CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 29, 2009

Selamat Berjuang Anak2 Buahku..

Semalam, ahad 28/6/2009, aku dan family yang lain hantar anak buah aku masuk UUM. Kakak aku sefamily tidur umah aku. meriah gak la.. dalam pukul 8 lebih kami bertolak ke UUM. Anak2 buah aku dua orang yang dapat. tapi ibu lain2. so, kami tak konvoi, jumpak kat sana ja. selepas settle semua, baru kami berjumpa. Actually aku bukannya nak expose sangat bab2 masuk U ni, tapi oleh kerana objektif utama aku mencipta blog ni untuk aku, anak2, hubby dan adik2 beradik aku yang lain, jadinya bila saja ada aktiviti keluarga, blog aku lah tempatnya untuk aku berkongsi cerita. so, pada sesiapa yang rasa aku ni mcm nak expose pape, aku mintak maaf, bukan niat aku begitu, aku just nak kongsi cerita dengan suma adik beradik aku. bila saja ada xtvt keluarga, family aku pastinya tertunggu2 kisah kami untuk ku update dalam blog. so, aku teruskan cerita okey..


dalam keta on the way nak ke sana

Aiman dan Mak. Masa ni baru habis pendaftaran

Irfan dan gayanya. menunggu masa untuk menjelajah

Selepas selesai sessi pendaftaran, kami makan dulu untuk mengisi perut. kami bawak bekal dari umah, bawak nasik, udang sambal dan ayam masak kicap. sedappppp. mlm semalam dah ready masak. mulanya kata nak bawak sayur, sambal macang segala, tapi dah bangun pun dah 5.30 pagi. dah lewat, so, makan je la pa yang ada.. itupun sehingga menjilat jari.. mak aku tak ikut. dia susah nak tinggal rumah sejak arwah Ba dah tak ada ni. Masa time2 makan cam ni, aku teringat dengan Ba, kalau dia ada, mesti dia pun p. mesti jugak dia bangga dan gembira bila Aiman dapat masuk U. Kakak aku ni anak2 ramai, 8 orang. suma dah besar2. Maklumla dah anak ramai ni, hidup serba sederhana, jadinya, bila Aiman dah masuk U ni, harap2 diala yang akan bela nasib keluarga dia nanti.


Irfan tak jauh dari abah

Masa ni dah berjumpa dengan family kakak aku yang lagi satu.

Hubby dan anak buah aku. tak habis2 sembang pasai bola

Atikah dan Abah. Abah tengah bagi pesanan penaja la tu, belajar betol2, jaga diri baik2, jimat2 duit... hehehe..

Lepas kami tinggalkan Aiman dan Atikah, kami ke Mesjid UUM. kat sana lepas selesai sembahyang, makan lagi, second round. kali ni rasa menu kakak aku yang lagi satu lak. hehehe. syok ooo makan bawah pokok cam ni.. syahdu..

Lepas makan mesti posing

Irfan suka sangat main kat sini.. so, aku boleh makan dengan amannya..

Abah dan adik2 Aiman

Selesailah sudah acara di UUM. balik kami singgah kat Bukit Kayu Hitam jap. takde apa pun yang aku borong. saja jer jamu mata. tapi aku tak snap gambar pun. dah letih sangat melayan karenah anak2. Ikmal asyik nak benda ni. BAKUGAN. dulu ben10. sekarang ni, BAKUGAN pulak. dah dapat, senyapla..


Yang ni Arif dan Ain. Adik2 Aiman. Arif pun nak mendaftar di UITM Kuala Pilah 5/7/09 ni. Tahniah jugak untuk Ariff

Yang ni Faisal dan Anis. Faisal harini mendaftar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara kat Seremban. Semoga Aiman, Atikah, Arif dan Faisal berjaya dengan study masing2 okeh. Acu mendoakan yang terbaik untuk korang semua.. study hard..

3 comments:

*Azie* said...

Tahniah....bestnyer klu berkelah kan..mkn ramai2 beselera

mamalieyna said...

bestkan bile bkumpul ramai2 time2 mcm ni..siap bkelah2 lgi...huhu..mkn pun bselera lbh dr biasa!

||♥Shahida♥|| said...

rindunya kt UUM