CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 7, 2010

SELAMAT HARI JADI SAYANG..

~~** DEDIKASI ISTIMEWA KHAS BUAT IKMAL *~~

Happy birthday to u.. happy birthday to u.. happy birthday to IKMAL DANIEL.. Happy birthday to u... HAPPY BIRTHDAY YANG KE 7 TAHUN SAYANG... Semoga Ikmal panjang umur, murah rezeki, Berjaya di dunia dan diakhirat dan menjadi anak yang soleh, berguna untuk mama, abah dan adik2.. amin...!!

sedar tak sedar, Ikmal dah pun 7 tahun.. baru lagi rasanya mama mengandungkan Ikmal, melahirkan Ikmal, tengok2 dah 7 tahun anak mama sekarang.. mengimbas kembali detik2 melahirkan MUHAMMAD IKMAL DANIEL.. Mama overdue kat Ikmal 10 hari. So, 6/7/2003 mama admit masuk HOSPITAL KULIM. Petang dalam pukul 3 Nurse datang checkup mama dan bagitau baru terbukak 2cm. esoknya 7/7/2003 pagi2 selepas subuh mama di 'induce'. tapi masih belum rasa sakit dan belum ada tanda2 mahu melahirkan Ikmal. kemudian pada pukul 12 tengahari Nurse mula panik bila melihat bacaan jantung Ikmal dah mula lemah sedangkan mama masih belum ada tanda2 mahu melahirkan. akhirnya Dr. decide, mama perlu di operation untuk menyelamatkan ibu dan anak. sewaktu mama ditolak ke bilik operation, mama nampak airmata abah mengalir. mama pun sama. masuk dewan bedah, mama disuruh sedut gas dari penutup mulut dan hidung dan mama disuruh membilang 1-10 dalam hati, mama rasa mama hanya sempat kira sampai 5, lepas itu mama tak sedar apa2 lagi. mama dibius semua. bila mama sedar, mama tanya lelaki atau perempuan, dan abah bagitau "lelaki".. 2 hari selepas tu, kita dah dibenarkan balik kerumah. dan kita balik kerumah tok.

itulah anak Mama, MUHAMMAD IKMAL DANIEL.. Ikmal memang tak banyak ragam sejak dari kecil, senang jaga, lasak, pandai menyesuaikan diri. dan yang mama tahu anak mama ni dari kecik sampai sekarang memang raja airmata, hati Ikmal mudah tersentuh, mudah menangis, sangat peka, sangat sensitif dengan sesuatu, berbakat dalam seni terutamanya menyanyi (anak mama..) dan Ikmal sangat pandai menghargai sesuatu.. tapi kuat sangat merajukkkk... (juga macam mama..) cuma dari dulu sampai sekarang, Ikmal lebih cenderung kepada main, main, main, mainan, mainan, mainan.. itulah yang kadang2 buat mama pening...

walau apa pun kekurangan dan kelebihan Ikmal, mama tetap berbangga dan bahagia serta bertuah mempunyai Ikmal. Ikmal la buah hati mama, racun dan penawar bagi mama dan abah serta seluruh ahli keluarga kita.... semoga Ikmal tumbuh menjadi manusia yang berguna pada agama, bangsa dan negara juga berbakti pada ibubapa.. AMIN...


Sewaktu berusia 9 hari

hari ke 11

Hari ke 20 bersama bff - Haikal. Masa ni Haikal dah 4 bulan

berusia 4 bulan

9 bulan

1 tahun

sewaktu berusia 2 tahun. Ikmal dan Haikal tetap Kamcing dulu, kini dan selamanya..

Sewaktu berusia 3 Tahun

4 Tahun

berusia 5 Tahun. Masih lagi dengan Haikal

berusia 6 Tahun

Hari Pertama Ikmal di Tadika

Ikmal dah Konvo 6 tahun..

Hari Pertama Ikmal Di Darjah 1

****************

~~ selingan ~~

~~ TRIBUTE UNTUK IKMAL TAHUN LEPAS ~~

Masa ni Ikmal 6 Bulan. Kita jalan2 dengan Tok, Tokwan, dan cousin2 Ikmal ke Penang..

Raya pertama dengan Ikmal - 4 Bulan


akhir sekali lagi..
~~ SELAMAT HARIJADI SAYANG... MAMA, ABAH DAN ADIK SANGAT2 SAYANGKAN IKMAL, SELURUH KELUARGA KITA JUGA SANGAT SAYANGKAN IKMAL.. SEMUA SAYANGKAN IKMAL.. BE A GOOD BOY DEAR.. ~~

5 comments:

♥Cik Puan♥ said...

happy birthday ikmal..moga jadi anak abah & mama yg soleh..dan moga berjaya dunia & akhirat amin...

♥Cik Puan♥ said...

happy birthday ikmal..moga jadi anak abah & mama yg soleh..dan moga berjaya dunia & akhirat amin...

♥ mamaQASrina ♥ said...

hepi besday..moga panjang umor, murah rezeki..amin.. moga jadi anak yg baik ya!~

hajarus said...

hepy besday ikmal... semoga jadi anak yang soleh & berjaya di dunia & akhirat... ;d

RiEda96 said...

azie, mamaqasrina, hajarus: thank you..!!