CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 2, 2009

Ni cerita lama, korang pernah dengar buah NAMNAM dak? dulu masa aku pregnant kat si Irfan ni, aku tak la mengidam buah ni, tapi bila satu hari tu aku ke Kelantan kenduri nephew aku, tengah makan aku ternampak la buah ni ada kat umah pengantin tu. masa tu aku baru pregnant dalam 2,3 bulan cam tu la. so, tak lengah lagi, kakak aku tolong mintakkan buah tu yang aku nampak bergayut cantekk punya kat pokok dia. tu la untungnya jadi 'dang anum' ni, nak apa pun suma orang bagi. satu plastik beg aku dapat, buah ni tak sedap di cicah dengan kuah rojak cam buah lain, just cicah garam jer.. sedap tu... rupa2nya, betol la time tu anak aku yang nak, bukan aku yang nak buah tu. bila Irfan dah besar, dia suka sangat dengan buah ni. Aku pun tak tau, one day, dia bawak balik buah ni dari umah Pengasuh, orang mengasuh kata, anak aku suka sangat buah ni, ooo betolla... dulu masa dalam perut, dia dah makan. aku ni, time tak pregnant pun memang jenis yang suka asam2 ni, aku pun ambik kesempatan la nak makan buah ni lagi sekali, Pengasuh bagi 4 biji, yang 3 biji tu aku la, Irfan sebiji dah la, budak2 tak elok makan masam kan? hehehe..

ni la buah NAMNAM

Setelah di buang bijinya. cara kupas, belah dua jer, buang biji, basuh dan makan
Irfan menikmati buah NAMNAM

Ni Ikmal punya homework. ok la, dengan umur dia yang 6 tahun tu, tulisan macam ni di awal2 tahun ni, pada aku bolehla... mungkin hujung2 tahun nanti boleh cantik lagi kot tulisan dia. tapi time nak tulis pun bercinta, tulis sebaris, sebok dengan cartoon dia, tulis lagi sebaris, adik pulak kacau, kadang2 aku kata, 'tulis cepat2, dah siap senang, ni dok tulis lambat2, macam mana nak siap'. tapi bila fikir2 balik, nak cepat camana, orang tu pun baru belajar, kalau kita kacang ja la benda2 cam ni, ni budak tu pun baru belajar, apa la punya mak? hehehe..



1 comment:

*Azie* said...

hihihi syokkan waktu mengandung..azie pun suka,nak apa pun cepat cik abg dapatkan.yg paling best mertua slalu tanya ...zie nak mkn apa?klu kita kata nak itu ini,dia mesti dapatkan jugak.

Buah namnam tue masam kan....azie suka tapi klu cicah ngan kuah rojak umpphhh sodapkan