CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 4, 2009

Indahnya di kampung

Kong si kong si kong sini... ya kong si kong si kong sini.. Chinese New year datang lagi. Tahun ni syok sikit sebab cuti lama. Direct 4 hari. Boleh la aku release tension sikit. tak sabar nak balik kampung. dah terlalu tension aku menghadapi kerja yang tak pernah kurang. yang bertambah lagi ada la.. dah lama jugak aku tak balik kampung. bila dah dok sendiri ni, aku cam dah jadi penduduk murtad lak, tak jenguk kampung halaman langsung dah. aku tak sebok, yang sebok hubby, habis2 sangat aku buat ot tiap2 sabtu ja.. tak pa la, time dah boleh cuti ni, aku nak lepak puas2 kat kampung.. hehehe. Hari Isnin kami buat majlis baca Yassin. kat kampung aku, mak aku masuk ahli group baca Yassin. So, kali ni turn umah kami. kebetulan dah kami balik kampung, mak aku buatla time tu. jemputan adala dalam 25 orang. kami buat mee kuah. pengantin baru punya resepi. Bab buat Mee Kuah, itu bahagian dia. Dia pro. Kami, bab makan memang pro.

Abang aku yang ketiga sampai awal, so, dorang tolong kemas apa yang patut. masa ni, dia anak beranak tengah kemas nak bubuh water filter . anak dia yang first ni, rajin. bab kerja umah, walaupun dia lelaki tak payah suruh, dia tau apa yang patut buat. kadang2 anak-anak buah aku yang pompuan pun kurang rajin cam dia. harap2 anak2 aku tu walaupun lelaki, hendaknya rajin gak la cam si Faisal ni.. la ni dah nampak dah ciri2 rajin tu.. rajin buat semak.. hehehe


Bila jemputan dah balik, turn kami lak la menjamu selera








Tengah2 malam baru teringat kacang yang kakak ipar aku bawak balik dari Chemor belum pun rebus lagi. tak lengah lagi abang ipar aku terus merebus kacang dengan jayanya..

Yang ni, geng2 yang dah hampar toto tempat tidor pun boleh bangun lagi untuk makan kacang rebus yang tak berapa nak 'mesra' garam ni. belasah ja la.. ambik semangkuk rasa, belum masin, tambah lagi semangkuk, rasa lagi, belum masin lagi.. last2 bila dah betul2 'mesra' garam, elok la tinggal lagi sikit ja, terpaksa simpan untuk 'orang belakang' yang belum makan.




Budak2 ni main katak. aku ni dahla takut sangat dengan benda alah tu. Anak aku, yang lipas dia takut, tapi katak, boleh lak pegang, sampai mati katak tu dorang kerjakan. siap bagi nama kat katak tu... Ikmal nak bubuh nama Iman, yang Dini dan Rain dah bubuh nama Chris.. eeeeee please la..

Yang ni tak padan dengan Chiken Pox tu tak baik betul lagi, dah main pasir pulak.. aku kasi can.. sekali sekala balik kampung..

Dah main pasir, tok bagi mandi plak.. syok la dapat main air...

2 comments:

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

memang indah n nampak happening sangat, lebih-lebih lagi ader gambor budak comel tu berdiri lam tudung salji

mamalieyna said...

bestkan sesekali bleh blk kg n berkumpul ramai2..hemm..teringat kt kg la..kg kt ner?