CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Sunday, January 3, 2010

Ikmal di Hari Pertama

Hari yang dinanti dah tiba.. Ikmal ke sekolah hari ni. pukul 6 dia dah bangun, mandi, minum susu, breakfast dengan biskut tiger dan bersiap untuk kesekolah. hari ni, ok, Ikmal nampak ceria di sekolah, seronok mewarna cuma dekat2 time nak balik, dia tertidur, mengantuk sebab semalam Ikmal tidur lambat dekat pukul 12 tengok TV cerita "7 hari ke sekolah" di astro prima. malam ni kena tidur awal. baru ikmal tak ngantuk... aku dan hubby tunggu smpai dia habis sekolah, ahad dan isnin ikmal balik pukul 1.15 tgh, hari lain sampai 12.45tgh shj. minggu ni saja hubby akan tengok2 kan dia, lepas ni, ikmal akan cuba berdikari sendiri.. zaman sekarang takde lagi budak2 nangis tak mau p sekolah kan.. takde lagi zaman kencing berak dalam seluar macam zaman aku dulu... awwww... sensored...!!
handsome anak mama..

nak berangkat ke sekolah dah..

masa essembly, bersesak, tempat dia kcik..


baru masuk kelas, masing2 excited tunjukkan stationery masing2

dlm kelas, ikmal dok tempat yang pling belakang sekali. masa essembly aku tak booking tempat dia awal2, ingat orang lain pun tak masuk lagi, tengok2, bila hbs essembly tempat dah takde yang ada belakang jer.. sian ikmal.. takpela.. nanti ada exam nak tentu kelas nanti, dapat tukar, aku suruh ikmal dok depan. kalau dok belakang takut dia main.

Makan kat kantin, dengan ashraf, kawan dia masa kat TAPIS dulu.. tak sangka pulak dia pun sekolah sini. aku bagi ikmal RM2. mula2 makan nasi dengan ayam goreng RM1.60, tak habis, dia nak donut dengan nugget lak, RM0.70. esok katanya dia tak mau makan nasik, nak donut dngan nugget ja.. ikut dia la.. mahal kan makan kat kantin sekarang, zaman aku dulu mak bagi RM1 ja.. tu pun kdg2 ada lebih.. dulu lain sekarang lain..

Time rehat

*****************************
So, bermula hari ini, bermulala hari baru untuk ikmal, aku dan hubby....


*****************************



7 comments:

mamaarifakeemaisy said...

ikmal dh mula sekolah eh..bdk2 skrg camtu la..takdak takut2 cam zaman kita2 dl kan.. weeeh smpt maknya snap ituini msa kt sekolah ye..takpa leh wat kenangan! ^_^

♥Cik Puan♥ said...

wah dah masuk darjah 1..pejam celik esok cik azie balik dah masuk sekolah menengah...


mahalnyer...itu kat kulim..kat sini esok time nonie sekolah xtau la berapa plak duit belanja .

ita cutevirus said...

huhuhu... nasik goreng 1.60??? ish.. ishh.. ishh... zaman ita dulu nasik goreng 50sen je... berlipat ganda sungguh...

agaknyer bebudak skang kene bagi blanje rm5 sehari kot...

RiEda96 said...

lagi pening la parents ita..

ita cutevirus said...

tu la pasalnyer... mane nak korek duit... serius pening...

Sitie BUm BUm said...

happy die 1st day skolah =)

Mek Rose said...

besnya..
anak dah besar..suka tgk budak2 darjah satu pakai uniform
bersih suci
tgkla lagi seminggu
itam logam la kasut tuh
wheehhee

salam singgah..