Entry dimulakan dengan SSF CREATIVE LIFESTYLE HUB.. DECO BERSAMA ERIC.. wah macam iklan gitu.. takdela.. saja nak story Jumaat ritu SSF buat offer gila2 untuk raya ni. Office aku dekat dengan SSF. Macam2 barang yang dorang offer. aku tak la beli banyak sangat.. beli balang ni jer satu RM10 dan pelapik makan ni satu RM1.50, aku beli 6 untuk 6 kerusi meja makan aku.. hehehe... so, pada sesiapa yang duduk area sini, SSF offer pelbagai barangan bermula 28/8/2009 - 19/9/2009.. dari pukul 10pg sampai 10 malam.. selamat bershoping..!!
Entry ni hari khamis ritu, aku sekeluarga bukak puasa kat kedai tomyam kat kulim. Ikmal nak sngt makan siakap stim favourite dia. padahal, puasanya selang seli. layan ja la.. aku pun suka gak siakap stim ni. Antara menu biasa yang kami order, siakap stim, kailan ikan masin, sotong goreng kunyit dan tomyam campur..
Yang stressnya ini.. Irfan kalau time makan, memangla dia akan main makanan tu sampai habis semak, tumpah semua, dia letak air dalam pinggan, dia tepuk2, dia celup2, pastu dia minum balik. uwekkkk!! bila aku marah dia, dia baling sudu sampai terpercik kuah tomyam kena kat baju hubby, siap masuk mata lagi. nasib baik kat kedai, kalau kat rumah kena dah.. sabar ja la.. malu pun ada.. hai kalau macam ni punya gaya, hasrat aku sefamily nak buffet berbuka kat hotel macam tahun2 sebelum ni.. aku lupakan saja la kot.. tak sanggup..!! tahun lepas dia kecik lagi.. tak pe la.. tahun ni.. mintak maaf.. walau apa pun, malam tu aku sefamily tetap kenyang.. anak buat perangai, buat jugak, makan tetap makan, nak tunggu dia ok, bila kan? so, kami makan cepat2 dan balik..
Esoknya aku balik umah MIL. twin hubby pun balik kampung. so, kami balik jugak la ramai2. g pun minggu lepas dah balik umah mak aku. kena fair n square tol tak?. time ni lepas bukak puasa dah, MIL tau kami suma, especially hubby suka sangat ikan sungai. so, musim banjir ni banyak la orang memancing ikan sungai, tak lengah lagi, MIL beli la untuk anak menantu dia. yang ni best friend MIL. kawan susah senang, hari2 mesti wajib mai umah MIL. malam ni dia berbuka dengan kami, dia pun 'lonely' cam MIL aku gak, tapi lepas berbuka kena sama2 siang ikan la makngah.. kena dera dengan MIL. hehehe.. pape pun aku bawak balik ikan sungai ni 9 ekor untuk stok, lau tak MIL nak buat ikan pekasam, tapi dah kami nak makan mentah, so, nanti dia buat pekasam lain la.. (pekasam MIL sedapppppppp). Actually, dulu aku tak pandai makan ikan sungai ni, dah kahwin dengan hubby, aku pun terikut sama suka ikan sungai. sedap rupanya..
Yang ni budak2 tak puasa tengah makan coco crunch. Iman jadi pengadil tengok Abang Ikmal dan Abang Irfan makan ek..!!
Yang ni masa hari ahad aku dan twin hubby tengok Pakngah Wanti kat ICU Hospital Taiping. aku tak masuk pun. budak2 tak boleh masuk kan. so, macam ni la masa aku tunggu kat luar, budak2 ni tak duduk diam. letih aku.. takut juga si Irfan tu jatuh ka pa. Esoknya 31 ogos 2009, twin hubby balik KL balik, petangnya pulak, Pakngah Wanti dah meninggal... so, dorang tak balik pulak la ke kampung. pergi balik, pergi balik, letihla kan.. takpela nasib baik dah sempat jumpa ritu kat ICU walaupun dia koma. papepun AL-FATIHAH untuk Pakngah wanti..
3 comments:
Lupa nak bwk balik ikan pekasam..smp kl br ingat.,uwah...
Sedih x dpt balik kpg tgk arwah kali terakhir..Al-Fatihah tuk Arwah Pakngah
WAH MERIAHNYER BLOG AKAK..AKAK SAMALAH NGAN AZIE.SEKARANG DAH KURANG MAKAN LUAR SSH KAN...DEPA MESTI DOK MENGACAU KAN...
heheh..ada hero2 je mmg cenggitu la..nnti kasi baby girl lak ee, leh compare lasak tak cam abg2nye..hikhik..
*pekasam ikan sungai mmg best..tmbh2 layan time bulan posa ni..wuuu cedappp..
*menu2 yg akak sebut tu mmg sllunya jd menu kita jugak kalo mkn kt luar..sedap kan.. :)
Post a Comment