CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 15, 2010

CUTI@KAMPUNG & MOTHER' S DAY

Minggu lepas, aku dan anak2 balik kampung coz hubby ada tournament kat Melaka. aku apply cuti Jumaat dan Isnin. Apa lagi, balik kampung la.. lagipun dah lama aku tak balik.., so aku ambik peluang untuk balik kampung sekaligus meraikan hari ibu dengan Mak dan anak2 aku.. Tak banyak aktiviti yang boleh aku buat kat rumah melainkan lepak, makan, tidur, gosip, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, masak, dahhhhh malammmm...

Aktiviti petang2 kalau tak pegi kedai, macam nila.. lepak kat titi depan umah..


Tengok anak2..

Dan Tengok Traktor sawit yang lalu lalang..

Pagi2 ahad, hari ibu, aku bukak jer mata, Ikmal terus bagi kad ni, cium aku dan cakap "selamat hari ibu mama..!!" aku rasa terharu, aku peluk dan cium dia.. dalam hati, aku bangga Ikmal jadi seorang anak yang menghargai.. aku tak harapkan apa2pun dari ikmal, hanya ucapan yang lebih bermakna dari segala2nya.. kata hubby, sejak seminggu lagi ikmal menghitung hari bertanyakan bila hari ibu.. dan dia minta abahnya rahsiakan dari pengetahuan aku bahawa ada kad istimewa untuk aku... "abah, bila hari ibu? Mal ada sesuatu untuk mama, abah rahsia tau..." tapi masa cakap tu.. aku ada disebelah abah dia.. hehehe.. so sweet.. dan untuk mak, tiada hadiah istimewa dari aku untuk Mak, aku bangun tidur, mandi, dan satu ciuman untuk Mak berserta ucapan, "Selamat hari ibu Mak.."Ikmal yang menyaksikan hanya tersenyum...

Bila dah balik kulim, balik dari sekolah, Ikmal tambah pulak dengan sekuntum bunga, katanya beli kat sekolah.. hehehe.. papepun.. thanks sayang.. mama sangat menghargainya..



seperti biasa, adik pun nak jugaaaaaaakkkk

sekali lagi ucapan hari ibu untuk aku...

** moral of the story, belajarlah menghargai untuk dihargai.. dan hargai ibu kita selagi hayatnya masih ada.... ibu tiada gantinya.... SELAMAT HARI IBU...

6 comments:

♥Azie♥ said...

so sweet..hurmmm..kita rasa bangga kan akak..kita rasa kita lah yg bertuah & paling bahagia bila anak buat macam tue..hargai kita..alamak tiba2air jatuh kat pipu

rieda96 said...

azie: hnya srg ibu y dpt merasakannya..

~Siti Hajar~ said...

welcome back!

hpy mother day!

waaa lama xupdate sekali update hbs terkeluar semua cerita...ngeh ngeh ngeh

hajarus said...

so sweet... bagusnyer Ikmal.. :)
selamat hari ibu kak...

mamalieyna said...

salamat hari ibu! lamanya menyepi ek, bz eh..huhu..bestnye ada anak2 yg pandai menghargai..betul kan..harus kita pandai menghargai, untuk merasa dihargai! ^_^

rieda96 said...

thanks all.. wahh rindu nak dengar comment2 dr uollsss