CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 18, 2009

salam aidilfitri

Sempena hari terakhir kita bekerja ni saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin pada semua kawan2, saudara mara, adik beradik, adik2, kakak2, abang2, blogger2, especially semua follower saya, slmt bergembira di hari raya.. dan... sudi2kanlah tepek kad raya saya yang tak seadanya ni dekat blog anda suma ok..



Wednesday, September 16, 2009

"CUTE SLEEPING BABY CONTEST"

Nampaknya masuk kali ni dah 4,5 contest jugak aku try untuk join. walaupun tak pernah menang tapi aku tak putus asa. aku tetap join untuk memeriahkan blog BAITI ni. "CUTE SLEEPING BABY CONTEST" ni bermula dari 03 Sept 2009 hingga 18 Sept 2009. Kata penganjur contest ni hadiah menarik & istimewa bakal diterima oleh pemenang & 5 penerima saguhati istimewa

Syarat penyertaan :

1. Penyertaan terbuka kepada semua para2 ibu n blogger..
2. Perlu lah menjadi FOLLOWER Love My New Life dan add my link nie di bloglist anda
3. Buat entry contest bersertakan 1 gambar ur baby anda yang sedang tidor
yang paling cute,chomel sekali...
4. Terhad untuk satu penyertaan sahaja (kang rabun juri nk pilih pemenang..huhuhu)
dan umur bayi ketika itu hendakla dalam lingkungan usia 3 - 12 bulan
5. Perlu disertakan dengan NAMA BABY, BIRTH DATE, PLACE OF BIRTH & NAMA IBU
6. Kemudian add banner contest kat side bar beserta ngan link contest nyer skali
7. Nyatakan skali aper yang special tentang blog Love My New Life
8. Sila tinggal kan link penyertaan anda di comment yerk..

~~... SETELAH SEMUA SYARAT DI ATAS TELAHPUN AKU PENUHI.... ~~
Setelah aku menggali dan terus menggali aku terperasan satu gambar ni yang aku kira sesuai untuk aku pertaruhkan dalam contest ni.. gambar ni di ambil masa umur irfan cukup 1 tahun bersamaan dengan 12 bulan. ni gambar dalam kereta, masa kami g jenjalan, Irfan tertidur keletihan sebab time ni dia dah semakin lasak. sampai ternganga mulut.. nampak sangat letih tuh..


Nama Baby: Muhammad Irfan Danish Bin Jukhairi
D.O.B: 9/12/2007
P.O.B: Hospital Kulim, Kedah
Son Of: Ruwaida Binti Mansor
* Apasal terspeaking lak ni.. boleh kot..

Masih ada masa lagi untuk korang turut join the club untuk contest ni.. sebab yang paling special sekali kat blog Love My New Life ni adalah BAITI dah berjaya menganjurkan contest, sempena besdaynya yang ke 26 bulan september ni, apatah lagi dengan sifatnya yang sukakan baby.. also, kat blognya ada berbagai info seperti fesyen dan link2 yang lain disamping kisah suka duka kehidupannya dannnnnnnnn.... ada lirik lagu terkini yang menjadi kegemaran ramai... takyah susah2 nak surf nak cari lirik lagu ek..

SO, KITA ENJOY..!! SELAMAT BERCONTEST..!!

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT TINGGAL SABRI & CO..

9/9/2009 yang lalu adalah last day aku kat SABRI & CO.. esoknya aku dah start kat tempat baru.. ikutkan hati memang aku sedih nak tinggalkan SABCO, tapi atas sebab2 peribadi yang tidak perlu aku nyatakan di sini, aku tinggalkan juga walaupun hati aku berat bila mengenangkan kawan2. jiwang ni..! jauh disudut hati.. aku tetap sygkan SABCO.. 3 tahun aku kat sini, terlalu banyak pahit manis yang aku lalui, begitu juga pengalaman dan ilmu yangku perolehi.. tapi sayang jodohku tak panjang dengan SABCO, mungkin tempat aku bukan di sini.. walau apa pun.. aku tetap menerima segala takdir dan suratan hidupku dengan hati yang tabah.. hidup tak selalunya indah.. kadang2 tak semua apa yang kita hajati akn kita perolehi kan.. so, hidup mesti diteruskan..


Kawan2 suma, semoga ikatan persahabatan yang terbina antara kita akan terus kekal untuk selamanya.. kenangan di sini akan terus aku abadikan sebagai kenangan terindah dalam hidupku..

Airmata mengiringi perpisahan.. biarlah segala yang bermula disini tidak juga berakhir di sini..

yang ni dari kawan2, terima kasih ya.. tapi pic swktu acara pnyampaian hadiah ni tak dapat aku uploadkan di sini kerana kulihat wajahku sungguh mok mok waktu itu sehingga aku tak sanggup nak memandangnya.. ahaks..


dan ini adalah hadiahnya.. i like.. terima kasih ya kawan2.. ibarat kata k.imah.., semoga ceria di hari raya dengan jag baru ni..




Monday, September 7, 2009

Happy Anniversary

Hari ini genaplah usia perkahwinanku yang ke 7 tahun. Cepat betul masa berlalu. Happy anniversary yang ke 7 tahun untuk aku dan hubby serta anak2. Semoga jodoh kami berkekalan dan semoga kasih sayang kami sekeluarga bertambah dan terus berkekalan untuk selamanya..
Sijil Cinta kami yang masih terlekat kemas di album gambar.. wah gitu..

Terlalu banyak duri dan ranjau yang harus ditempuhi oleh kami berdua sejak dari alam bercinta 28/08/1996

Majlis pertunangan pada 1/9/2001


Majlis nikah pada 6/9/2002

Hari kenduri pada 7/9/2002 disebelah pihak perempuan

Disusuli majlis sebelah pihak lelaki pada 8/9/2002

Saat2 kami bersama setelah mempunyai Muhammad Ikmal Daniel 7/7/2003

Saat2 kami bersama setelah mempunyai Muhammad Irfan Danish 9/12/2007


Terlalu banyak suka duka pahit manis sepanjang 7 tahun bersama.. dan itulah asam, garam, ajinomoto dalam kehidupan berumahtangga..

Semoga anniversary tahun ini menjanjikan titik tolak bermulanya sebuah kehidupan yang lebih baik dari hari ini.. amin... RiEfAnDaNieL abadi...


Friday, September 4, 2009

Contest Pasangan Seiras..Opened

First sekali aku nak gelak dulu... kahkahkah.. tak habih2 dengan contest aku ni.. last2 minit ni terjah lak blog kengkawan dan aku terjumpa contest ni.. pe salahnya kalau aku join. macam besa, menang kalah tak penting, yang penting join dan memeriahkan.. contest kali ni made by sWeeT MaMa. Tahniah yer.. dah berjaya jadi sponsor ni.. hehe.. seperti biasa mana2 contest mesti ada T&C kan.. so,
~~SYARAT2 WAJIB~~
1. Terbuka kepada semua blogger malaysia dan antarabangsayang memiliki wajah seiras dengan suami/isteri, adik beradik atau kawan2.
2. Upload gambar seiras anda (nyatakan nama anda dan pasangan) dan tinggalkan link nya di entri ini.
3. Juga letakkan link contest ini di entry korang ye. Tkde link tk Qualified ok.copy je ni
~~SYARAT2 SUNAT~~
4. Banner tu sapa yg rajin, letak la kt sidebar blog korang, kalo yg malas tu,tak yah la letak.
5. Pastu letakkan link http://miezaniera.blogspot.com/ di blog list anda.
6. Lastly, be my follower ;D
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional.


Nama aku: RUWAIDA BINTI MANSOR

Nama Suami: JUKHAIRI BIN IBRAHIM

Seiras ker.. hikhikhik, adala lebih dari 10 orang yang kata cam tu.. tak kisahla papepun kan.. yang wajib sudah, yang sunat pun sudah.. yang penting marila kita sama2 'menJOINkan' diri, dan menambahkan lagi follower SwEEt MaMa k.. sebelum kol 5 petang ni.. sempat lagi ni.. selamat berjuang..!!

kEnnY RoGerS vs KPJ PeNanG

Semalam aku sefamily berbuka kat Kenny Rogers JUSCO Bandar Perda. Tujuan asalnya nak tengok kakak aku operation kat KPJ PENANG, tapi oleh krn kami dah lambat sampai, so, kami ke sini dulu. asalnya berpakat nak join dengan anak buah aku, tapi sebab kami sampai lambat so, terpaksa duduk lain2 meja. jauh2 pulak tu.. takpela len kali plan bukak posa lain kat mana2 pulak..
Comotnya Irfan makan nash donut..

Ikmal dan chicken soupnya..
Balik dari bukak posa aku singgah tengok kakak aku operation kat sini. Dia ada cyst kat dalam perut. Nasib baik tak tahap bahaya lagi. tapi cyst tu dah besar jugakla.. dah 11cm. dia tak penah sakit sblm ni, sbb tu tak penah pg check up. last minit tiba2 bila cek benda tu dah membesar. terkejut kingkong jugakla.. so, Doc kata tak boleh biarkan lagi takut jadi cancer. so, Rabu yang lalu operation dijalankan. alhamdulillah semuanya selamat. Tapi yang tak bestnya kita x boleh tunggu patient. boleh, tapi kalau patient tu pompuan, pompuan kena tunggu. kalau lelaki, lelaki kena tunggu. leceh kan.. so, kakak aku hsbnd tak boleh tunggu la.. sian kakak aku, dahla dia ni penakut sikit, ye la.. pa salahnya hsbnd tunggu kan, hbih tu apa guna bayar ribu2 kan? (nasib baik office sponsor suma), emmm kena masukkan dalam peti cadangan ni..

Posa ke tak ni yang baju biru tu.. mok mok nyer... arghhh tidakkkk

Kakak Ipar kakak aku sefamily

Irfan ni tak tau dok diam. tak peduli kat hospital ker apa.. Ikmal pun sama.. hai chik dorang yang sakit lagi sakit la camni..

Dalam lif nak balik.. enterprem jap.. orang mok mok takyah join.. isk isk

Dan... JENG JENG JENG...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

inilah rupa cyst tu.. ntahla dalam dia macam mana.. tapi kata Doc, yang ni mcm kandungan lemak2 cam tu.. papepun semoga kakak kesayangan aku ni cepat sembuh..


Tuesday, September 1, 2009

ENTRY CAMPUR

Ha.. kali ni entry aku bercampur2. daripada entry hari khamis, sampaila hari cuti punya entry, tak banyak story sangat, kalau ada pun aku tak sempat nak snap2 gambar. sebok dengan anak2 aku.

Entry dimulakan dengan SSF CREATIVE LIFESTYLE HUB.. DECO BERSAMA ERIC.. wah macam iklan gitu.. takdela.. saja nak story Jumaat ritu SSF buat offer gila2 untuk raya ni. Office aku dekat dengan SSF. Macam2 barang yang dorang offer. aku tak la beli banyak sangat.. beli balang ni jer satu RM10 dan pelapik makan ni satu RM1.50, aku beli 6 untuk 6 kerusi meja makan aku.. hehehe... so, pada sesiapa yang duduk area sini, SSF offer pelbagai barangan bermula 28/8/2009 - 19/9/2009.. dari pukul 10pg sampai 10 malam.. selamat bershoping..!!


Entry ni hari khamis ritu, aku sekeluarga bukak puasa kat kedai tomyam kat kulim. Ikmal nak sngt makan siakap stim favourite dia. padahal, puasanya selang seli. layan ja la.. aku pun suka gak siakap stim ni. Antara menu biasa yang kami order, siakap stim, kailan ikan masin, sotong goreng kunyit dan tomyam campur..

Yang stressnya ini.. Irfan kalau time makan, memangla dia akan main makanan tu sampai habis semak, tumpah semua, dia letak air dalam pinggan, dia tepuk2, dia celup2, pastu dia minum balik. uwekkkk!! bila aku marah dia, dia baling sudu sampai terpercik kuah tomyam kena kat baju hubby, siap masuk mata lagi. nasib baik kat kedai, kalau kat rumah kena dah.. sabar ja la.. malu pun ada.. hai kalau macam ni punya gaya, hasrat aku sefamily nak buffet berbuka kat hotel macam tahun2 sebelum ni.. aku lupakan saja la kot.. tak sanggup..!! tahun lepas dia kecik lagi.. tak pe la.. tahun ni.. mintak maaf.. walau apa pun, malam tu aku sefamily tetap kenyang.. anak buat perangai, buat jugak, makan tetap makan, nak tunggu dia ok, bila kan? so, kami makan cepat2 dan balik..

Esoknya aku balik umah MIL. twin hubby pun balik kampung. so, kami balik jugak la ramai2. g pun minggu lepas dah balik umah mak aku. kena fair n square tol tak?. time ni lepas bukak puasa dah, MIL tau kami suma, especially hubby suka sangat ikan sungai. so, musim banjir ni banyak la orang memancing ikan sungai, tak lengah lagi, MIL beli la untuk anak menantu dia. yang ni best friend MIL. kawan susah senang, hari2 mesti wajib mai umah MIL. malam ni dia berbuka dengan kami, dia pun 'lonely' cam MIL aku gak, tapi lepas berbuka kena sama2 siang ikan la makngah.. kena dera dengan MIL. hehehe.. pape pun aku bawak balik ikan sungai ni 9 ekor untuk stok, lau tak MIL nak buat ikan pekasam, tapi dah kami nak makan mentah, so, nanti dia buat pekasam lain la.. (pekasam MIL sedapppppppp). Actually, dulu aku tak pandai makan ikan sungai ni, dah kahwin dengan hubby, aku pun terikut sama suka ikan sungai. sedap rupanya..


Yang ni budak2 tak puasa tengah makan coco crunch. Iman jadi pengadil tengok Abang Ikmal dan Abang Irfan makan ek..!!

Yang ni masa hari ahad aku dan twin hubby tengok Pakngah Wanti kat ICU Hospital Taiping. aku tak masuk pun. budak2 tak boleh masuk kan. so, macam ni la masa aku tunggu kat luar, budak2 ni tak duduk diam. letih aku.. takut juga si Irfan tu jatuh ka pa. Esoknya 31 ogos 2009, twin hubby balik KL balik, petangnya pulak, Pakngah Wanti dah meninggal... so, dorang tak balik pulak la ke kampung. pergi balik, pergi balik, letihla kan.. takpela nasib baik dah sempat jumpa ritu kat ICU walaupun dia koma. papepun AL-FATIHAH untuk Pakngah wanti..