CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 21, 2009

Yang ni pun n3 lama yang aku nak update. lepas balik dari toy museum ritu kami singgah makan kat NURUL IKAN BAKAR kat jalan nak ke Bayan Baru. sedap ikan bakar kat sini. bagi aku la.. harga dia, berpatutan la.. kalau yang dok penang mesti tau tempat ni. Turun dari jambatan pulau pinang ambik jalan Bayan Baru/Bayan Lepas, lepas sikit jer dari jambatan, tepi jalan kedai dia, sebelah kiri. Kat sini ada ruang untuk makan kat meja, sila dan atas wakaf sama level dengan tinggi pokok. sempoii..

Oleh sebab kami 4 mulut ja yang nak makan, yang 2 lagi confirm makan main2, kami tak order banyak. cuma ikan jenahak bakar, (ikan jenahak lebih sedap dari siakap sebab isi dia lebih lembut... bagi aku la..), kerang bakar dan sayur kailan ikan masin. Separuh jalan makan, kami order 'udang galah butter'. tapi aku tak recommend yang ni. kurang sedap. butter dia basah. biasanya kalau udang butter dia macam rangup sikit telur dan butter dia kan, yang ni, dia macam basah2 dan berminyak sikit. kurang sedap atau dalam erti kata lain, tak sedap la.., cuma wangi, tapi isi udang dia best sempoi.. kami makan suma tu dengan Air tembikai, fresh oren dan milo ais suma sekali RM81, ok tak? yang mahal udang butter tu, 4 ekor RM30. However, sekali sekala kita nak makan pa salahnya ye tak.. kerja penat2, cari duit, kasi can la perut merasa lak.. asyik badan, kepala, dan kaki tangan ja yang dapat benda baru.... tumpang sihat.. kita makan..


Ikmal tak peduli makan dah.. main dulu..

Kami pilih kat meja sila senang Irfan nak buat aktiviti dan tak kacau mama dan abah nak mentekedarah k..


2 comments:

♥Cik Puan♥ said...

wau..sedapnya...murah la akak..udang butter azie pun suka..ye la akak memang udang butter tue ranggup tapi azie tak pernah lagi jumpa yg betul2 ranggup semuanya dorang wat basah..klu akak dtg sini p kat kelana seafood udang butter dia mmg sedap & ranggup.

hajarus said...

comeynyer anak bujang akak ni...