CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Monday, August 3, 2009

JAWAB TAG MAMALIEYNA..

Tumpang ada masa sikit ni aku nak jawab tag tertunggak daripada mamalieyna. tagnya berbunyi...


ARAHAN :
Letakkan gambar sewaktu anda kecil. Adalah baik sekiranya anda menulis 20 perkara yang orang tak tahu tentang zaman kanak-kanak anda. Di hujung antri, pilih 5 orang untuk di tag. Anda amat bertuah jika ditag kerana saya ingin tahu tentang zaman kanak-kanak anda.


Sebelum tu.. aku nak bagi tag ni kat mamalieyna.. sila ambik dan letak kat blog mamalieyna yer..


Masa Tadika

darjah 4

Darjah 1



Bila menyebut zaman kanak2, zaman itulah yang paling aku rindukan, sebagaimana dalam permintaan tag ni.. 20 perkara tentang aku zaman dolu2 adalah..


1) aku dilahirkan di rumah di kampung aku Felda Ijok pada 6.30 pagi jumaat. (masa tu bersalin dirumah relax jer.. takyah p spital kan..) dengan berat 3.17kg.


2) anak bongsu daripada 8 orang adik beradik, seorang yang kuat merajuk waktu kecil.


3) suka menyanyi dan aktif dalam bidang seni. fuhhh... ye la.. berlakon, menari, bercerita, bersajak, bersyair, kira bidang seni la tu kan.. dulu, orang kampung kalau nak suruh aku nyanyi, dorang bagi 20 sen, aku boh la selagu.. hehehe...


4) lasak jugak, kawan dengan lelaki sebab yang tu ja yang ada dekat umah. yang pompuan jauh2. kalau main 'police entry', aku mesti surrender awal. tak larat nak lari. kalau main game tu, mesti takde sapa nak geng aku, tapi kalau main 'zeropoint' (lompat getah tu) suma mau geng aku la.. sebab aku boleh melepasi halangan walaupun getah tu dah tahap kepala.. (ada yang penah main tak)


5) selain dari tu permainan aku waktu kecil 'rounders' (macam baseball tu), 'toi', masak2 dan 'tuju tin' dan 'tuju kasut'. kalau main masak2 zman aku dulu gunakan barang buatan sendiri. untuk buat mangkuk kitorang pecahkan tempurung kelapa, sudu, kitorang gunakan kayu dan kulit kerang, minyak kitorang gunakan lilin dan duit kitorang gunakan daun. menu dulu2 kitorang selalu masak bunga pagar (yang macam bunga bulu kucing) kitorang bakar buat macam satay.. best waktu tu.. aku selalunya jadi mak. ataupun kakak, kadang2 jer jadi adik. kadang2 boleh gaduh bab tu sebab berebut nak jadi watak utama


6) sebut bab main lagi masa aku masih belum sekolah kot.. ntah aku pun tak ingat sangat umur aku waktu tu.. tepi rumah aku tu ada macam bukit, so, bila hujan kat situ akan jadi mcam lecah sikit la.. so, aku, kakak2 aku dan kawn2 kakak aku akan buat tempat tu mcam papan gelungsur kat taman menan tu.. hbs la baju kami berselut.. ntah aku tak ingat pulak kena marah ke tak.. sbab mak aku serahkan krja menjaga 'adik' (aku la tu).. kat kakak aku.. pape dorang la yang kena marah kot..


7) masih menyusu 'susu cap gantung' sampai umur berapa aku tak ingat, tapi aku boleh ingatla masa tu dah ada anak buah yang selalu dijadikan umpan untuk aku berasa malu kerana masih lagi menyusu..


8) banyak kudis kat kepala aku masa kecik. sampaikan rambut pun tak mau tumbuh. orang yang bertanggungjawab men'dressing' rambut aku masa tu kakak dan abang ipar aku.. masa tu dorang baru kawin, bawak aku p sungai, dok 'perisi' rambut aku yang penuh kudis sampaikan aku digelar oleh cousin aku 'topi jepun' sebab takde rambut. tapi sejak2 aku meningkat dewasa ni rambut aku mak ai.. lebatnya bukan main.. sampai aku tak boleh berambut panjang.. paling panjang pun lepas bahu.. panas beb...


9) cukup jaki dengan cucu sulung mak aku a.k.a anak buah aku yang pertama yng usianya tua setahun dari aku.. aku jeles kot.. bila balik kampung aku mesti halau dia balik. tapi bila dah pelan2 besar, dah jadi member kamcing pulak, bila time dia balik kampung, dia akan balut la pembaris ker, pemadam ker... untuk buat hadiah kat aku.. aku pun macam tu.. bila berjumpa, mandi sekali, makan sekali, dan akhir diala member kamcing aku sampai sekarang.. sampaikan kami ni... sama2 bercinta dengan orang yang sama umur, dia bercinta 7 tahun, berumahtangga, aku pun bercinta 6 tahun baru berumahtangga. dia bertunang, 3 bulan selepas tu aku bertunang, dia berkahwin, 3 bulan selepas tu aku berkahwin, dia bersalin anak pertama, 4 bulan selepas tu aku bersalin anak pertama, dia bersalin anak kedua, 5 bulan selepas tu aku bersalin anak kedua, beza umur kami pun ikutkan 4 bulan saja, tapi dah berlainan tahun jadila beza setahun.. dia bulan november 76, aku mac 77. so, sampai sekarang pun.. aku dan dia.. ibarat tiada rahsia antara kami... ce wah..


10) dulu kalau main congkak, ayah aku akan buat lubang congkak kat bwah pokok jambu. guna biji getah untuk main congkak tu.. aku yang selalu kalah.. bila kalah aku mesti baling suma biji congkak tu.. bebai.. kalau main dengan orang lain aku boleh terima, tapi kalau main dengan anak buah aku yang item 9) tu, aku mesti jadi cam tu.... (teruknya perangai maksu..)


11) bila bab bangun tidur nak p sekolah, aku yang paling payah bangun. dah bangun, mesti hik, hik, hik dok menangis. sayangkan tempat tidur, tapi bila disuruh tuang sekolah, tak mau pulak, syang.. bila dah mak aku jirus mandi baru ok.. kadng2 menangis sebab kerja umah tak sempat buat asyik main jer. bila pagi2 ayah aku yang tolong buat, dia yang tolong tulis a, b, c, (sapa yang sekolah ni..) yang paling bengang bab susah bangun pagi ni kakak yang atas pada aku.. dia cukup meluat dengan peel aku yang satu ni..


12) Aku pernah ditibai oleh ayah aku sebab aku cincang kuih lapis masa bulan puasa.. (khianat tu..) aku suka makan pulut seri muka. hari tu aku puasa tapi tak sahur. balik sekolah tengah aku jalan kaki dari sekolah, sampai separuh jalan ayah aku ambik dengan motor. aku cam bengang la sb tak puas lagi jalan kaki dengan member2 (jalan kaki dengan member, syok, hilang penat la konon). balik umah aku bebai, mak aku cakap, nak larat bukak la puasa, aku tak nak, rasa sayang pulak. dah separuh hari. tapi aku tanya gak seri muka masih ada ker? mak aku kata dah habis sahur tadi, aku tak bangun. oleh kerana bengang, aku cincang habis kuih lapis tu satu loyang. ayah aku mengamuk kejar aku keliling umah dengan getah paip. hahaha.. padan muka..


13) syyyyssss... yang ni tak senonoh sikit pngai aku.. masa aku tadika dan darjah satu.. aku suka ******* dan ***** dalam seluar. cikgu selalu tlg cucikan, siap sdai seluar dalam aku kat pokok pagar kat tepi kelas lagi.. dah tu.. cikgu mesti kata, "em... cakap pandai... tapi.. ehem2 dalam seluar.. kenapa tak bagitau cikgu.." masa tu.. rasa cam tak bersalah la pulak..



14) aku masa kecik dulu cukup takut dengan cucuk, doktor, nurse dan hospital. aku sampai termimpi2 bila cikgu bagitau esok ada orang kesihatan nak datang bagi imunisasi kat kami. sampai sekarang pun dah beranak dua ni, kalau time nak cucuk aku mesti tak tengok jarum tu. kalau cucuk anak2 aku pun sama. masa aku darjah 3, doktor gigi datang untuk cek gigi. aku kat sini dah nak terkencing dah takut. tapi masa nama aku disebut untuk check-up, aku di'excuse' kan sebab time aku aku tengah tunggu turn untuk satu pertandingan bercerita.. masa tu aku rasa lega sangat.. selamat..



15) Masa aku darjah 3 dan 4 aku sangat rapat dengan cikgu aku yang satu ni. nama dia cikgu zarina binti yahaya. dia sangat take care aku.. bila aku sakit demam.. bila aku nak masuk pertandingan menyanyi atau pertandingan, dia yang akan make up kan aku.. dia yang akan iron baju aku. sampaikan aku tak bersemangat nak kesekolah selepas cikgu tu ditransfer ke sekolah lain.. dan pelajaran aku merosot. nasib baik akhirnya aku dapat terima kenyataan.



16) Masa kecik2 dulu aku juga suka bawak buah jambu bola (u all tau tak?), jambu bertih (macam jambu air tapi kecik) untuk dijual kat sekolah agama petang (aku panggil sekolah arab). kaya beb.. dapat sehari rm2 lebih pun bagi aku masa tu dah kira besar. setiap hari khamis boleh beli apom balik kat pasar malam (kami panggil 'pekan khamis'). kawan2 aku yang lain pun ada gak yang menjual kat sekolah, ada yang jual jeruk kelubi, jambu susu (sedapnyer... terliur), dan jual sengkuang letak kuah dan kacang atas dia.. kadang2 pulak suka beli laksa boh dalam plastik, isap kuah dia dengan straw. isi dia makan last.. sedap tuuuuuuuuuuu..



17) selalu mandi sungai dengan geng2. bagitau mak balik awal, tapi balik lambat, mak aku cakap, "mandi sampai kecut". mandi sungai dulu aku suka pakai kain batik berkemban dan buat pelampung dengan kain batik tu sendiri (ada yang pernah buat tak?). kadang2 janji berkelah dengan kawan2 bawak bekal nasik makan kat sungai. kalau hujan, kami makan kat bawah jambatan kat sungai tu.. best wooooo.. masa kakak2 aku masih bebudak, aku join cam tu jugak, bila dorang dah besar, aku pulak penyambung tradisi tu..



18) aku kecik2 dulu hitam, macam anak hindu.. (yang belum tengok korang boleh tengok entry http://rieda96.blogspot.com/2009/05/my-belated-birthday-story.html). dulu aku selalu gaduh dengan abang kakak aku, dia putih macam anak cina. bila gaduh aku kata dia anak angkat, anak cina mak ambik bela. dia pulak cakap aku ni anak hindu mak jumpak aku dok berbungkus dengan kain sari kat kebun getah. aku terasa gila time tu. rasa benci ada kakak cam tu. tapi sejak aku meningkat remaja kak aku tu la yang banyak jasanya kat aku dari sejak sekolah, sambung study kat ITTAR ALOR SETAR, bertunang, berkahwin, dah ada laki, ada anak sorang, anak dua, dan sampaila sekarang.. (thanks sis!).



19) masa kecik jugak aku selalu di usik oleh kawan2 ayah aku. kata dorang aku ni bukan anak ayah aku, aku ni cucu. ayah aku ambik bela. aku punyala nangis time tu. ya la, masa aku lahir umur ayah aku 54 tahun. mana taknya macam cucu kan..!!



20) Yang masih kekal dari aku kanak2 dulu sampai sekarang, aku ni paling rapat dengan anak2 buah, suka makan laksa dan suka makan asam, menyicah, suka jeruk buatan kampung/buatan sendiri.



waa.. settle 20 story.. so, sekarang aku nak TAG nama2 kat bawah ni.. kalau ada antara korang yang dah buat TAG ni, ignore kan










* blogger2 yang jadi follower aku dan baru nak jadi follower aku atau bakal jadi follower aku dialu2kan untuk buat jawab tag ni.. k.. selamat berstory..

4 comments:

mamaarifakeemaisy said...

wa hebatnye ingatan mengimbau kenangn lalu..aktiviti bdk kampung cam kita ni lebih kurang jer kan..
apa2 yg akak tanya tu, sume pnh kita wat jugak...! sgt seronok la...nk ke zaman dulu balik...huhuhu...best..!

♥Cik Puan♥ said...

kenangan indah waktu kecil mmg best kan..ala akak xla hitam sangat..ok la tue ...mmg masa kecik2 kita berlemoih ckit..tapi la dah cun..klu x abg jo x terpikat la muhahahaha

RiEda96 said...

hahahaha...

ImanRifqi08 said...

aku ni mn nak ingat zmn muda2 dulu..yg aku tau kita 1 sklh Ren n hg mmg minat giler kat Fauziah latif..