CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 17, 2010

LUAHAN HATI BUAT AYAHANDA..



Hari ni 17/08/2010, genap 3 tahun BA pergi meninggalkan Ida, Mak, dan kami semua... sesungguhnya kami semua sangat rindukan BA.. Byang pastinya, BA tak pernah luput dari ingatan. walau sesaat pun... dan kami sentiasa merindukan BA.. dan hingga ke saat ini airmata ini tak pernah kering bila setiap kali rindu ini datang... BA.. dah banyak perubahan yang ada sepanjang 3 tahun BA tak ada ni... setiap perubahan dan peristiwa yang berlaku sepanjang BA tak ada mengingatkan kami pada BA.. Ida akan ceritakan satu persatu walaupun mungkin BA tak dapat mendengarnya, tapi sekurang2nya Ida dapat meluahkan rasa rindu di hati...


*******************************************************************


~~> BA, Ida dah dapat lesen.. cuma tak penah bawak keta lagi.. takut... Ida masih ingat Ida nekad ambil lesen bila Ida mimpikan BA ajar Ida bawak kereta. walaupun mimpi hanya mainan tidur, tapi Ida merasakan satu suntikan semangat untuk Ida ada lesen.. (Walaupun tak bawak....ekekeke.. jangan bimbang, Ida akan bawak juga nanti..)


~~> ha.. yang ni.. penerima setupperware aiskrim tiap kali kami balik umah BA.. IKMAL, dah sekolah pun dia BA.. dah darjah 1. Kalau BA ada, mesti sebok ja BA tanya dia, macam mana sekolah, bla, bla, bla.. dan dia pun mesti seronok dok cita hal sekolah dia kat BA kan.... Ikmal kadang2 sebut jugak tanya BA, Kenapa BA tinggal kami.. kenapa itu, kenapa ini.. dan kadang2 dia sendiri pandai cakap kata dia rindukan BA.. itu yang buat hati ida tersentuh sangat...


~~> BA......, Ini IRFAN anak ida yang kedua. BA tak sempat tengok pun. masa BA pergi, ida baru mengandungkan dia 5 bulan. sekarang pun dia dah 3 tahun. kalaula BA ada pastinya dia akan menjadi antara cucu yang paling rapat dengan BA macam Ikmal dulu.. yang ni lagi banyak karenahnya, lagi keletah. kalau BA ada mesti BA akan sentiasa terhibur dengan telatah IRFAN.... Kadang2 rasa kesian dan sedih bila dia tak sempat menikmati kasih sayang seorang BA, kasih syg seorang Tokwan mcm Ikmal dulu, Ikmal selalu sembang dengan dia dan tunjukkan gambar BA pada Irfan, Kata Ikmal, "Ni Tok'An (Panggilan dia pada BA..) Irfan tak mengaku, katanya "butan Wan..(bukan Wan)" sebab Irfan hanya tau yang Wan dia adalah Wan yang mengasuhnya dirumah Pengasuh.. Kdang2 bergenang airmata Ida bila mengenangkan semua tu.. dan jangan tak tau, Ikmal pun sampai sekarang dia pandai sedih dan bergenang airmata bila mengenangkan BA..

~~> DIAH dah kawin, dan dah ada anak pun.. kami semua sangat sedih masa DIAH kawin. mesti BA orang yang paling seronok kalau dapat tengok DIAH kawin kan..


~~> ini anak Diah. Muhammad Aqeef Arfan.. Pemegang rekod cucu BA yang ke 30 setakat ni..
~~> Ini Adrina, cicit yang terakhir BA tengok sebelum BA pergi.. dah 3 tahun pun dia sekarang.. susah payah BA sanggup pegi tengok cicit, padahal sebelum ni nak bejalan kemana pun, BA selalu kata tak larat..


~~> ADAM dah kerja la ni. jadi Polis Bantuan. Kalau ada rezeki dia dapatla Polis Betul atau Polis Bantuan kat TNB, dia tu minat bahagian Pertanian, tapi mana yang dia mintak, belum ada rezeki.. ~~>AIMAN la ni dah pun masuk UUM. keluar nanti dia jadi Cikgu BA..


~~> ARIF pun dah masuk UITM kat Kuala Pilah.. dia ambik Course Pengurusan Ladang, alhamdulillah, Anak2 Tokton suma dah boleh dikatakan berjaya, walaupun baru bermula.. harap2 senang la Tokton sekeluarga nanti.. dapat menumpang senang anak2 dia, tak sia2 dia beranak ramai..


~~> ZUBIR pun dah ada anak 2 sekarang ni BA, sepasang.. Zulaikha dan Haziq.. Haziq Cicit BA yang ke 6 setakat ni.. dulu kenduri depa la kali terakhir BA pergi Kelantan kan.. kita semua happy sangat waktu kat Kelantan tu.. tapi BA tetap sedih sebab tak semua anak2 BA ada masa kenduri tu.. takpala.. tak ada rezeki untuk kita berkumpul semua waktu tu kan..



~~> ni dia 2 orang anak Banti BA.., FAISAL dah masuk KOLEJ sekarang ni, Kalau ada rezeki, ada modal, mungkin satu hari nanti bolehla dia bukak kedai komputer.. tak mustahil semua tu.. ~~> ANIS pun dah masuk KOLEJ jugak, nanti bakal Medical Assistant la anak dara Zaki yang ni...



~~> juga antara cucu kesayangan BA.. SHAKEER.. dia pun dah jadi suami orang BA.. dan berita terbaru yang kami dapat tau, SHAKEER dapat jawatan ASST. DRIVER KERETAPI.. SHAKEER pun ada kata, kalaula tokwan ada, mesti tokwan suka. dari dulu tokwan nak tengok ada anak cucu dia yang Keja KTM. Sejak dari Paknjang lagi.. Ida jadi sebak bila dengar SHAKEER kata macam tu..


~~> Syuhada pun dah kawin BA.."Lipas Kudung" gelaran BA pada dia waktu dia kecik dulu.. sampai sekarang pun masih lagi macam lipas kudung bila dia buat kerja.. bertuah laki dan mak mentua dia.... huhu.. sekarang ni, Syuhada sedang 'bawak' cicit BA, mungkin bulan 3 tahun depan nanti duenya.. bertambah lagi cicit BA..

~~> Hanif pun dah ada anak 2 sekarang ni. yang Nombor 2 pun pompuan jugak BA, Ni cicit Ba yang Ke 5. Ani, bini Hanif pun baru dapat kerja Attendan Hospital. Alhamdulillah, walaupun jawatannya tak besar, tapi sekurang2nya dapat kerja Government, Ida ni jugak yang tak dapat2, dah puas mintak, mungkin belum ada rezeki..

~~> Atikah pun dah masuk UUM sama dengan Aiman, cuma course ja yang tak sama.. bolehla depa dok tolong tengok sama2 depa kat UUM sana.. ~~>Fiza pun dah habis study BA.. dulu kami masih ingat, BA beriya2 nak kirim duit kat kat FIZA sebelum dia balik UNIMAS, rupa2nya itu kiriman yang terakhir, sekarang ni dia dah pun kerja sebagai PTD kat Putrajaya.. alhamdulillah.. senangla sikit Tokti dan Bael sekarang, rezeki depa.. anak menantu semua kerja gomen..



Dan yang paling terbaru.. HANI pun dah kawin pada 10/7/2010 yang lalu.. tahun ni raya lebih meriahla dengan bertambahnya cucu menantu BA..

***********************************************


BA yang dirindui.... Macam tula kami sejak BA tak ada.. tapi masih setia menemani Mak bila tibanya cuti.. keriuhan, kemesraan dan hingar bingar keluarga kita masih tak berubah, malah setiap pesanan2 BA itulah yang menemani kami adik beradik dan seterusnya kepada anak cucu kami selama ini dan pastinya hingga ke akhir hayat.. BA.. tenangla BA di sana bersama iringan doa dari kami anak2 BA, cucu2 BA, dan insyaallah seluruh keturunan BA, doa dari kami yang tak pernah putus2.. BA.... semoga kita bertemu disyurga... AMIN.. sembah salam.. dari anakmu yang sentiasa merinduimu.. IDA..



BA YANG DICINTAI.. DULU... KITA TAK SEMPAT PUN BERGAMBAR BERSAMA, GAMBAR BA, MAK DAN KAMI 8 BERADIK KAN.. KALAULAH BA MASIH ADA....... DAN KINI KAMI HANYA ADA MAK.. DAN KAMI TAK MAHU LAGI MELEPASKAN PELUANG UNTUK BERGAMBAR BERSAMA SATUNYA2 HARTA KAMI YANG MASIH JELAS PADA PANDANGAN MATA.. DAN KAMI TAK AKAN SIA2 KAN MAK sbagaimana amanah BA.. dan walau tanpa pesanan itu pun, KAMI TETAP TIDAK AKAN MENSIA2KAN MAK....


*********************************************************


** Buat para pembaca, ingin aku jelaskan di sini, bukan niatku walau sebesar kuman pun untuk mengwar2kan tentang perihal keluargaku... maksud aku, bukan aku ingin riak untuk memberitahu umum tentang anak2 buahku yang masuk U, atau buruk baik pekerjaan mereka, telah ku nyatakan dalam tajuk di atas, ini hanyalah LUAHAN HATI DARI AKU UNTUK AYAHANDAKU.. diharap pembaca semua tidak salah sangka.. entry ini khusus dan kutujukan khas untuk dikongsi oleh seluruh ahli keluargaku, abang2ku, kakak2ku, anak2 buahku.. selebihnya.... aku hanya ingin melepaskan rindu yang terbuku di dada...**



5 comments:

♥Azie♥ said...

sedihnyer...moga rohnyer tenang di sana ...ami...

KSWSK said...

sayu wa baca ni ida...

rieda96 said...

azie, KSWSK, semoga tuhan tabahkan hatiku... amin..

amirakim said...

salam k.ida.sedih sgt la baca n3 ni.al fatihah bt rwah BA k.ida.semoga rohnyer dtmptkan dikalangan org2 yg disayangi allah.amin......

ImanRifqi08 said...

sori aku terlewat baca n3..sedihnya bergenang airmata aku baca..semoga rohnya ditmptkan dikalangan org2 beriman..Amin...