CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 23, 2012

AHLI BARU..

Emm buat pertama kalinya aku ingin perkenalkan ahli baru dalam keluarga kami.. hehe.. MUHAMMAD IZZRAYYAN DARIES BIN JUKHAIRI.. sekarang ni dah pun berusia 5 bulan lebih. Ahli baruku kali ini jugak boy.. walaupun tak ada rezeki untuk menerima girl, aku tetap bersyukur Izz dilahirkan sihat dan sempurna dan aku menerimanya dengan hati yang saaaangat gembira.. maklumlah dah lama rumah ni sunyi dari bunyi gelak tawa baby. Irfan pun dah besar kan.. seronok la rumah kami bila dah ada baby ni. Ikmal dan Irfan pun suka ada adik baru dan turut membantu terutamanya Ikmal. alhamdulillah dah boleh harap. Bila ingatkan kembali lawak pun ada, hari pertama bawak Izz jalan2 sewaktu dia berusia 45 hari, (habih pantang terus merdeka.. haha). kelamkabut jugakla time tu.. mana nak bukak stroller tak boleh, berpicnic balik dengan berbakul susu bagai.. tapi alhamdulillah, sampai sekarang, Izz good boy bila kat rumah dan time bawak dia jalan2.. dan aku tetap aku...walaupun "berhandbag" lagi itu tidak menghalang aku untuk kemana saja dan buat apa saja yang aku dan family suka..hehe.. alhamdulillah aku diberi cuti bersalin oleh company selama 3 bulan dan peluang tu aku ambil selepas habis pantang untuk shopping raya @ KL.. so, storey basi shopping@KL tu akan aku post kan ke entry seterusnya nanti ek.. maklumlah baru nak refreshkan mood memblogging nih..hehe..

Izz setelah beberapa jam pada hari pertama dilahirkan 26/5/2012 @3.1kg. 

Hari Kedua sewaktu cek Jaundis
Dalam minggu pertama dilahirkan

Izz sekarang..
Mengimbas kembali pengalaman melahirkan Izz, Aku tetap jugak C-Section kali ni. so, sepatutnya aku diberi date 2 minggu awal sebelum due date, tpi oleh kerana kesilapan teknikal KIA, aku dapat date 1 minggu sebelum due date. sepatutnya aku kena admit 26/5/2012 dan akan dioperate 27/5/2012. tp 25/5/2012 malam tu aku dah start contraction, so bila pegi hospital pukul 1 lebih, bukak dah 2cm. tapi doktor tak boleh bagi aku normal sbb dah 2 kali Ceasar. Jadinya pada pukul 3.58 pagi, Izz selamat di lahirkan. Aku merasai pengalaman lain kali ni dimana aku dibius half. Aku boleh dengar apa yang dorang cakap, boleh dengar tangisan pertama Izz dan dapat cium bau dia beberapa minit lepas dilahirkan.. sangat terharu..!! yang pasti aku tak rasa apa2 langsung masa sessi pembedahan tu. yang aku tau, dorang kata dah siap. tapi dalam tu sejuknya tuhan saja yang tau.. aku jugak tak batuk lgsung berbanding bius semua masa kat Ikmal dan Irfan dulu. lega rasanya. kalau tak, jenuh jugak nak tahan perut masa nak batuk tu... Izz masa keluar macam Irfan, tapi sekarang ni dah macam Ikmal masa baby dulu.. tak kisahla.. yang penting anak mama ni sihat, sempurna.. Aku diberi peluang sekali lagi untuk pregnant. buat masa ini aku tak terfikir untuk tambah ahli lagi, Kata hubby cukuplah 3, kalau setakat ini rezeki kami, alhamdulillah, dan kalau 3 tahun lagi ada ahli baru lagi, alhamdulillah... pun kami terima.. kita hanya merancang, tuhan yang menentukan...

 
Aku sekarang.. mmm dah semakin tambah kg.. dlm proses untuk mendapatkan berat badan ideal.. Kononnyalah... hihi 

 
 inilah SUPERDUPER HERO aku.. so agaknya kena tukar nama blog la kot ek.. WELCOME TO THE WORLD OF IZZRIEFANDANIEL.. boleh gitu..?

2 comments:

Cik puan said...

Izz comel muka mcm abg ikmal

RiEda96 said...

aa kan zie.. mmg muka cam abang ikmal dia kan.. huhu