CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 16, 2009

Jumaat yang lalu 12/6/2009 aku ke BAGAN SPECIALIST tengok kawan aku, deknon aka aisyah, sakit. Operation ada ketumbuhan. tapi nasib baik baru peringkat permulaan. dia pun tak pasti apa puncanya. cuma lepas operation appendiks tahun lalu, dia masih sakit2 perut. ingatkan kesan daripada operation dulu. tapi bila pergi chek up, tengok2 ada ketumbuhan dah sebesar 4cm. Doktor advise untuk dia operate ja, takut nanti akan jadi cancer. Nasib baikla kawan aku ni ada ambik insurans, cover jugakla. kalau tidak mana nak cekau beb. dia pun bukannya kawin lagi. pape pun kami gembira tengok dia dah beransur sihat.


aku, kak midah dan fadhilah. wah.. yang sakit tu, senyum macam tak sakit ja.. padahalnya.. 3 tempat tu. keluar air mata gak la nak tahan sakit tu..




Ha...!! yang ni adik deknon. handsome kan? macam aliff aziz. pada pandangan mata aku la.. baik budak ni.. tunggu jer kakak dia sakit. tak pergi mana2. layan jer kakak dia nak apa.. hai.. nak buat menantu pun anak lelaki semua... hehehe.. takpela.. ambik gambar ja la... hubby jangan jeles...!!

Thursday, June 11, 2009

The Winner is...

Keputusan untuk Father's Day Contest dah pun di announce kan. Tahniah kepada pemenang. Yang menang pastinya memang layak untuk menang.. bagi yang tidak menang macam aku dan yang lain2, jangan putus asa dan kaciwa. lain kali kita cuba lagi ok.. Namun begitu, aku dah gembira walaupun hanya tercalon untuk 146 short listing tu.. Anyway untuk mama tisya, terima kasih kerana menganjurkan contest ni. At least, kita boleh merapatkan lagi hubungan sesama blogger.. wahhh gitu.. Abah dan Anak2 Mama, Ikmal dan Irfan Sayang, Walaupun kita tak menang.. tapi Abah dan anak2 mama tetap JUARA di hati mama okeh... I LOVE YOU...



Monday, June 8, 2009

FATHER'S DAY CONTEST

Ok, entry kali ni, aku nak cuba masuk Father's Day Contest yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh Mama Tisya http://mamatisya.blogspot.com/ . Rasanya Father's Day ni, takde plak plan untuk kami sefamily ke mana2. Tp tak taula kot tiba2 hubby plak yang surprise kami nak bawak p jenjalan. wait and see. papepun, aku dan anak2 pastinya akan buat sesuatu untuk surprise kan hubby.. tungguuuu..


Ni Hubby aku JUKHAIRI BIN IBRAHIM berumur 32 tahun dengan anakku yang Sulung Muhammad Ikmal Daniel berumur 6 tahun. Masa ni kami pergi Zoo Taiping.


Yang ni pulak anakku yang Nombor 2 Muhammad Irfan Danish. 1 tahun 1/2. Ni gambar semalam. Anak aku yang 2nd ni lebih manja dengan Abah dia daripada abang dia. Tapi bab makan, dia ok. tak kedekut. Abah dia mintak aiskrim, dia terus bagi jer.. emm sedaaaapp..

Ni Hubby bersama kedua2 anak aku. Masa ni member hubby akad nikah. Anyway, kalau ada rezeki kami, semoga lekatla jugak nama aku kat contest ni. lau tak, cuba lagi... Thanks to Mama Tisya http://mamatisya.blogspot.com/ atas penganjuran contest ni.. lain kali buat lagi..
Ahad semalam, kami lepak ja kat umah, hubby ada bola 9 sebelah. petang baru hubby balik. kami bawak anak2 lepak kat taman. kami p pun dah lewat. sajala ambik angin. sekejap pun jadi la daripada terperap ja kat umah kan.




Ikmal kat mana2 pun mesti nak buat juga perangai dia yang elok tu.. sabar je la..
Sabtu yang lalu, aku dan anak2 ikut hubby ke Sungai Petani, ada game. JKR lawan Kuala Muda/Sik. Punyala panas petang tu. Aku punyala letih melayan dua orang hero aku ni. Ikut2kan malas aku nak ikut, tapi dari kat umah takde buat pape, ikut ja la.. boleh gak anak2 aku execise. Exercise sungguh anak2 aku ni..


Baru sampai, warm up dulu.. makan & minum dulu..



Ni dah start dah.. tengok Irfan sampai bukak baju. panas. sian pulak aku tengok. nak ganti baju, parking jauh sangat. Tau tak Irfan buat apa tu. Dia tengok budak tu pakai jam BEN10 (sama juga peel cam abang). Dia tekan2 jam budak tu. Bila tak bagi, dia jerit2 sama kuat dengan penyokong yang dok asyik tengok bola. Nasibla budak tu baik. dia biar jer Irfan main jam dia, bila Irfan pegi tempat lain baru dia bukak dan simpan. Tapi Irfan memang sama cam Ikmal. Friendly. sama pun yang dia jumpa, cepat boleh jadi kawan dia.



Finally, baju pun dah terkeluar. tak maintain cute dah..

Wednesday, June 3, 2009

Irfan dan Kasutku

Aku beli kasut kat VINCCI dan NOSE. Ada offer. Bila time balik, cam besa, aku try lagi. Irfan nampak, malam bila aku tengah lepak2, dia ambik suma kasut tu dan try, simpan + buat semak dalam rumah. dia susun kat decoder astro. Buat semak lagi..




bermula acara menyusun






Sedang memerhati, tengok, puas hati dengan cara penyusunan


Abang dah keletihan, tertidur, sebab tu adik buat hal sendiri


Mama! try tgok kasut ni..!



Selamat Bertunang My Dearest Nephew

31/5/2009 Anak buah aku, Muhammad Shakeer Bin Assmad selamat bertunang dengan gadis pilihannya, Hairani. anak mami cek....!! Sedar tak sedar dah nak melangkah ke alam rumahtangga anak buah aku tu. anak buah yang paling happening dalam 29 orang cucu mak aku. bila dia bukak mulut ada saja yang membuatkan kami suma tak kering gusi. Papepun selamat bertunang dan selamat berusaha untuk melangkah ke jinjang pelamin..


Kami p 8 biji kereta, bukan orang lain pun. suma anak, menantu, cucu mak aku. tu pun tak penuh semua.

Hantaran dari Pihak Perempuan

Tunang zaman sekarang. Zaman kita dulu jangan mimpi la lelaki boleh datang waktu bertunang. zaman la ni, dah ada kelonggaran sebab pengantin lelaki datang untuk tunjuk rumah. hehehe

Tok Sarung cincin kat cucu menantu. Kalaula Arwah Ba masih ada, tentu dia gembira tengok cucu dia yang paling nakal ni akhirnya bertunang. Al-Fatihah..

Balik dari majlis bertunang, kami singgah umah kakak aku kat Permatang Pak Elong. Kakak aku bat nasi Lemak, sedapppppnyerrrrrr. Selesai semua baru kami balik lepas Isyak. Irfan suka naik basikal Cucu kakak aku ni. Tapi pinjam je okeh.. namun begitu, Ikmal sebok main dengan cousin2nyer, main tarik2, seret badan kat atas karpet, karpet tu kan panas. dan inilah hasilnya.... Bila time balik ramai2 anak akula yang selalu dapat 'hadiah'. haritu jadi spiderman terseret belakang motor, masalahnya Ikmal ni kalau dah dapat main, dia main sampai tak mau2, kadang2 sampai tak pandai jaga diri. dan inilah hasil yang dia dapat...




Selesai semua kami lepak kat kampung. Cuaca panas. sapa pun tak sanggup dok dalam rumah. lepak jap arr kat luar. ambik angin

Tengah lepak aiskrim datang. bestnyer.. seronok pakcik aiskrim ni kalau datang time cuti kat umah aku. geng anak cucu mak aku yang tlg pakcik ni clearkan aiskrim dia. aku saja 3. Ikmal 3. Irfan dan abah dia tidur. makan satu mana cukup beb. g pun murah jer. satu 50 sen.


Zawani Zulaikha. dah besar, dah 1 tahun. Kejap jer masa berlalu. yang ni cucu kak aku yang sulung. yang bertunang ni anak kak aku ni yang nombor dua. yang ni cucu menakan aku yang ke 4. ala cucu Toksu..!!