CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, August 19, 2011

HAPPY BFDAY SAYANG..

Hari ni En. hubby dah pun berusia 34 tahun.. smga panjang umur, murah rezeki.. smga lebih tabah menghadapi ujian hidup.. smga kita cepat kaya, kaya, kaya dan kaya.. hahaha.. dan semoga impian kita akan menjadi kenyataan.. insyaallah.. happy besday dari Ida, Ikmal dan Irfan.. Ida dan anak2 need u and love u so much.. mmuah2..



Thursday, July 7, 2011

ANAK MAMA DAH BESAR..

haiii!!! hari ini 7/7/2011. genap usia Ikmal 8 tahun. cepat sungguh masa berlalu.. dah makin besar anak aku yang sulung ni.. nampaknya makin besarlah cabaran aku dalam mendidik anak2 yang semakin meningkat usianya..

sempena hari ni hari jadi Ikmal, mama nak ucapkan 'SELAMAT HARI JADI YANG KE 8 TAHUN' untuk Ikmal. Semoga Ikmal panjang umur, murah rezeki, sihat selalu, diberi rahmat oleh Allah dan semoga Ikmal terus tumbuh menjadi anak yang berguna pada mama dan abah, keluarga, agama, bangsa dan negara.. insyallah AMIN...

sesungguhnya mama, abah, dan adik sayang sangat kat Ikmal. Kalau mama marahkan sesuatu bukan bermakna Mama benci Mal, tapi mama nak Mal jadi anak yang baik dan mempunyai jatidiri yang kuat.. Ikmal dah 8 tahun hari ni, setakat ni, Ikmal seorang anak yang baik pada Mama dan abah, dan abang yang baik dan bertanggungjawab pada Irfan. dan mama harap semua tu akan berterusan dan lebih baik dari hari ini..






HAPPY 8TH BIRTHDAY SAYANG.. I LOVE U.. WE LOVE U SO MUCH.. !!


Friday, June 10, 2011

MENGIMBAS PERISTIWA CUTI SEKOLAH..

Huh!! cepatnya masa berlalu. esok dah hari terakhir cuti sekolah.. hadoi.. bermulala balik aktiviti aku iron baju sekolah, jadi cikgu pada Ikmal dan mcm2 lagi... kesian jugak kat Ikmal, tak pegi mana2 pun cuti sekolah ni, balik kampung ja.. takpala, lain kali kita pegi ok.. cuti hujung tahun nanti insyaallah, ada rezeki, kita jenjalan ok.. insyaallah amin...

mengimbas kembali cuti sekolah hujung tahun lepas, aku terpanggil untuk menceritakan kisah cuti sekolah Ikmal dan Irfan.. tahun lepas cuti sekolah aku tinggalkan Ikmal dan Irfan kat rumah.. en. abah keja dekat jer.. kejap2 boleh balik tengok anak2. sebab tu aku tak risau sangat nak tinggalkan budak2 ni.. alhamdulillah spanjang sebulan aku tinggalkan dorang berdua, ikmal berubah menjadi abang yang sangat baik pada adiknya.. dia dah mula berdikari, boleh mandikan adik, buat susu adik, basuh ehem2 adik.. pendek kata, adik akan mintak abang yang buat kalau apa saja yang dia nak..

sebenarnya.. ikmal ni penakut.. hehehe.. so, apa saja yang dia nak buat, mesti berteman oleh adik, secara tak langsung, apa saja yang adik nak, dia kena buat la.. dengan syarat, adik teman.. give and take.. sampaikan ikmal nak ehem2 pun adik sanggup tunggu depan pintu.. tapi sambil mengomel.. "cepatla abang.. lambatla abang ni.. busyuk la abang...!! cepatla....!!" habih.. mana tak busuknya.. dah depan2 pintu ditunggunya.. agak2la nak setia kat abang pun.. hehe..
itula anak2 aku...

tapi Ikmal akan cepat menangis bila aku balik lewat. pada dia lewat la.. padahal baru pukul 6.. sampaikan aku pesan pada ikmal, selagi belum azan kat tv, berita belum start, maknanya belum lewat lagi, kalau dah azan kat tv, berita pun dah start, mama dengan abah still tak balik, pegi umah pakcik arif depan tu, bagitau dia... menangisla ikmal bila aku cakap mcm tu.. bila aku tanya, kenapa nangis? takut ka.. dia cakap "takut mama dengan abah jadi pape.." sebak pulak aku dengar dia cakap mcm tu.. meleleh jugakla airmata aku... ada satu hari tu, aku bagitau dia, aku nampak ada xcident, makcik tu meninggal. kesian kat anak2 dia dah takde mak.... niat aku nak bagi dia rasa bersyukur dia masih ada aku.. tapi lain pulak jadinya, aku sampai rumah pukul 6.30ptg, lewat 1/2 jam dari biasa, ikmal peluk aku terus, meraung2. sampai aku pun menangis sama.. hahahaha... dia kata, "takut jadi pape kat mama ngan abah... takut mama ngan abah mati...!!" pulakk... lpas pada tu aku sruh dia angkat tangan berdoa pada tuhan supaya selamatkan mama dan abah bila dia rasa takut aku balik lambat.. lepas tu alhamdulillah.. dia dah ok... takut tak takut pun sebulan jugakla Ikmal survive dengan irfan dok umah... hehehe.... tapi bila setiap kali aku balik lambat, akan ada surat cinta dari ikmal untuk aku...



ha.. ni antara suratnya.. masa ni, ikmal tak cekap sangat lagi membaca, masuk darjah 2 ni baru ok, alhamdulillah ada kemajuan... walaupun ayatnya masa tu tunggang terbalik, dan ikmal pulak kena xplain balik kat aku, tapi aku amat menghargainya..... itula kenangan cuti sekolah tahun lepas yang ingin aku kongsikan.. dan cuti sekolah baru2 ni.. ok, semua tiptop, ikmal pun dah ada handphone, senang aku nak call. tapi mslah lain pulak yang timbul, masing2 dua hero ni berjaga sampai pukul 1,2 pagi main game kat internet. esoknya bangun dah pukul 10,11 pagi. takde breakfast lagi, bangun jer pg rumah ngasuh untuk lunch.. kali ni, aku tak tinggalkan seharian dorang kat rumah sebab bby sitter soh antar dorang makan kat sana.... tak payahlah en.abah susah2 balik belikan nasik..

papepun, sekarang ni, masa cepat sangat berlalu.. cuti sekolah tak terasa pun dua minggu dah berlalu.. yang pastinya.. aktiviti sebok akan bermula kembali... heheehe.. selamat kembali ke sekolah, buat blogger semua, aktiviti goyang kaki dah berakhir... selamat memulakan rutin harian semula yer...... adios...!!

Sunday, May 8, 2011

HAPPY MOTHER' S DAY..

Selamat Hari Ibu Mak.. Mak adalah mak yang terbaik untuk IDA.... SAYANG MAK..!! JUGA UCAPAN SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU2, DAN BAKAL2 IBU DI LUAR SANA..... PADA YANG SUDAH TIADA IBU.. AL-FATIHAH BUAT IBU2 ANDA.. IBU KITA TIADA GANTINYA.....




Saturday, March 26, 2011

CERITA BASI PART 3

Emmm.. rasanya nilah last entry cita basi aku.. aku akhiri dengan cita aku ke Kuala Kangsar kenduri adik member aku dan hubby... last aku pegi rumah dia dulu dalam tahun 2005, 2006 mcm tu la.. saja pegi sebb hubby dah lama tak jumpa dia. dulu dia ni mcm anak angkat MIL aku la.. tpi sejak masing2 dah ada fmly sendiri ni.. dah kurang berziarah.. k la.. layan jer pic kami kt sini..


ha yang cute ni anak member hubby yg 2nd. sebaya dengan umur irfan. cuma dia bulan 8 kot. cute kan? nama dia Nuradini Ramadhani.. sebab dia lahir pada bulan Ramadhan.. panggil jer nini.. memang putih sangat, cute tapi garang.. hehehe.. dia tak ngam dengan irfan sebab berebut PSP tu.. ssh nak ambik pic dia, dia tak suka tengok cmera..

yang senang tengok camera ha yang ni.. huhu..


kami duduk lama jugak la kat situ, lepas tu, terjah pulak rumah member hubby lagi sorang tak jauh dari situ.. kami lepak, makan sampai leibh kurang kol 10 baru balik.. huh..!! member lama, dah jumpak tu, borak2 tak sedar msa berjalan..

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Emm Sabtu yang lalu 19/3/2011, HAJAR buat house warming.. aku dan anak2 serta encik hubby ke rumah hajar memeriahkan majlis.. petang baru kami pegi.. hari tu hujan lebat, tapi tak mematahkan semangat aku untuk pegi menjamu selera dirumah Hajar.. hihihi..

Masa kami sampai Irfan buat perangai, tak mau turun. so, hajar dengan baik hatinya dalam keadaan hujan menghidangkan kami makanan yang sangat enak.. so, kami makan dalam rumah ja.. tapi aku tak makan banyak pun.. aku habiskan puding dan buah. peberet tu.. nasik, aku jamah jugakla spinggan.. air asam dia best.. kata Hajar.. EN.ASBEN dia yang buat.. wahhhh kelassss.. tak lama sangat kami lepak rumah hajar sebab dah nak masuk magrib time tu.. sblum balik tu sempat jugakla snap2 pic kat rumah hajar yang cantik tu..

dengan dalia, satu2nya anak dara hajar buat masa ni.. sedap aku tengok badan dia, sedap tol bila dipeluk..

lepas makan, ha camni la budak2 ni.. game..

yang pakai baju biru tu anak buah hajar.. irfan jugak.. irfan vs irfan hehehe..

smile..

dan.. of course aku dan puan hajar wajib ada pic jugak.. thanks hajar kerana menjemput... lain kali kami mai lagi na.. sekali dengan AZIE .. kita kasi gegar..

dan.. maka berakhirla sudah entry2 basi aku.. lepas ni.. citer2 fresh la pulak bakal menyusul... insyaallah..

Monday, March 21, 2011

CERITA BASI PART 2

Emm aktiviti ni agak baru jugakla dalam 2 minggu lepas. sebelum ni selalu ke Bukit Merah ja, tapi kali ni saja nak try ke LWOT lak.. mengikut pengalaman member2, dulu petting zoo sume tu belum ada lagi.. sbb tu la kali ni masuk mahal sikit RM38.00 dewasa dan RM32.00 kanak2 melebih 90cm (rasanya lupa dah..). Irfan tak dikenakan tiket sebab tingginya cukup2 jer sampai pengukur tu..


masa kami sampai ni cuaca panas sangat.. aku actually, tak kisah punya, kalau dah kaki bergambar ni, aku tak kisahkan cuaca tu.. tapi en.asben lak kalut nak masuk dalam, geram gak aku.. sabar jer.. (macam la dia putih sangat tk mau kena panas.. hihihi..)

yang mana ada flower2 tu sebab nak cover tali pinggang den yang nampak terjojol.. hehehe..




Sampai jer kat pintu masuk ada lak minah ni panggil untuk snap pic.. "bang, kak, kita bagi free jer ambik gmbar dengan model ni.." kami pun.. emm ok..!! last2 bila siap nak pegi ambik time balik tu, "cik, sekali dengan frame RM15.00 yer.. malas aku nak argue.. bayar jer la..

Suka nor budak2 ni mandi

dah mandi lapar lak.. pekena nasik goreng 'bodo' jer.. 'bodo2' pun RM7 tu.. takla sedap pun.. bolehla..

time ni la peluang aku nak main papan gelungsor ni.. kat playground no3..!!! huhu..

Nampak tak boy pakai baju biru tu.. lawak anak cina tu.. sapa saja yang ada situ kalau slide lambat2 mesti dia tolak. dia nak dia sorang2 ja.. heheh.. tak takut mandi langsung.. bapak dia ja mandi dengan dia, mak dia dok shoot video dia la, pic dia la.. nampak macam anak orang kaya la.. toke kedai loteri kot.. hahahah


Irfan kat sini pun takut..

puas kami mndi, kami naik tren ni untuk ronda2 kat Tiger Valley dan Petting Zoo.. best jgak naik train dengan masing2 kasut tak pakai.. belasah ja.. semua pun mcm tu.. basah2 lagi naik tren..

tiger ni besar betul. rasanya kalau aku sorang lepas masuk daam perut dia tu.. kalau tak kerana depan tu ada sungai, lama dah kami yg visitor2 ni kena baham.. tengok sekor tu mcm dah get ready nak lompat jer.. lama dia dok macam tu..

masa ni pemandu pelancong tu tengah bagi makan sambil explain kat visitor pasal tiger ni. tengok dia lompat ambik daging. .ngeri.. mcm mana la dia makan orang.. herrrhhhhgggg.. nampak tak tiang kat belakang tu..? dorang letak makanan dalam sign biru tu, senang2 jer dia panjat tiang dan ambik makanan dia. sedangkan tiang tu bukan ada cabang pun.. errhhhgggg ngeriiii

lepas p kat Tiger Valley ni, kami p pulak kat Petting Zoo, tapi aku tak snap pic pun.. takde menarik sangat.. pada aku la.. bagi anak2 suka la depa tengok mcm2 pet kat situ.. lagipun train berenti kat situ 5 minit ja.. merajuk jugak ikmal sebab pegi situ sat ja... tak puas dia tengok kata dia..

lpas naik tren, kami try ke Hot Spring & Spa.. tapi tak boleh dok lama pun.. 38 darjah celcius tu.. dah la cuaca tengah panas.. kalau malam ok la..

lepas kami lepak kat sini, dalam 15 minit hujan pun turun dengan lebatnya.. nasibla kami dah puas mandi, dari pukul 12 lebih sampai pukul 5.00.. sampai dorang nak tutup la (5.45 petang).. tapi SPA ni bukak sampai kol 10.30 malam..

Oleh kerana hujan masih tak berenti so, kami tak dapatla main mainan kat funfair kat tepi pool tu.. so, kami pusing2 dalam ni jugak sampai hujan dah reda sikit... aku tak beli apa pun, hanya beli freezer magnet untuk menambah koleksi..

Masa time balik ni hujan renyai2 dan berakhir dengan gerimis.. tapi sebab aku suka brgambar, aku paksa 3 hero aku ni redah jugak. bukan selalu nak datang sini. so, kesempatan yang ada aku gunakan untuk menghabiskan menghabiskan kodak.. oooppss memenuhkan memory card.. :)

Emmm agak boleh diharap jugakla Ikmal jadi photographer cilik ni kan..

time nak mintak tolong orang ambikkan gambar, masing2 jadi peramah, tapi takper give and take, lepas tu aku pulak snap pic dorang.. hehe..


2 best friend..:)

Akhirnya.. berakhirla sudah sessi mandi manda kami hari tu.. lepas mandi tu, kami ronda ke Ipoh Parade untuk makan (tak sedap langsung kat Food Court dia) sampai pukul 9.30 malam dan balik semula ke Kulim.. kami smpai dengan slamatnya ke kulim pada kol 12.00 malam.. hergghh.. masa untuk mendobi esoknya..

to be continue to part 3..