CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 21, 2010

RIANG RIA RAYA 2010 PART 1

Sewaktu entry ni dibuat, raya dah pun berlalu 12 hari.. herhhhgghhhh cepatnya masa berlalu.. dan aku masih lagi dalam keadaan mood yang tak menentu.. ntahla.. rasanya hati aku masih kat kampung, rasa tak puas raya ni.. dan bila dah lepas2 raya ni poket yang dah sedia sakit semakin demam.. ataupun mungkin kerana aku tak puas jalan kot.. maklumla.. rtax keta innalillah.. hehehe.. dan family aku yang lain balik agak awal.. wah.. banyaknya alasan aku..walau apa pun.. hidup mesti diteruskan, back to normal.. untuk mengurangkan moody aku ni, aku exposekan corat coret aidilfitri aku tahun ni....

seperti tahun2 sebelum ni, aku memang beraya kat umah MIL dulu. sebab MIL aku dok sorang. sian pulak kat dia nak buat preparation raya sorang2. lagipun mesti syahdu kan bila time buat ketupat anak2 takde.. so, aku dan aku punya beeeeeerass, Wanti ambik keputusan untuk balik lebih awal sikit. aku buat laksa dan dia buat bihun sup. happy gak la kami membuat preparation untuk raya.. kononnya la.. padahal ketupat tak buat pun.. MIL aku tak sihat sangat, lagipun kami bukan peminat ketupat. dah ada jiran bagi lemang sebatang dua, ok la kan.., oppsss bukan selfish, tapi kami ni tak kesah ke lemang ketupat tu.. ada makan, takdak pun takpa.. percaya tak, raya ni aku secubit ketupat dan sepotong lemang pun aku tak makan. ntah, aku tak suka sangat.. ok, back to the story... setelah bertungkus berlemoih kat dapur, raya pun tiba.. so, kami anak beranak, bercucu sambutla raya ala kadar.. pagi2 subuh kakak ipar aku dh sampai, bertambahla sikit ahli keluarga kami.. dan seperti biasa.. aku yang paling last mandi.. ooppss tidak seperti biasa sebab tahun ni tak ramai yang datang umah MIL.. so, kami pun apa lagi.. keluar beraya la..

Ini rumah kawan hubby. MAT SYAWAL rumah yang ntah keberapa kami p.. bila tengok2 balik dah banyak rumah yang kami p, tapi tak tersnap2 gambarnya... kenapa ek..!! ini gambar pertama kami berdua setelah setengah hari berhariraya..

agaknya sebab tema baju tahun ni 'SAMA TAPI TAK SERUPA' kot.. hehe.. agaknya la.. tapi tak jugak, aku memang suka bergambar, tak sedondon pun belasah jer.. tapi mungkin ini salah satu faktor gak kot.. ataupun aku dah tak lagi jadi blogger tegar.. huhu..

Best borak kat rumah MAT. aku tak pernah pun jumpak dia dah wife dia, tapi ok.. satu kepala.. anak2 aku pun hmmmhh apa lagi, rumah dia besar, masuk pintu situ, kuar pintu sini, apa lagi syokla anak2 aku main.. berlari berkejaran... lepas p umah MAT, dah petang pun, so kami decide nak balik jer..

Tapi cam boring pulak nak balik umah, raya baju raya anak aku tak kotor lagi tuh.. huhu.. so, hubby terfikir nak pegi umah kakak angkat dia dulu, katanya jugak dia dan twin dia masa sekolah dulu rapat dengan family kak Ita ni, dah jadi macam family angkat.. ooo.. tak tau pun.. so, kami redah jugakla walaupun dah ingat2 lupa rumah dia hubby kata.... sampai2 sana, terkejut aku..!! rupanya ni exstudent aku masa aku jadi cikgu cikgi computer centre dulu.. lepas aku further study, terus aku lost contact dengan student2 aku. k.ita ni antara student yang rapat jugakla dengan aku masa tu.. apa lagi.. banyak jugakla yang kami bualkan.. macam jejak kasih pun ada.... huhu.. dia pulak tngah pantang masa tu.. itula.. punya asyik gebang2 sampai aku lupa nak snap pic kat umah dia.. lama jugakla kami dok sana sampai maghrib baru kami balik. berbaloi baloi....

Nilah Kak Asma Rita.. (Ehsan gambar dari FB Incik Asben..)

Esoknya raya kedua dah bertambah lagi ipar duai aku yang balik umah MIL... so, kami buat bakar2 untuk makan tengahari.. sedap...

Ayam bakar

beriya berposing. padahal aku tak bakar pun..



Incik asben pun tolong2 jer..

Terubuk bakar. aku tak rasa langsung. tak suka, tulang dia banyak..

lepas siap kami makan la pa lagi.. tapi masa ni dah mcam tak selera aku nak makan sebab tadi dah curi2 makan. masa curi2 makan tu.. fuhhhh.. sedapnyer la.. dah time makan betol2, selera tu dah hilang.. tapi habis jugakla sepinggan nasik kan.... so, berakhirla raya kat rumah MIL.. petangnya aku balik ke rumah aku pulak... yahoooo... tapi sebelum tu, puas jugakla kami jalan kerumah member2 hubby sampai magrib jugak la.... to be continue for the next story...







5 comments:

mamaarifakeemaisy said...

selamat hari raya! lama tak singgah sini..update seskali je blog..huhu..

meriah raya tahun ni..syokkan..^_^

Cheritera Kami said...

ayam panggang mmg besttttt

RiEda96 said...

tu la mamalieyna.. takleh pegang gelaran blogger tegar dah.. huhu..

RiEda96 said...

KSWSK> .. HUHU SEDAPKAN..?

Unknown said...

hg sng la raya mana dl pun xpe, rmh hgpa dekat2, pg rmh MIL ptg rmh sndiri, senang sgt tu, xpyh gaduh2 nak blk mana..hehe