CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 27, 2009

Corat Coret Kenduri

Aku bercuti ke Klang. Kenduri umah Kakak Ipar aku. Besala kenduri kat situ memang meriah beb.. kalau dah namanya kenduri, memang kenduri sungguh. Dari pagi sampai malam asyik makan, makan, makan. Yang kahwin ni, anak buah hubby. Budak ni Racer untuk Kategori Expert Petronas Sprinta. So, bertambah ramai la tetamu yang datang. Member2 racing team dia la. Aku tak kenal pun, besala, bab2 rempit secara sah ni, aku memang tak minat pun. Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat MD. ZAMRI BABA (JIJI) dan ELIN. Makcik doakan Semoga jodoh dan kebahagiaan berkekalan untuk selamanya.


Benda2 alah ni kena letak kat luar la, takkan nak letak bilik pengantin, tak sempoi la beb..

Sebahagian dari Koleksi

Malam berinai



Acara memasak bermula seawal hari Jumaat sehingga ke hari Kenduri pada Ahad. Berbagai menu masakan yang dihidangkan untuk Sarapan, makan tengahari, Minum petang sehinggalah ke Dinner time. Antaranya Nasi goreng, Kueh kuaci, Kueh Kasui, Kueh Lapis, Kek, Laksa, Kerepek2 termasuk Nasi Campur beserta Satay dan Ayam Panggang

Hamper untuk cabutan bertuah

Preparation untuk buat Kueh Kuaci

Malam kenduri. Suasana memang dah ramai cam hari kenduri

Souvenir pun memang dah standby untuk bagi kat tetamu walaupun tetamu datang malam kenduri. Jangan tak tau, walaupun dorang datang malam, acara 'salam berisi' dah bermula tau. dan kalau esoknya dorang datang lagi untuk makan kenduri lak, 'salam berisi' tu tetap berulang sekali lagi. sebab tu kenduri sini, masyuk bebb... tapi tengokla.. modalnya pun berapa.. berpeluh gak tu...!!



Yang ni baby sapa ntah, jiran dekat2 situ. tembam kan? baru 6 bulan lebih, tapi dah 10kg berat dia. makan susu badan ja tu. sedap peluk budak ni.. dia baik ja.. diam ja, doktor siap suruh diet susu. nak diet mende, bukan makan susu formula pun..
I'm back..!! hai sebok sungguh aku minggu ni.. bercuti dari jumaat lepas sampai selasa. Rabu baru aku kerja balik. bila dah cuti tu, kerja berlambak2, kalau tak cuti pun kerja memang dah bertimbun, apatah lagi bila dah cuti ni, lagi la... so, guys aku akan update blog ni dari semasa ke semasa k.. adiossss...

Tuesday, February 17, 2009

Spider oh Spider

Satu labah2 panjat perigi.. dak... panjat dinding. sian budak2 ni cam jakun jer tengok labah2 panjat dinding



Mai abang angkat adik. Adik boleh tengok dekat2

Tahan dia, jangan bagi dia jalan. Abang tahan dia

Arhhhgghhh apa tu...!!

Anak2 gunting rambut

Seminggu dah anak2 aku Ikmal dan Irfan gunting rambut. rini baru ada masa cikit nak entry. Irfan mula2 takut, lepas tu ok. Ikmal asyik geli bila orang pegang rambut dia. sayang pulak bila tengok rambut Irfan yang kerinting2 tu. kalau pompuan aku simpan. ni jantan mak..!! buat apa aku nak pompuankan anak aku ye tak.. rambut dia cam abang, dulu pun abang masa umur dia rambut curly. bila dah potong terus rambut tu tak muncul lagi. la ni Ikmal dan Irfan dah berambut baru, lupakan yang lama...!



sempat lagi tengok Pepaya episod last. Ikmal peminat setia Pepaya. yang pastinya bukan Capang.. (Sayala.. capaaaang..)


Pose lepas berambut baru

Friday, February 13, 2009

Jawab Tag Mamalieyna

Aku baru ada masa sikit nak jawab tag2 tertunggak ni. Yang ni nak jawab tag Mamalieyna dulu.. First sekali, nak bagi award ni untuk Mamalieyna.. nah ambik... heheheh.. takde jual kat kedai award ni..


Purse ni saya order dalam katalog. Brand Satinni. Murah jer. RM36.90. Dah pakai lebih kurang setahun lebih la.. asalnya yang boleh order purse ni sebab berkenan sangat dengan model dari CARLO RINO.. lebih kurang cam ni la, color oren2 coklat camtu. Oleh sebab aku tak mampu nak beli yang original, beli yang cetak rompak pun jadila...




Pandangan dari luar

Pandangan dari dalam

Yang ni benda2 yang ada dalam purse aku. IC, Kad Bank yang tak semua boleh pakai, Mykid Irfan, Gambar dengan Hubby, Kad Captor, Kad Kredit yang dah overlimited, Duit dan surat Nikah. Gambar anak2 aku hilang. Ntah, aku pun tak tau p mana. Irfan main. Kad MBB aku pun hilang.


Posing bersama Purse ku..
Ada lagi Tag yang belum aku jawab, tag dari mama aqish... tunggguuuuuuu
Oleh kerana aku budak baru belajar, aku nak tag balik tentang alkisah purse ni kepada:-
1. azie (Kesayanganku Adriana Adzreen);
2. hajar (Diary Daniellia);
3. mama aqish; dan
4. Kak rose (Crazy beautiful)
selamat menjawab....

Friday, February 6, 2009

Aku balik semalam tengok Makcik Angkat Irfan belikan dia kasut slipper baru. dia pun dengan bangganya memakai kasut tu, ngam dengan kaki dia. cute pulak aku tengok dia pakai. aku tak berapa berkenan kasut ni, tapi dah tengok cun dengan kaki dia, cam suka la pulak. ok la tu. slipper yang kak nana belikan tu pun dah ngam2. kadang2 dia pakai bila terjatuh, luka gak jari dia. dengan kasut ni, dapatla protect jari2 halus dia tu.. semalam aku sampai umah dia tak mau masuk umah, gian nak naik basikal abang. aku la yang sakit pinggang nak kena tolak dia. aku miss SPA Q aku. kesian jugak bila nak tengok SPA Q, aku terpaksa kurung Irfan dalam umah. takpa la, sekali sekala aku sacrifice. suka la abang dan adik dapat main bersama..

Happy Anniversary Mak dan Ba..

5/2/2009 Anniversary Mak dan Ba yang ke 56 tahun.. Walaupun jodoh Mak dan Ba hanya berkekalan sampai ke 54 tahun sahaja, tapi kami sebagai anak2 cukup yakin bahawa Kasih sayang dan ingatan Mak pada Ba tetap kekal sampai ke akhir hayat Mak.. Terima kasih kerana melahirkan kami semua, dan bersusah payah membesarkan kami dari kecil sehingga sekarang.. Buat Mak, semoga terus tabah menghadapi dugaan hidup dan berbahagia dalam meniti usia senja dan Buat Ba.. semoga rohmu dicucuri rahmat.. Rasanya belum puas menikmati hidup bersama Ba.. semoga kita akan bertemu lagi di Syurga.. Alfatihah..


Wednesday, February 4, 2009

Indahnya di kampung

Kong si kong si kong sini... ya kong si kong si kong sini.. Chinese New year datang lagi. Tahun ni syok sikit sebab cuti lama. Direct 4 hari. Boleh la aku release tension sikit. tak sabar nak balik kampung. dah terlalu tension aku menghadapi kerja yang tak pernah kurang. yang bertambah lagi ada la.. dah lama jugak aku tak balik kampung. bila dah dok sendiri ni, aku cam dah jadi penduduk murtad lak, tak jenguk kampung halaman langsung dah. aku tak sebok, yang sebok hubby, habis2 sangat aku buat ot tiap2 sabtu ja.. tak pa la, time dah boleh cuti ni, aku nak lepak puas2 kat kampung.. hehehe. Hari Isnin kami buat majlis baca Yassin. kat kampung aku, mak aku masuk ahli group baca Yassin. So, kali ni turn umah kami. kebetulan dah kami balik kampung, mak aku buatla time tu. jemputan adala dalam 25 orang. kami buat mee kuah. pengantin baru punya resepi. Bab buat Mee Kuah, itu bahagian dia. Dia pro. Kami, bab makan memang pro.

Abang aku yang ketiga sampai awal, so, dorang tolong kemas apa yang patut. masa ni, dia anak beranak tengah kemas nak bubuh water filter . anak dia yang first ni, rajin. bab kerja umah, walaupun dia lelaki tak payah suruh, dia tau apa yang patut buat. kadang2 anak-anak buah aku yang pompuan pun kurang rajin cam dia. harap2 anak2 aku tu walaupun lelaki, hendaknya rajin gak la cam si Faisal ni.. la ni dah nampak dah ciri2 rajin tu.. rajin buat semak.. hehehe


Bila jemputan dah balik, turn kami lak la menjamu selera








Tengah2 malam baru teringat kacang yang kakak ipar aku bawak balik dari Chemor belum pun rebus lagi. tak lengah lagi abang ipar aku terus merebus kacang dengan jayanya..

Yang ni, geng2 yang dah hampar toto tempat tidor pun boleh bangun lagi untuk makan kacang rebus yang tak berapa nak 'mesra' garam ni. belasah ja la.. ambik semangkuk rasa, belum masin, tambah lagi semangkuk, rasa lagi, belum masin lagi.. last2 bila dah betul2 'mesra' garam, elok la tinggal lagi sikit ja, terpaksa simpan untuk 'orang belakang' yang belum makan.




Budak2 ni main katak. aku ni dahla takut sangat dengan benda alah tu. Anak aku, yang lipas dia takut, tapi katak, boleh lak pegang, sampai mati katak tu dorang kerjakan. siap bagi nama kat katak tu... Ikmal nak bubuh nama Iman, yang Dini dan Rain dah bubuh nama Chris.. eeeeee please la..

Yang ni tak padan dengan Chiken Pox tu tak baik betul lagi, dah main pasir pulak.. aku kasi can.. sekali sekala balik kampung..

Dah main pasir, tok bagi mandi plak.. syok la dapat main air...