Mata aku bengkak.. aku menangis.. kenapa...?! ACTUALLY, aku pun tak pasti haruskah aku publishkan entry ni atau tak, tapi aku hanya mempunyai satu niat iaitu.....

v
v
v
v
v
v
v
Diari 28/12/2009... 9.30 malam..
Pukul 8 malam tadi, diah (kakak aku) sms bagitau dia call mak dari lepas maghrib tadi, telefon tak berjawab, dia telefon Kak Inor (jiran sebelah) Kak Inor kata rumah mak gelap. kami mula risau, mak takkan tidur begitu awal.. dari minit ke minit, aku dan diah terus menelefon mak, masih tiada jawapan... airmata aku mula mengalir.. takut sesuatu terjadi pada mak.. aku terus menelefon dan terus telefon, masih tiada jawapan, airmata dah tak boleh stop lagi.. aku sms suruh Diah call Kak Inor lagi, Diah kata dia segan sebab dah malam2, depa tidur awal. aku nak call mak, tapi telefon takde kredit, Diah transfer kredit RM1 kat aku, dan aku cuba telefon Kak Inor. Segan nak kacau orang malam2, tapi aku gagahkan juga demi Mak. Setelah lebih kurang 10 deringan, Kak Inor jawab telefon dan memberitahu dia intai dari celah tingkap dan nampak dalam cahaya samar2 mak aku tidur dengan telekung sembahyang, mungkin mak terlalu letih fikir kak inor, jadi dia tak kejutkan mak aku. petang tadi ada majlis bacaan yassin kat rumah jiran, minggu ni aktiviti bacaan yassin group warga emas termasuk mak aku, full kata kak inor, jadi mungkin dia keletihan hingga tertidur selepas maghrib. aku mula lega, tapi masih tak puas hati sebab tak dapat cakap dengan mak sendiri. aku sms Diah memberitahu khabar berita yang aku dapat dari kak inor. diah pun lega, tapi aku pasti dia juga masih belum berhenti menangis mcm aku. aku cuba telefon mak sekali lagi. kali ini berjawab. bila saja mak menyebut 'helo' aku meraung macam anak kecil yang ditinggalkan ibunya, apa yang mampu aku luahkan dalam raungan itu,
Aku: " mak pegi mana...!!!"
Mak: (dalam nada separuh panik, menjawab) "awat, hang telefon ka?, aku p mesjid, ada ustaz baca kitab malam ni..."
Aku: (dalam nada tersedu2) Diah tipon mak tak angkat, ida tipon pun mak tak angkat, kami tipon kak inor, dia kata mak tidoq kot.. kot mak letih.. minggu ni baca yassin banyak tempat..
Mak: (terdiam dan menjawab) aku takdak apa, hangpa tak payah risau la kat aku.. insyaallah..
**** talian terputus *****
aku terus mendail, voicemail.. mungkin bateri mak habis... sehingga ke saat ini, aku masih tak puas lagi bercakap dengan mak, tapi aku lega kerana tau mak selamat.. justeru itu, untuk meredakan gelodak perasaan aku, aku nak jadikan story ini sebagai entry aku saat ini.. berbalik kepada niat aku di atas... kepada sesiapa yang rasa sudah lama tidak menghubungi mak/ayah di kampung, hubungilah, dan tanyala khabar, ibubapa kita tidak meminta kita menghabiskan berpuluh2 ringgit kredit telefon untuk berbual, cukup dengan hanya bertanya khabar yang rasanya tidak sampai RM5 kita habiskan dan hanya 15 minit kita luangkan.. kesempatan ini aku ambil untuk memberi peringatan umumnya kepada semua pembaca diluar sana.. dan khususnya kepada anak2 mak aku... telefonla mak selalu.... kalau setakat hari ini kita telah menjadi anak2 yang baik, selalu telefon mak, seminggu 2,3 kali, tak salah rasanya kita tambahkan lagi, mungkin 4,5 kali seminggu.... atau lebih.. biarlah mak tak sunyi dihujani panggilan2 telefon dari kelapan lapan anak2nya..... sesungguhnya.. aku terlalu sayangkan mak...belum puas lagi hidup ini kuharungi dengan mak disisi..... YA ALLAH... KAU SELAMATKANLAH MAK AKU WALAU DI MANA SAJA DIA BERADA.. BERILAH DIA KESIHATAN YANG BERPANJANGAN.... AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Nota: buat pembaca semua, aku mintak maaf kalau entry kali ni macam ter'over' sikit, aku just nak meredakan perasaan aku ... terima kasih pada yang sudi membaca...