CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, December 19, 2008

Tribute Untuk Ba

Entry kali ni tribute aku untuk Arwah Ba sempena hari lahirnya yang bakal menjelang 23 Disember 2008 ni. Kalau Ba masih ada pastinya dia akan menyambut hari lahirnya yang ke 85 tahun bersama dengan keriuhan anak, cucu dan cicit yang semakin bertambah. Apapun aku tetap tak pernah jemu untuk mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah..

Ayah..
Belumpun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini menerima hakikat
Kau tak berkesempatan menyaksikan hasil perjuanganku
Percayalah ayah selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah..
Seringku tanya mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa tiada mengizinkan
Perginya tinggalkan semua
Perjuangan diperjuangkan
Demi tuhan dia rela
Menghitung hari-hari mengenangkan kembali
Perginya bertemu Ilahi bilakah pasti
Ayah..
Demi tuhan kubersyukur
Petunjuknya menyedarkan kita
Meskipun dosa tiap hari ku pinta agar bersih semuanya
Penderitaan dan perjuangan
Jasamu tetapku kenang
Suatu yang sedih bergumpal di hati
Tiada mampu ku beri
Hanya doa terukir setulusnya murni
Ku pinta padamu ilahi
setiap hari
“petikan dari.. lirik lagu ‘AYAH – AISHAH”



Kelantan - Kenduri Zubir

Aidilfitri 1997


Kat Kompleks Tabung Haji Tahun 2004. Masa ni hantar Mak, Diah dan Kak Yati ke Tanah Suci



Kat Tasik Banding on the way pergi kenduri Zubir

Masa ni Family aku buat gathering menyatukan semua generasi dari yang pertama sampai yang ke berapa ntah, aku pun tak pasti. acara ni berlangsung kat Sekolah Rendah Bukit Gantang, Taiping tempat asal Tok dan Tokwan aku, Parents ayah aku. Ni Acara bowling buah kelapa. Ayah aku dapat tempat ke 3. Boleh tahan orang tua ni.. Masa ni dia masih agak sihat jugak lagi

yang ada kat sini suma adik beradik

Dr Azizan, pengasas produk2 keluaran Era Edar Marketing - anak menakan pupu ayah aku kot. ntah, aku pun tak sure dia punya pangkat dengan ayah aku. Salah satu pihak yang sponsor untuk majlis gathering ni di samping tujuan promosi.


Masih lagi di Acara Gathering
Masa ni Aku sefamily dan Kak aku bawak Ikmal ronda2 kat Zoo Taiping tahun 2004

Masa ni bawak Aiman dan Adam pusing Penang, Tokwan nak belanja.. Ayah aku memang sorang yang paling sayang pada cucu2 dia. Kalau dia ada duit dia tak pernah kedekut untuk ditaburkan pada cucu2 dia, dan yang penting dia kaki berjalan makan angin..

Bawak budak2 tu naik Feri

Lepak kat Tanjung Bungah

Bersama Paksu, adik Ba, masa kenduri aku 7/9/2002

Masa ni kami Bawak Mak dan Ba lepak KL umah abang2 aku. Ni kat umah Abang Zaki. Abang aku yang nombor 2.

Ni time dia balik dari kedai. Pagi2 dia akan start keta, p lepak2 minum teh dengan Kawan2 dia, lebih kurang dalam pukul 10,11 baru dia akan balik. duduk kat luar, lepak, sampai dekat zohor baru dia masuk.

BA DALAM KENANGAN..

23/12/1923 - 17/08/2007

1 comment:

Azie said...

moga rohnyer di cucuri rahmat & ditempatkan bersama2 org yg beriman amin.

akak syokkan keluarga ramai nie..siap ada gathering lagi..meriah suker azie..bila ada kenduri & hari raya tue yg paling best kan...