Khamis (8/7/2010) malam minggu lepas aku sefamily dan mak aku bersama kakak aku sefamily ke Kuala Lumpur. anak abang aku kawin. kitorang bertolak dari Kulim pukul 12 malam sebab tunggu dulu kakak aku selamat melahirkan anak sulungnya setelah sehari semalam dah dia masuk hospital.. susah hati mak aku nak meninggalkan anaknya yang sorang ni selagi belum 'deliver'. akhirnya selepas pukul 10 malam berita baik kami terima dia selamat melahirkan baby boy, barula mak aku senang hati sikit nak ke KL.. biasala.. hati mak kan.. seminggu jugakla dia kat wad sampai kami balik dari KL. banyak kisah aku kat KL ni, dari nikah sampai la majlis resepsi dan seterusnya kat umah pengantin lelaki, tapi aku story part by part. okeh, kita jelajah part 1 dulu.. lets go..
Gambar selingan cucu baru mak aku yang ke 30.. MUHAMMAD AQEEF ARFAN..
Welcome Sayang..
************************************
Kat Tapah, minum2. aku konvoi 3 biji kereta dengan Kakak aku dan anaknya pengantin suam yang baru kenduri 6/6/2010 ritu..
Welcome to the club Rani.. ni 1st time jalan2 sebagai ahli baru dalam family gila2 kami kan.. welcome2!!
Anak2 ku, celik mata, main..
******************************
posing sebelum pegi..
Anak2 ku, celik mata, main..
******************************
kami sampai kat Shah Alam lebih kurang pukul 6 pagi. singgah umah abang aku yang no.3. semenjak 2 menjak ni kalau ke KL, kat sinilah hotel 5 bintang kami.. kami lepak lebih kurang, breakfast, sambung tidur balik, petang baru kami ke rumah pengantin kat Prima Tropika, Seri Kembangan. acara nikah bermula selepas asar. masa kami sampai baru acara buka mulut dan sembang2..
posing sebelum pegi..
Sah bergelar Suami dengan sekali lafaz. Pengantin dinikahkan oleh abang aku sendiri. setelah itu, 'Amanat wali' dibacakan. berderai2 airmata mak pengantin perempuan dan pengantin pun. dan ... Menitis jugakla airmata aku sewaktu 'amanat wali' dibacakan oleh abang aku tu.... setelah selesai, acara batal air sembahyang dan penyerahan mas kahwin dibuat dirumah. aku tak sempat snap pic tu sebab sampai2 jer, anak aku dah taknak masuk rumah, dan kami terus menjamu selera. ingat sempat, tengok2 rantai membatalkan air sembahyang dah pun berada kat leher anak buah aku masa dia keluar. hmmm dah selesai rupanya.. aku masa tu, belum lagi habis melantak.. ahaks...
acara setelah kenyang.. posela pa lagi... dengan anak buah aku jugak.. syud.. ni pun pengantin suam2 kuku gak nih..hehe..
ini yang membuatkan anak2 aku tak mau masuk rumah tadi, nak tengok kambing panggang ni.. bukan makan pun.. nak tengok jer... tapi.. perghhhhhhhhhhhh lamb chop ni sedap gilaaaaaaaaaa...
************************
Yang ni antara barang hantaran untuk pihak perempuan. yang pihak lelaki punya tak sempat aku nak snap, dah dibawa.. tak banyak rasanya, ada cincin. sirih junjung, sebb ritu masa tunang dah bagi, hantaran kali ni just untuk selingan jer.. ntahla apa yang aku sebokkan sangat masa tu..
KASUT DAN TAS TANGAN DARI PRIMAVERA
CEK HANTARAN BERJUMLAH RM10,080.00 dan seutas rantai pembatal air sembahyang (yang hanya tinggal kotak).. huhu..
CEK HANTARAN BERJUMLAH RM10,080.00 dan seutas rantai pembatal air sembahyang (yang hanya tinggal kotak).. huhu..
Setelah bergelar Puan Nurhani.. semoga menjadi isteri yang solehah yer..
~~ to be continue to the next part ~~
~~ to be continue to the next part ~~
3 comments:
erkk terkedu jap..cucu yg ke -30? waa bestnye..msti meriah time raya kan..hiks..:p
waa mai KL kaa?..mesti lama berkampung kt sini eh..syok aa mai ghamai2x..penat2 pun takla terasa sgt!
suziey: hehe, besala.. mesti gempak tiap kali time raya. hehehe..
mamalieyna: memang best, sampai rini mood cuti pun tak habis g. huhu..
Post a Comment