Irfan masuk wad? baru ja petang tadi aku p tengok kawan aku masuk wad. Tak sangka petang ni anak aku pulak. menceritakan detik cemas kejadian Irfan masuk wad.. semuanya bermula bila.. malam jumaat tu, dia dah demam. aku dah bagi ubat, jelum kepala dia, lap badan dia, ok, dia aktif balik. esoknya time aku hantar p umah mengasuh badan dia mcm suam2. aku bagi ubat. petang pukul 4 aku call tanya, pengasuh kata dia ok, makan, minum tapi badan dia panas. TIBA2, pukul 4.45pm hubby call mintak aku call pengasuh, IRFAN TARIK SAWAN!!!. Aku meraung sambil cakap telefon dengan pengasuh. memang confirm dia tarik, Mulut Irfan pun sampai dah berbuih. Aku bagai nak pengsan dengar, Kawan2 cuba menenangkan aku. Aku dah tak kisah itu semua. yang aku pikir cuma nak 'terbang' balik ja kalau aku mampu 'terbang'. sekali lagi aku call pengasuh, masa tu, dalam kereta hubby dah on the way bawak Irfan ke hospital. Aku panggil nama Irfan. aku dengar dia menangis. Ya allah!! tuhan saja yang tahu perasaan aku masa tu. 5.30pm aku balik. On the way aku ke hospital, pengasuh call aku bagitau, Irfan dah admit masuk wad. Doktor marah pengasuh sebab jelum Irfan dengan Ais. pukul 6pm aku sampai kat hospital, masa tu cari wad pun aku dah tak jumpa. lambat sangat aku rasa aku jalan nak cari wad tu. masa aku sampai, aku tengok Irfan sedang menangis. aku ambik dia, aku peluk dia, aku pujuk dia, dalam masa yang sama aku turut menangis bersama2 Irfan. Irfan dah dibogelkan, badan dia masih panas. aku dukung dia, berganti dgn pengasuh dia. Irfan masih menangis sekali sekala. tangan Irfan masih genggam belum bukak lagi. sekali sekala Irfan macam sentap2 baju aku. Doktor datang untuk cek Irfan lagi. Kata Doktor ambik masa untuk dia bukak balik genggaman dia. Aku risau. Dalam hati aku hanya mampu berdoa selamatkanla anak aku.. Bila aku dah dukung dia, tenangkan dia, baru dia bukak tangan dia macam biasa. mungkin tadi dia takut. tempat yang dia tak biasa, semua orang serbu dia pulak. lebih kurang 15 minit Doktor ambik darah Irfan. resultnya ok. alhamdulillah. Tangan Irfan dah dipasang tiub untuk masukkan ubat. kesian aku tengok dia. Panas pun dah turun Doktor kata. Masa admit tadi panas Irfan 39 darjah Celcius. Apapun aku dah rasa bersyukur time tu.. dan lega bila panas dia dah turun. Sabtu, Irfan dah sihat, tak demam lagi. tapi ubat masih diberikan dan dipantau oleh Doktor dan nurse macam biasa. Aku tunggu Irfan kat wad sampaila Ahad petang 14/6/2009, baru Irfan boleh discharge. Lega bila tengok Irfan dah aktif semula. Pada kawan2, para ibu2, bapak2 atau siapa saja yang sentiasa berdepan dengan kanak2. di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk memberikan tips2 yang telah aku pelajari masa kat hospital. mungkin pembaca kat luar sana dah tahu, tapi tak salah untuk aku ulanginya semula.
* KALAU ANAK DEMAM PANAS..., KITA..*
1) jelum kepala dia dengan air paip yang tidak terlalu sejuk;
2) lap badan dia dengan air suam sebab lebih cepat turunkan suhu badan dia;
3) lap badan dia, bahagian kaki dan tangan jangan terlalu banyak dilap sebab tangan dan kaki lebih cepat sejuk secara automatik, kalau terlalu sejuk pun anak boleh 'tarik';
4) kalau panas terlalu tinggi, cepat2 masukkan ubat dalam punggung dia;
* KALAU ANAK TARIK SAWAN...., KITA*
1) Pusingkan badan dia ke kiri;
2) Masukkan ubat dalam punggung dia;
3) Lap badan dia dengan air suam;
4) jelum kepala dia;
5) segera bawak anak ke hospital
Kalau anak2 demam aku memang buat macammana yang doktor pernah bagitau masa aku deliver first baby lagi. Alhamdulillah anak2 aku ok. mungkin dah takdir tuhan, anak aku sakit sewaktu bersama babysitter, mungkin hikmahnya.., untuk aku dan babysitter lebih berhati2 dalam menjaga budak2 waktu mereka demam.. aku tau babysitter cukup sayangkan Irfan, dah tertulis semua ni berlaku. apa pun aku cukup bersyukur Irfan tak apa2. Doktor kalau kalau Irfan tarik terlalu lama, dan kami lewat bawa Irfan ke hospital, mungkin.... tak tau apa yang jadi pada Irfan NAUZUBILLAHIMINZALIK... MINTA DIJAUHKAN.. lepas balik dari hospital sampai sekarang, aku fobia, kejap2 aku pegang kepala dia, badan dia takut panas.. dalam masa yang sama aku sedang berusaha untuk berubat cara kampung. tak salah kita mencuba rawatan moden dan tradisional kan?
Pengalaman itu cukup mengajar aku erti nilai sebuah kehidupan. Besarnya amanah Tuhan yang diberikan pada kita, betapa anak itu adalah sesuatu yang cukup berharga dan tak dapat aku gambarkan dengan kata2... IKMAL DAN IRFAN.. MAMA SAYANG ANAK2 MAMA..

Hari Pertama masuk wad






Hari kedua kat wad. Irfan dah sihat sikit




Petang hari kedua. dah mula lasak

Hari Ketiga. Petang ni dah boleh keluar wad
Tidur dulu sebelum balik. Babysitter belikan Irfan Spongebob. Lepas inject antibiotik last nanti, kita dah boleh balik okeh..

Dalam kereta on the way balik. Tangan Irfan dah dibuang tiub. luka sikit. sian anak mama. tapi anak mama hero. tak nangis pun..