CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 3, 2009

Selamat Bertunang My Dearest Nephew

31/5/2009 Anak buah aku, Muhammad Shakeer Bin Assmad selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Hairani. anak mami cek....!! Sedar tak sedar dah nak melangkah ke alam rumahtangga anak buah aku tu. anak buah yang paling happening dalam 29 orang cucu mak aku. bila dia bukak mulut ada saja yang membuatkan kami suma tak kering gusi. Papepun selamat bertunang dan selamat berusaha untuk melangkah ke jinjang pelamin..


Kami p 8 biji kereta, bukan orang lain pun. suma anak, menantu, cucu mak aku. tu pun tak penuh semua.

Hantaran dari Pihak Perempuan

Tunang zaman sekarang. Zaman kita dulu jangan mimpi la lelaki boleh datang waktu bertunang. zaman la ni, dah ada kelonggaran sebab pengantin lelaki datang untuk tunjuk rumah. hehehe

Tok Sarung cincin kat cucu menantu. Kalaula Arwah Ba masih ada, tentu dia gembira tengok cucu dia yang paling nakal ni akhirnya bertunang. Al-Fatihah..

Balik dari majlis bertunang, kami singgah umah kakak aku kat Permatang Pak Elong. Kakak aku bat nasi Lemak, sedapppppnyerrrrrr. Selesai semua baru kami balik lepas Isyak. Irfan suka naik basikal Cucu kakak aku ni. Tapi pinjam je okeh.. namun begitu, Ikmal sebok main dengan cousin2nyer, main tarik2, seret badan kat atas karpet, karpet tu kan panas. dan inilah hasilnya.... Bila time balik ramai2 anak akula yang selalu dapat 'hadiah'. haritu jadi spiderman terseret belakang motor, masalahnya Ikmal ni kalau dah dapat main, dia main sampai tak mau2, kadang2 sampai tak pandai jaga diri. dan inilah hasil yang dia dapat...




Selesai semua kami lepak kat kampung. Cuaca panas. sapa pun tak sanggup dok dalam rumah. lepak jap arr kat luar. ambik angin

Tengah lepak aiskrim datang. bestnyer.. seronok pakcik aiskrim ni kalau datang time cuti kat umah aku. geng anak cucu mak aku yang tlg pakcik ni clearkan aiskrim dia. aku saja 3. Ikmal 3. Irfan dan abah dia tidur. makan satu mana cukup beb. g pun murah jer. satu 50 sen.


Zawani Zulaikha. dah besar, dah 1 tahun. Kejap jer masa berlalu. yang ni cucu kak aku yang sulung. yang bertunang ni anak kak aku ni yang nombor dua. yang ni cucu menakan aku yang ke 4. ala cucu Toksu..!!

1 comment:

*Azie* said...

meriahnyer ....