CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 14, 2010

I'M BACK..

Salam semua... wahhhh dah lama nor aku tak jengah blog aku ni.. I'M BACKKK!! dah bersawang punnnn.. tapi realitinya takla sesawang umah real aku kot.... hehe... dari mana nak aku mulakan ha? ntahla.. ikutkan story tu adala jugak.. tpi aku seakan merajuk dengan PC aku ni.. sejak dia rosak dr bulan Februari ritu, kasih sayang aku terus beralih kepada FB ja, bukan lagi pada rieda96.blogspot.com. bukan bermakna aku telahpun berpaling tadah, tapi tula.. mood aku hilang terus untuk update any story. mana taknya, baru bukak pc, dah 'hang', pastu rosak itu, rosak ini, aku ni buat apa pun kejar masa, nak update blog pun kejar masa, so, bila masa dan mood yang aku spent tu telah difrustkan oleh PC aku ni, aku terus bawak diri... wahhh alasann... bukan alasan actually, tapi itulah realitinya..

Pada follower baru aku, terima kasih kerana menjadi follower, insyallah lepas ni aku akan follow balik dan visit blog korang okeh.. thanks a lot.. i followwwwww...!! Pada kawan2 blog, yang selama ini sering memberi komen, Azie, mamalieyna, mamaqasrina, Mamadanish, Hajarus, Hajar, Wanti, mamaaerish, naurah makwa, ariesya sofia, mamaaqish dan mungkin ada lagi yang aku tak sebutkan namanya di sini.. aku minta maaf sekiranya dah lama umah korang tidak aku kunjungi.. bukan tak ingat, tapi tulah.. alasan sebagaimana yang aku nyatakan diatas.. sampaikan mamaqasrina buat entry untuk tribute birthday aku pun, aku tak baca, sungguh tak appreciate... dah 2 bulan berlalu baru aku tengok.. anyway thanks ya mamaqasrina.... luv u.. aku ni hari2 teringat kat blog, selalu dok kata, dah lama tak update blog, dah lama tak update blog, sampaikan jugak kadang2 pagi2 nak p kerja, idea timbul masa kat atas motor, nak story itu ini dalam blog, tapi bila sampai ofis, sebok dengan kerja, kat umah pulak, emmm bagai dikatala... so, ideaku itu terkubur begitu saja...

kesan daripada message dari kakak iparku yang mengatakan "bila nak update blog ni, kata nak jadi blogger tegar".. dan kata2 semangat dari azie "ramai yang menunggu nak baca story akak ni..basi pun takpa...." so, aku gagahkan juga diriku ini berserta semangat yang baru datang ni setelah semangatku hilang sebelum ini.. wahhhh gitu..... buat permulaan ini, akan ku updatekan story2 basi ku ini sebagai memenuhi permintaan uollsss.. okeh... hahahaha.. layan... pic2 ni dah pun aku uploadkan dalam FB aku.. so, aku mulakan dengan..


MAJLIS NIKAH SHAKEER DAN RANI..


Aku dan Dah wajib bergambar bersama.. dengan pengantin lak..


Actually dorang ni nk langsungkan majlis resepsinya pada 6/6/2010 ni... sampai dah nak kenduri la baru Acu update story hangpa kan? jangan marah ek.. by the way.. SELAMAT PENGANTIN BARU.. story basi seterusnya...


REUNION @ KL


Majlis reunion ni dibuat di Tasik Idaman, Bangi. Sebab ramai yang dok KL. so, kami yang dari utara ni beralahla.. actually hubby tak plan langsung kata nak join reunion ni, ntah camana, last minit dia kata nak pergi, so, aku kemas2 balik kerja, dan terus bertolak ke KL dalam kol 11 lebih, kami sampai sana pun dalam kol 5 pagi.. aku lepak umah adik hubby kat Cheras..

Tengok orang main paintball dulu.. kami sampai awal..

Ikmal mana? zzzzzz....


Aku dengan Wanti pulak, sama sekolah rendah dengan Zie, bertiga la kami.. dan Adik (hubby's twin) dan wanti sama sekolah menengah jugak sekali dengan hubby d zie.. yang berjodoh satu sekolah menengah, dorang ni la.. dan tak sangka, kwn masa aku sekolah rendah, jadi biras aku.. apa lagi, sekepala la....


Zie & Harry yang memang kelakar habis.. pecah perut kami dibuatnya dengan Harry ni.. actually aku dengan Zie ni sekolah rendah satu sekolah, bila sekolah menengah, Zie satu sekolah dengan hubby pulak..

Sadis nengok gambar nih.. bila nak kurus nih..


My 2nd Hero.. selalu buat muka limited edition dia..

My only 1st, 2nd and 3rd heroes..

aku tengah snap, irfan sebok srh ambik gambar cuk dia la,

gambar puting dia la,

gigi dia la, aku layan ja..

Ini geng2 pompuan ja.. best, happening.. walaupun aku dan 2 lagi bukan dari sekolah yang sama, just tumpang hubby masing2 punya reunion, tapi uolls tetapi happening, baru jumpak, dah satu kepala.. walaupun kita tak satu sekolah.. ok la tu.. leh jumpak lagi lepas ni..



hero2 SMDHH

Irfan kalau tak main air tak sah

Balik dari Tasik Idaman, kami lepak kat putrajaya tengok dorang main keta control. lepak dalam 1/2 jam, pastu kami balik, ngantukkk..

Esoknya kami dan kuncu2 mandi manda kat ulu langat pulak, kat air terjun pangsun.. tempat ni takla bersih mana pun, tapi bolehla nak picnic suka2 tu... yela nak compare dengan tempat kita ni tak sama la.. kt sana dah banyak pencemaran, so, selagi ada tmpat yang boleh lagi habuan nak mandi tu, kira ok la kan.

Yang ni anak Ija (adik Zie), anak2 dia sebaya dengan anak2 aku.. cuma si mira tu besar.. tengok irfan kecik jer..

Macam ada hati nak mandi lagi, sorry..!!

Letihnya Iman mandi sampai tertidur..


Lepas mandi, makan laksa lak kat kedai nih.. tauke kedai ni kekwat semacam jer..



Aku dan Mak Wanti. Antara menunya, sotong masak kicap, masak lemak tempoyak (zie buat, sedapppp), ulam2an dan ada lagi la yang aku dah lupa..

Balik dari mandi kami singgah pulak kat umah zie, bila lagi nak pegi kan..

Kami dengan penuh selera menikmati Cucur Jagung made by Zie, sdapppp sangat zie cucoq jagung hang.. letak sepinggan habih, letak sepinggan habih, last2 tinggal pinggan jer..




Dah makan kenyang kat umah Zie, kami bertolak pulak ke rumah Farah. junior dorang kat SMDHH, pun junior aku masa sekolah rendah.. aik, p mai p mai, kot situ jugakkkk. kat umah Farah, dia jamu maggi goreng dan Tepung Pelita yang sangat sedapp.. Farah ni pagi2 jual kueh.. ooo patutla.. usahawan kueh rupanya.... tumpang bangga aku..!! kecil2an dulu, nanti baru jadi besar2an.. go Farah go..!! So, habis story basi aku setakat ni, next story basi.. to be continue.. okeh.. anak2 aku dah memekak panggil mama, mama!! lapaq la.. dari tadi mama dok guna komputer ja... hisyyyhh.. tak kasi can.. so, camana tuh...




1 comment:

♥Azie♥ said...

wah....welcome back...syoknyer jumpa balik kawan2 lama..tentu banyak story mory kan