CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 23, 2010

AKHIRNYA...

23/05/2010 mungkin satu tarikh keramat bagi aku. mana taknya.. dah 33 tahun aku hidup ni, inilah masanya aku dapat lesen kereta. patutnya dari muda2 lagi dah ambik, tapi hmmm biasala dengan macam2 msalah, dugaan halangan, harini la baru aku dapat merealisasikan impian aku... oooopppsss itu baru lesen, belum bawak lagi yerrr... kecekapan ku belum lagi teruji.. arghhh tidakkkk... walaupun apapun, satu bab dah lepas.. Sempat lagi sebelum tidur aku tipon mak, mintak restu, mintak mak doakan... dan dari semalam jugak aku tak lena tidur, ntah pukul berapa aku terlelap, tapi yang pastinya pukul 2.30, mata aku masih tak terpejam lagi... macam2 yang aku fikir, boleh ke tak esok nak bawak keta ni, tester jpj tu ok ke tak, di cross pulak dengan mslah kerja aku kat ofis tu, cross pulak dengan maslah aku nak bawak kereta besar nanti, macam2 yang aku fikirkan.. tapi sempt jugak cross benda2 yang best macam p shopping bawak anak2, balik kampung bawak anak2, ronda bawak anak2, p taman.. wahhhhh sempat lagi... akhirnya... aku zzzzzzz juga.... bila aku sedarrr... kringggg jam berbunyi pukul 6, aku bangun, siapkan ikmal (dia pun exam rini)... hantar di ke muka pintu, dan seperti biasa ikmal akan kata "mama, doakan Mal".. cuma hari ini aku pun menyambung "Mal pun doakan Mama tau.... " aku terus siap2 dan pukul 8.15 pagi aku dah terpacak kat KUNCI RIMBUN ni.... sepanjang perjalanan aku diam jer.. tak berani nak cakap.... lepas salam hubby, mintak restu dan doa, aku terus ke tempat ni tunggu turn.. harghhh masih takut gi nih..


pic sementara menunggu turn. aku kena sessi pertama, giliran yang ke 24. aku tak berani nak snap pic banyak sangat, takut lak, over2 tengok2 tak pass.. kalau tau aku pass dengan tester2 tu aku snap pic sekali.. hehe..


ha.. yang ni masa dah balik umah, dah boleh senyum dah.. tadi ni.. semua doa aku baca, doa makan jer tak.. ni dah balik wahhh rasa cam nak lompat tinggi bumbung..

(***p/s.. konon2 ambik positf pakai baju hijau nak bagi pass.. menjadi jugak.. hehehehe..)

papepun sekali lagi aku nak kata... YAHOOOOOOOOOOO AKU DAH PASSSSSSSSS....!!!!

ARGHHHH LEGAAAAAA....!!!!

sekali lagi, pada korang2 yang sebelum ini mendoakan aku, terima kasih yer... doakan aku menjadi pemandu yang cekap pulak..

6 comments:

♥Azie♥ said...

SALAM AKAK..BIAR LAMBAT ASALKAN ADA HEHEH NNT ADA APA2 HAL SENANG KAN..
CAIYOK AKAK

rieda96 said...

ntahla bl nk jd pmndu cekap cm azie. Hehe

ImanRifqi08 said...

yeah22....taniah, lps ni boleh la kita p shopping sama2..hehehe..

~Siti Hajar~ said...

bila hg nak bwk keta mai rmh aku, bwk la aku ronda2...hehehe

hajarus said...

congrat kak... pasni senang la nak g memane dah leh drive sendiri.. ;d

mamawafiq said...

Tahniah ida.... pasni leh la dtg putrajaya... kite lepak²...