CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 27, 2009

Corat Coret Kenduri

Aku bercuti ke Klang. Kenduri umah Kakak Ipar aku. Besala kenduri kat situ memang meriah beb.. kalau dah namanya kenduri, memang kenduri sungguh. Dari pagi sampai malam asyik makan, makan, makan. Yang kahwin ni, anak buah hubby. Budak ni Racer untuk Kategori Expert Petronas Sprinta. So, bertambah ramai la tetamu yang datang. Member2 racing team dia la. Aku tak kenal pun, besala, bab2 rempit secara sah ni, aku memang tak minat pun. Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat MD. ZAMRI BABA (JIJI) dan ELIN. Makcik doakan Semoga jodoh dan kebahagiaan berkekalan untuk selamanya.


Benda2 alah ni kena letak kat luar la, takkan nak letak bilik pengantin, tak sempoi la beb..

Sebahagian dari Koleksi

Malam berinai



Acara memasak bermula seawal hari Jumaat sehingga ke hari Kenduri pada Ahad. Berbagai menu masakan yang dihidangkan untuk Sarapan, makan tengahari, Minum petang sehinggalah ke Dinner time. Antaranya Nasi goreng, Kueh kuaci, Kueh Kasui, Kueh Lapis, Kek, Laksa, Kerepek2 termasuk Nasi Campur beserta Satay dan Ayam Panggang

Hamper untuk cabutan bertuah

Preparation untuk buat Kueh Kuaci

Malam kenduri. Suasana memang dah ramai cam hari kenduri

Souvenir pun memang dah standby untuk bagi kat tetamu walaupun tetamu datang malam kenduri. Jangan tak tau, walaupun dorang datang malam, acara 'salam berisi' dah bermula tau. dan kalau esoknya dorang datang lagi untuk makan kenduri lak, 'salam berisi' tu tetap berulang sekali lagi. sebab tu kenduri sini, masyuk bebb... tapi tengokla.. modalnya pun berapa.. berpeluh gak tu...!!



Yang ni baby sapa ntah, jiran dekat2 situ. tembam kan? baru 6 bulan lebih, tapi dah 10kg berat dia. makan susu badan ja tu. sedap peluk budak ni.. dia baik ja.. diam ja, doktor siap suruh diet susu. nak diet mende, bukan makan susu formula pun..

2 comments:

*Azie* said...

wah meriahnya tgk kenduri kawen...tema blue...blue lg ...suka okeh

Anonymous said...

diazepam drug order valium roche - valium drug test detection