Entry aku kali ni campur2, suma aku kumpulkan aktiviti dihujung minggu... aku mulakan dngan acara pegi kenduri umah member hubby. sedap jugak kat umah kenduri tu ada bubur jagung. nasik dia pun ok. agaknya aku lapar kot.. hehe.. biasala time2 kenduri ni, dapur mesti tak berasap (asalnya pun memang tak berasap dah..hikhikhik..)
balik kenduri..
Balik kenduri, hubby ajak tengok wayang. good idea..!! dah lama sangat aku tak tengok wayang. rasanya last masa pregnant kat Irfan. wahh.. hampir 3 tahun... kami tengok cerita KARATE KIDS.. aku bagi 4 bintang. best..!! sesuai tengok dengan anak2. tapi ada satu part tu sensored sikit... sikit jer la..
Dalam suka2 tengok wayang tu, balik rumah, Irfan pulak kena toaster. time tu dah kol 11.00 malam. aku buat roti, baru aku angkat roti, aku paling belakang, irfan dah pegang toaster tu, cepat sungguh. apa lagi, meraung la.. aku bsh tangan dia kat air BIO AURA.. pastu aku letak kicap. dia tengok kicap tu merah jer.. apa lagi menjerit satu rumah (asalnya pun memang kuat menjerit dahhhh).. so, aku basuh. sampai kol 12 lebih aku dok tiup ja tangan dia. dia pun mata dah pejam, bila aku berenti tiup, menjerit balik. tiup la aku sampai keluar air liur aku.. sampai menyengguk2. mengantuk..!! atlast, tidur jugak..
Keadaan tangan irfan keesokkannya.. huarghhh dah melembung.. tapi dia camtu la.. relax jer..
*****************************
*****************************
Pejam celik dah habis cuti sekolah.. so, preparation untuk bukak sekolah, apa lagi, potong rambut yang dah panjang ni.. tempat biasa aku kalau potong rambut budak2 ni mesti kat kedai kat taman jati tu. sebab cina kedai gunting tu yang tau camana nak buat rambut rmbut dorang ni, lagipun dia cekap, budak besala kan, dok tak diam, tapi dengan cina ni, senang jer aku tengok dia handle budak2 cam irfan ni.. dua kepala, RM9.00..
4 comments:
kami ni dok janji dgn Danial nak tgk karate kids tu, xtgk2 lagi, Danial rsnya sampai dah lupa kot, pastu janji nk tgk sreek pun xtgk2 lagi, ssh la cni xde 3D, nk tgk kn p gurney nu..
skrg ni toys story plk, aku dah xberani nk janji..huhu
cantik akak pki tudung tue.....
hajar: bawak p giant la.. dekat dengan kita..
azie: ada2 ja ja azie ni.. tudung tu yang lawa..hehehe..
Post a Comment