CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 25, 2009

ABANG BALIK @ FATHERS DAY

Hubby dah balik Sarawak. Lega aku rasa. Bukan apa, aku tak larat nak tengok budak2 ni. At least ada abah dorang, ringan la sikit aku.. kalau tak.. adoi.. tak kebah demam aku ni dibuatnya.. Hubby balik pada 21 Jun 2009. Father's day.. Kami anak beranak bagi kat ni untuk hubby. Happy Father's day, semoga menjadi abah yang baik untuk kami sekeluarga.. okeh..






Yang cap jari besar tu tangan Ikmal, yang kecik tu tangan Irfan.. hehe.. punya syok la Ikmal buat kerja ni. nak buat lagi.. hari2 cakap, mama, jom kita buat kad abah. boleh main cop2. lipstik mama, banyak lagi tu.. yala tu... aku cat tangan dorang dengan lipstik aku yang patah tu.. apa lagi.. suka la benda2 cam tu.. tapi bila tiba HARI BAPA, ingatan aku tertumpu pada 'wajah kesayangan hamba' ni.. dengar lak lagu Ayah-Aishah kat TV, airmata mengalir laju jer.. Tiba2 rasa rindu sangat... rindu nak peluk Ba, Seperti tahun lalu, dan bermula tahun lalu.. tiada lagi panggilan telefon yang kubuat berserta sekeping kad ucapan SELAMAT HARI BAPA yang aku poskan untuk tatapan Ba di kampung.. semua itu tak akan berulang lagi.... tabahkan hatiku...

Semoga roh Ba dicucuri rahmat.. Al-fatihah.. Aku merinduimu.. rindu dari anakmu yang tak pernah padam..

No comments: