CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, July 25, 2009

CONTEST LAGI

Ha... contest datang lagi.. kali ni sponsornya adalah.. Ibu Addin & Nasa.. (http://anakkuwiraku.blogspot.com/2009/07/share-your-story-this-will-yours.html)

Apa yang perlu dilakukan adalah..


1. Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan;

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda;

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.3 pemenang akan dipilih...


Tarikh tutup ialah pada 25 Julai 2009.

Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

Dan hadiah yang bakal menanti adalah..



dan saya mulakan dengan....

*************************************************************************************
Anak sulung aku bernama MUHAMMAD IKMAL DANIEL BIN JUKHAIRI. Lahir pada 7 Julai 2003 dengan berat 2.95kg secara ceaserian. Sekarang berusia 6 tahun. Mengandungkan Ikmal, aku overdue selama 10 hari. Semuanya bermula bila...

AHAD 6/7/2003;
  • tengahari aku terpaksa di admit masuk wad Hospital Kulim, Kedah. Aku diberi rehat satu hari sehingga esok pagi untuk di induce.

ISNIN Subuh 7/7/2003;

  • aku di induce. Tapi masih belum mempunyai tanda2 melahirkan dan tiada rasa sakit. Dari selepas waktu diinduce, sampai la ke pukul 10 lebih, aku masih belum merasa sakit langsung. Dalam masa yang sama, jantung baby di cek sentiasa, dan bacaannya kurang cantik, naik, turun, naik, turun. Nurse kata mungkin baby tidur. Ntah, aku pun tak tau. dalam pukul 11 lebih, Nurse menghentikan bacaan jantung baby dan menyuruh aku ke tandas. Di tandas, aku mula bleeding, tapi masih belum rasa sakit walau sikit pun. Mungkin kerana aku terlalu lama di dalam tandas, nurse memanggil aku keluar, dia suruh aku bersiap2. katanya aku akan dioperation. aku mula takut. Waktu itu, hubby belum datang kerana waktu melawat belum tiba. aku mula di'prepare' untuk ceasarian, dressing, tukar baju, dan sebagainya. Doktor menyuruh aku menandatangani surat kebenaran. aku minta doktor menunggu sehingga hubby datang. tapi doktor kata, aku yang perlu menandatangani surat itu sendiri. lebih kurang pukul 12 setengah, aku ditolak masuk ke operation theater. semasa hubby ikut menolak katilku ke dewan bedah, aku nampak airmata hubby mengalir. waktu itu aku rasa macam aku nak pergi mati.. di dalam dewan bedah, aku nampak lampu2 bedah sepertimana yang selalu aku tengok di TV. Aku cukup takut masa tu, medical assistant dan nurse melekatkan sesuatu seperti tiub leper pada dadaku, seorang lelaki memesan padaku, ingat TUHAN banyak2, mengucap.., dia meletakkan topeng pernafasan kemulutku dan menyuruhku mengira di dalam hati sebanyak 10 kali. Aku baru sempat kira sehingga 5 aku rasa dan... aku terus tak sedar apa2 sehinggalah namaku dipanggil untuk ditolak ke wad. aku tak tau waktu itu pukul berapa. kata hubby baby keluar dan dibawa untuk dibersihkan pada 1.25 tengahari, dan aku siap sedia dibawa ke wad lebih kurang pukul 3 lebih. Sehari semalam anakku dijaga oleh nurse, aku masih belum boleh bangun dan dipasang tiub kencing. semuanya dibuat oleh nurse. Esoknya..

SELASA 8/7/2003;

  • dalam tengahari, tiub kencingku dibuka dan aku disuruh mula bangun dan jalan sendiri. pada mulanya, aku terasa sangat sakit, bahagian yang dibedah terasa cekang. setelah berusaha berulang kali sehingga airmataku mengalir, akhirnya aku berjaya turun dari katil. nurse mengajarku bagaimana cara untuk berjalan dengan memegang perut dan sedikit membongkok. secara perlahan2 baru aku perlu menegakkan badan kata nurse. sepanjang hari ini aku diajar untuk breast feeding, bangun untuk mandi, dan buat semuanya sendiri. agak susah, tapi aku cuba sedaya upaya, lagipun aku tak mau tunjuk manja, nanti aku lambat dibenarkan balik. Aku masih belum mempunyai susu. anakku menangis kelaparan, nak tunggu nurse datang untuk memberi susu pada anakku merupakan satu penantian yang cukup menyiksakan bagi aku... namun aku masih terus mencuba dan mencuba walaupun masih belum ada susu lagi. kesian anakku..

RABU 9/7/2003;

  • Aku dibenarkan balik hari ini. Aku rasa bersyukur sangat. lega..!! sepanjang perjalanan balik dari hospital kulim ke kampungku di Selama, Perak, agak menyakitkan aku kerana jalan yang berlopak2. tapi aku gagahkan juga demi anakku.. akhirnya.. setelah berhempas pulas.. aku telahpun berjaya menjadi seorang ibu..
  • tapi pada aku, bersalin secara ceasarian, aku cepat sihat, dalam 5 hari, selepas dari hari melahirkan, aku dah boleh buat buat kerja rumah, tolong2 mak aku apa yang patut. anakku pun kumandikan sendiri... cuma luka pembedahan saja yang mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan selama 3 tahun aku tak boleh buat kerja berat dan emmmm PREGNANT.. tapi walau apapun... demi melahirkan satu nyawa sebagai saham aku diakhirat kelak.. aku rela terima semua itu..

Ikmal sewaktu berusia 9 bulan

Ikmal sekarang...

begitulah kisah aku sewaktu melahirkan anak anak sulungku.. smg aku berjaya kerana hadiah yang ditawarkan agak menarik iaitu CRABTREE & EVELYN. Aku belum pernah dengar tentang produk ni, sebab itulah aku teruja nak mencuba produk ni.. dan semakin berbungalah hati aku seandainya aku dapat PRESENT..

************************************************************************************

2 comments:

♥Cik Puan♥ said...

akak produk nie dah lama..masa bercinta dulu abg azie hadiahkan 1 set..mmg wangi..semoga akak berjaya.

RiEda96 said...

insyaallah.... kalau ada rezeki..