CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY OUR EN. AD..

15/1/2009 yang lalu, hari ulangtahun lawyer kami En. Ad yang ke...??? muda trang tang tang lagi.... kami satu ofis celebrate sehari awal sebab on that day, En. Ad bercuti. so, majlis sederhana tetapi meriah diadakan di SECRET RECIPE..

Junior vs Senior


Aku dan Kaklong

3 Mak Dara Pingitan @ Pungutan..

5 Mak Dara yang everyday menggamatkan JAHARA RADZI & PARTNERS

Tengok birthday boy.. 'tidur dalam iman..' huhu.. maklumlah dah makan kenyang..!! acara seterusnya.....

Chocolate Cheese untuk En.Ad. Sponsored by Fakrul, Despatched 'semua dlm 1' mamat yang berbaju belang tu la..

Awat En.Ad tidoq.. la.. camana birthday boy nak potong kek, mengantuk lak...!! selesai menjamu selera dengan makanan sedia ada, kami belasah kek pulak.. sedappppp

Ok... dah kenyang kan semua... so, kami balik ke office.. working time..!!

Balik ke offis, kami prepare pulak hadiah untuk En.Ad.. hadiah ni Sue, Lin dan Kaklong yang pilih..

Alamak.. !! En. Ad malu2 kuda pulak...!!

Amende nih...??!

Tarra...!! Kemeja untuk EN.AD. Actually tanah dia koko, tapi lam pic ni nampak hitam lak.... harap En. Ad suka...

****************************************

Tamatla sudah acara makan2, tahun depan kita buat lagi OKEH... kalau rasa lambat, bulan 3 incoming pun bolehhhh... ahakssss!!





CORAT CORET SEKITAR MAJLIS...
*******************************************


Thursday, January 21, 2010

SELAMAT HARIJADI MAK...

"Ibu... Ibu...
Engkaulah ratu hatiku..
Bilaku berduka engkau hiburkan selalu...
Ibu... Ibu..
engkaulah.. ratu hatiku..
tempatku mencurah kasih tiap waktu.."

Itulah sebaris lagu yang sering berkumandang di radio.. itulah luahan ikhlas aku sebagai anak mak.. "SELAMAT HARIJADI YANG KE 74 TAHUN MAK.. Semoga panjang umur, murah rezeki.." itulah ucapan aku pagi tadi sewaktu menelefon mak untuk mengucapkan selamat hari jadi. Macam biasa ayat mak.. "la.. harijadi aku ka..? lupa dah aih.." bukan lupa.. tapi mak tak pernah ambik tau pun bila harijadi dia.. anak2 saja yang akan mengingatkan dia.. itula mak aku.. semoga mak akan terus panjang umur dan dapat melihat anak cucu mak berjaya di masa2 akan datang. AMIN.. walaupun mak tak baca blog ni, Ida tetap ingin mengatakan..
IDA SAYANG MAK... KAMI SEMUA SAYANG MAK....!!









Tuesday, January 12, 2010

Kudaku lari gagah berani... ayuh lari.. hai kudaku lari.... ha.. itu lagu.. dan ini kudaku tak lari pun.. hehehe.. bukan kudaku.. tiap2 petang terutamanya hari jumaat sampai ahad aku sefamily akan lepak kat kdai sini la.. makan laksa time petang2, isnin hingga khamis, aku layan cinta balqis.. tak kuar rumah tu.. tp dlm sehari dua ni ada pulak orang letak kuda dan buat sewa naik untuk budak2 dan orang dewasa yang tidak melebihi berat 140kg.... ikmal dan irfan tak melepaskan peluang..



kejap2 tuan kuda tu kena betulkan, bdk2 ni duduk senget..

irfan seronok, tak takut pun..


dari sini sampai kat atas sikit pada rumah yang nampak full tu jer.. RM2.. Mahal gak aku rasa, ikmal dan irfan naik 2 round RM5. sekali tu jer la aku bagi naik. bagi rasa. kuda tu jalan jer.. bawakla jauh sikit, ini dekat sangat, 5 minit pun tak sampai.. bukanla aku berkira, tapi biarla berbaloi, sian budak2..















Saturday, January 9, 2010

HARI BAHGIA DAN TRAGEDI..

Balik dari LIMA LANGKAWI 5/12/2009, kami terus ke rumah kakak aku kat kepala batas, kami gerak dari kuala perlis aku rasa lebih kurang pukul 10 la lepas makan. sampai kat highway lebih kurang pukul 11.45 mlm, aku dapat panggilan telefon dari HANI anak buah aku mengatakan abang aku excident dengan 2 orang pegawai TUDM yang menaiki motor besar. kereta abang aku teruk juga sebelah pemandu, tapi alhamdulillah abang dan kakak ipar aku takde pape. cuma luka ringan, muka abang aku luka dan masuk kaca sikit, kakak ipar aku cuma luka sikit jer kat tangan. kedua2 Pemandu motor tu teruk, sebab dorang hentam keta abang aku, kalau ikut undang2 abang aku salah sebab dia keluar simpang, tapi hingga sekarang abang aku tak boleh nak explain mcm mana dia tak boleh nampak motor tu, sedangkan malam, mesti nampak cahaya, abang aku pulak memang jenis pemandu yang berhemah setakat 32 tahun aku kenal dia. mungkin benda saja nak jadi, dan orang2 kat situ ada jugak yang kata mungkin 'terlindung' abang aku tak nampak motor y datang dari arah kanan. lagipun tempat tu dah banyak kali 'makan orang'... mengikut cerita dari adik beradik aku yang lain, dua family abang aku ni dalam perjalanan balik ke SERI MALAYSIA lepas majlis tahlil dan khatam quran selesai, abang aku ni dibelakang kereta abng aku yang sulung, belum jauh pun lagi, abang aku yang sulung lepas simpang, pusing belakang tengok pemandu motor tu dah melambung. memang kuat. sampaikan ekzos motor tu masuk dalam kereta jatuh atas riba abang aku, abang aku pulak, sempat lagi dlm panas2 tu angkat balik ekzos tu dan buang ikut tingkap yang dah pecah sebelah dia tu. lawak pun ada, tapi itula hakikatnya.. ekzos tu pulak dah jadi mcm tin minuman yang dah penyek tu.. bayangkan la.... bila kami sembang2 balik, abang aku kata, selain daripada ALLAH S.W.T yang menyelmatkan dia suami isteri, pesona tu pun salah satu faktor jugakla.. kata abang aku, kilang dia supply/buat besi yang dipasang pada pintu pesona, so, setelah ujian dibuat, pintu pesona tu memang tahan dengan hentaman kuatla.. aku tak taula detail sangat, tapi lebih kurang camtu la cita abang aku... (wah...silap2 lps ni rmai pkai pesona nih.. ala.. smpai masa kat mana pun blh mati..) tapi kalau tngok balik, ada betulnya jugak sebab ikut logiknya sepatutnya abang aku memang akan tersepit punya sebab motor tu tengah laju.. memang hentam kuat..!! tapi alhamdulillah, pintu kereta tu cuma kemek ja, tak sampai hentam abang aku jadi kemek sama.. NAUZUBILLAH... MINTA DI JAUHKAN ALLAH...!! aku dan keluarga bersyukur ALLAH menyelamatkan abang dan kakak ipar aku mlm tu.... waktu kami sampai dari Langkawi, abang aku dah balik ke hotel, esoknya baru aku jumpak waktu kenduri.. gambar2 excident ni ehsan dari SYIDEE anak buah aku..

yang berkain pelikat tu abang aku (mangsa) .... mcm berita la pulak..






Masa ni kedua2 pemandu yang patah rahang dan sorang lagi patah tangan dah pun dibawa kehospital, abang aku yang luka tak ke hospital pun, hanya diberi rawatan kecemasan dan 'dressing' oleh anak buah aku, kakak pengantin yang juga nurse. nasib baik misi ada simpan first aid kit kat umah misi.. tq misi... So, alhamdulillah, setelah sebulan berlalu.. kereta ni dah pun hampir siap direpair, mungkin pertengahan bulan ni, abang aku akan balik untuk ambik balik kereta ni kat workshop..

Dan esoknya majlis bersanding berlangsung dalam suasana trauma tetapi tetap gembira.. msa ni hubby tengah explain detik2 cemas kejadian xcident mlm tadi.. (mcmla dia ada time tu...)


Laparnya irfan...





Bakal pengantin tahun ini..



kami berdua wajib pose



apa kes nih abang oi... lebih baik berbantalkan lengan daripada berbantalkan gelas.. huhu..


selamat pengantin baru shuhada (syud) dan arif

terhegeh2..

geng2 bajingan.. opppsss bujangan...!!!

gambar selingan.. cucuku yang terbaru.. nuraina athirah.. gerammmm. skrng nk masuk 4 bulan
Athirah dan mama.. abah budak ni (yang baju merah dlm pic bawah) anak buah aku..

acara buka hadiah sedang berlangsung..

orang sebok dok bukak hadiah, budak bedua ni irfan dan adrina dok bergaduh berebut tisu, yang adrina tak bagi ambik tisu dia, yang irfan mengusik, dia pun nak jugak main tisu.. acara tarik menarik bermula diakhiri dengan adrina melepaskan geram dengan meraung sekuat hati...

arghhh aku berjaya...!!


kami lagi.. isi mana boleh jauh dari kuku..

Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat walaupun semalam tragedi menimpa abang aku suami isteri.. walaupun semua diantara kami masih trauma, tapi majlis tetap diteruskan walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu.. SELAMAT PENGANTIN BARU PADA SYUD DAN ARIF.. SMG BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...