakap tau...

mama tisya said...

salam..


pls vote for me di http://sereniety.blogspot.com/ utk Breastfeeding Photo Contest 2009 tq..my code BPC20 - Aimi Shalfarina aka mama tisya

5577 said...

adoi.. budak2 skrg pandai tul kan..
taktau laa ngan nadhrah nnti mcmmana..