CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 21, 2009

PERIHAL PAMPERS

Hari ni hubby cuti Israk Mikraj. so, dorang balik kampung untuk ubatkan sawan Irfan hari tu. aku tak ikutla sebab aku kerja.. lepas balik kerja aku singgah kedai WINSOME baby house kat taman selasih untuk beli pampers Irfan, sympu dan bedak Irfan. Kedai ni murah sikit susu, pampers dan barang2 lain. aku pun baru jer berjinak2 dengan kedai ni. nak citer sikit perihal PAMPERS PETPET ni, pada sesiapa yang juga menggunakan jenama ini. Dulu PETPET ni cuma ada M70 saja pek paling besar, tapi sekarang dah ada pek M84. So, sama la dengan drypers. pada aku PETPET lebih ok dari drypers dan aku lebih selesa menggunakan PETPET daripada DRYPERS. PETPET ni lebih tahan daripada DRYPERS actually. (kalau pampers lain macam MAMYPOKO tu, tolak tepi la kan.. yang tu dah terbukti kebagusannya..) kalau nak dibandingkan diantara pampers yang grednya sederhana ni la.. PETPET ni.. rekabentuknya pun lebih kemas. tapi kalau kira cantik, DRYPERS menang la. takpela.. itu aku punya citarasa. lain padang lain belalang. lain orang lainla citarasanya kan.. sesetengah kedai harga dia aku tengok RM39.90. Tapi kat kedai ni baru RM36.90. murah banyak kan.. so, ada kedai kat luar sana yang lebih murah dari kat sini tak..?

1 comment:

*Azie* said...

akak dari dulu azie suka beli barang kat situ..azie dah kumpul byk cop.sampai sekarang tak tukar lagi..kami kat sini slalu beli dekat tesco.murah jugak...