CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 4, 2013

BACK TO SCHOOL..

Mungkin agak lewat mama nak story pasal back to school ni.. tapi ttp gk nak tepek story basi ni.. hihi.. taun ni mama sebok sikit sbb Ifan pun dah masuk Pra Sekolah. sebelum ni Ifan tak penah masuk mana2 tadika. so, taun ni rumah makin sunyi kalau hari cuti sbb tinggal Izz dan mama jer..

By the way, Ifan mama tengok takla excited sangat nak sekolah mcm abang ikmalnya dulu.. taktaula apa yang ada dalam kepala dia, tapi bila mama tanya nak sekolah tak? dia kata nak.. cumanya time pilih beg sekolah, barang2 sekolah, semua diserahkan pada idola dia, abang. abang kata yang tu cantik, yala, amk yang tu, abang kata yang ni tak ok, mmmm tak payah beli yang tu.. dasyat pngaruh abang dalam jiwa ifan ni.. sbb tu mama selalu nasihatkan ikmal supaya jadi contoh yang terbaik untuk ifan dan izz.. layankan jerla piccas back to school ni..

susah norr nak cari kasut ifan.. kaki kecik..

mmm taun ni ikmal dilantik jadi pengawas sekolah.... so, taun ni semua uniform kena tukar baru..semoga ikmal jadi pengawas yang bertanggungjawab..
Ikmal dah besar dan dah boleh pegi sendiri ke sekolah, maksud mama abah tak perlu hantar Ikmal masuk kelas semua, dia dah darjah 4 kan.. dah pandai berdikari dah.. lagipun yuran, buku semua dah settle awal sbelum sessi persekolah bermula.. so, abah cuma hantar dan tengok dia jap, pastu balik amk mama dan adik2 untuk hantar ifan ke pra sekolah pulak.. rupanya Ifan pun good boy.. tak nangis.. (mama risau jugak.. sbb dia kan tak pernah sekolah.. lama norr enjoy) tapi alhamdulillah, dia ok. dan mama dan abah pun hantar ifan sampai pintu kelas jer.. cikgu tak bagi tunggu sebab ada sorang student pompuan yang dah start nangis cari mama dier... huhu.. so, cikgu tak mau yang lain pun berjangkit dan cikgu terpaksa tutup pintu.. mama tak kisah, mama percaya pada kebolehan cikgu untuk kawal situasi tu.. lepas tu, mama, abah dan izz balikla. .takkan nak melangut kat situ lak kan..

Lepas hantar Ikmal dan Ifan, baru mama teringat, Izz belum lagi g klinik yang appointmentnya should be 23/12/2012 yang lalu.. so, mama patah balik rumah, ambik kad Izz dulu (sbb sekolah dekat dengan rumah), breakfast  dulu, lepas tu terus g klinik..

on the way nak g klinik. Izz ngantuk lagi ni. .tadi sempat tidur jap masa mama+abah breakfast..
Alhamdulillah,  rutin checkup Izz mcm biasa, timbang dengan berat 8.1kg di usia 7 bulan++. actually hari ni mama baru nak cucuk Izz yang 6 bulan punya, ritu delay sbb Izz selsema tu yang nurse bagi date lambat sikit lepas cucuk 5 bulan punya.. mama tak kisahla.. janji imunisasi tu tak missed.

ok, dah habis checkup, kuat jugak Izz nangis waktu cucuk td.. hahaha.. lepas tu ok.. jap jer.. mungkin sakit kot kali ni sbb nurse pelatih yang cucuk. sebelum ni, dia nangis sikit jer, kali ni smpai telepas puting, selop jugakla.. rupanya darah pun setitik besar lebih daripada biasa.. tu yang sakit sikit agaknya.. nurse pelatih katakan.. baru nak belajar... takpala.. tak serius sangat.. tapi sian baby mama.. huhu..

Tiktoktiktok, dah pukul 11.45 pagi, masa untuk ambk abang Ifan, kejap lagi abang ifan balik dah.. mama jengok kat kelas ifan, tak nampak dia, tapi yang bisingnya kawan2 ifan dok panggil Izzrayyan.. Izzrayyan... (anak2 jiran+anak babysitter Izz.. hahaha..). so, mama pegila dari situ, takut ada yang bukak pintu lak nanti nak keluar..

posing dulula..

Muka sakit ke Izz..
Tadaa... 12 tengahari sudaa... ooooo cikgu hantar student sampai depan gate.. so, mama tunggu kat sini ja.... smpat la tngok dari jauh Ifan duduk pakai kasut sendiri, emmm pandai pun.. kat rumah saja takmau buat sendiri..

abang ifan yang masih malu2 gitu..

terus tegur adik sayang dia tu....!!

Izz yang tengah blur2 tu pun.. nampak abang terus ceria..!!

rancak besembang.. mcmla tak jumpa sehari..


masa abah+mama tengah sembang ngan cikgu ifan tu, ni la keja dia, rindu sangat ngan gamenya.. hmmm caner ni... tak sempat tunggu sampai rumah dah..

akhirnya... sampai rumah lepas setengah jam.. belum sempat makan, mandi, dah zzzzzz..
mcm tula episod sekolah Ikmal dan Ifan tahun ni.. semoga sampai akhir taun semuanya berjalan lancar.. semoga anak2 mama berjaya.. nampaknya tanggungjawab yang mama galas taun ni lebih bertambah bila dua2 dah sekolah, dengan ada Izz lagi, mama perlu lebih pandai bahagikan masa untuk ketiga2nya dan of course untuk anak bongsu mama yang bermisai tu.. huhu.. semoga kehadiran 2013 memberikan kebahagian+keharmonian+kekayaan pada keluarga mama disamping menjadikan mama dan abah sebagai ibubapa yang lebih baik untuk semua anak2 mama.. amin..
 





1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.