CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Saturday, January 9, 2010

HARI BAHGIA DAN TRAGEDI..

Balik dari LIMA LANGKAWI 5/12/2009, kami terus ke rumah kakak aku kat kepala batas, kami gerak dari kuala perlis aku rasa lebih kurang pukul 10 la lepas makan. sampai kat highway lebih kurang pukul 11.45 mlm, aku dapat panggilan telefon dari HANI anak buah aku mengatakan abang aku excident dengan 2 orang pegawai TUDM yang menaiki motor besar. kereta abang aku teruk juga sebelah pemandu, tapi alhamdulillah abang dan kakak ipar aku takde pape. cuma luka ringan, muka abang aku luka dan masuk kaca sikit, kakak ipar aku cuma luka sikit jer kat tangan. kedua2 Pemandu motor tu teruk, sebab dorang hentam keta abang aku, kalau ikut undang2 abang aku salah sebab dia keluar simpang, tapi hingga sekarang abang aku tak boleh nak explain mcm mana dia tak boleh nampak motor tu, sedangkan malam, mesti nampak cahaya, abang aku pulak memang jenis pemandu yang berhemah setakat 32 tahun aku kenal dia. mungkin benda saja nak jadi, dan orang2 kat situ ada jugak yang kata mungkin 'terlindung' abang aku tak nampak motor y datang dari arah kanan. lagipun tempat tu dah banyak kali 'makan orang'... mengikut cerita dari adik beradik aku yang lain, dua family abang aku ni dalam perjalanan balik ke SERI MALAYSIA lepas majlis tahlil dan khatam quran selesai, abang aku ni dibelakang kereta abng aku yang sulung, belum jauh pun lagi, abang aku yang sulung lepas simpang, pusing belakang tengok pemandu motor tu dah melambung. memang kuat. sampaikan ekzos motor tu masuk dalam kereta jatuh atas riba abang aku, abang aku pulak, sempat lagi dlm panas2 tu angkat balik ekzos tu dan buang ikut tingkap yang dah pecah sebelah dia tu. lawak pun ada, tapi itula hakikatnya.. ekzos tu pulak dah jadi mcm tin minuman yang dah penyek tu.. bayangkan la.... bila kami sembang2 balik, abang aku kata, selain daripada ALLAH S.W.T yang menyelmatkan dia suami isteri, pesona tu pun salah satu faktor jugakla.. kata abang aku, kilang dia supply/buat besi yang dipasang pada pintu pesona, so, setelah ujian dibuat, pintu pesona tu memang tahan dengan hentaman kuatla.. aku tak taula detail sangat, tapi lebih kurang camtu la cita abang aku... (wah...silap2 lps ni rmai pkai pesona nih.. ala.. smpai masa kat mana pun blh mati..) tapi kalau tngok balik, ada betulnya jugak sebab ikut logiknya sepatutnya abang aku memang akan tersepit punya sebab motor tu tengah laju.. memang hentam kuat..!! tapi alhamdulillah, pintu kereta tu cuma kemek ja, tak sampai hentam abang aku jadi kemek sama.. NAUZUBILLAH... MINTA DI JAUHKAN ALLAH...!! aku dan keluarga bersyukur ALLAH menyelamatkan abang dan kakak ipar aku mlm tu.... waktu kami sampai dari Langkawi, abang aku dah balik ke hotel, esoknya baru aku jumpak waktu kenduri.. gambar2 excident ni ehsan dari SYIDEE anak buah aku..

yang berkain pelikat tu abang aku (mangsa) .... mcm berita la pulak..






Masa ni kedua2 pemandu yang patah rahang dan sorang lagi patah tangan dah pun dibawa kehospital, abang aku yang luka tak ke hospital pun, hanya diberi rawatan kecemasan dan 'dressing' oleh anak buah aku, kakak pengantin yang juga nurse. nasib baik misi ada simpan first aid kit kat umah misi.. tq misi... So, alhamdulillah, setelah sebulan berlalu.. kereta ni dah pun hampir siap direpair, mungkin pertengahan bulan ni, abang aku akan balik untuk ambik balik kereta ni kat workshop..

Dan esoknya majlis bersanding berlangsung dalam suasana trauma tetapi tetap gembira.. msa ni hubby tengah explain detik2 cemas kejadian xcident mlm tadi.. (mcmla dia ada time tu...)


Laparnya irfan...





Bakal pengantin tahun ini..



kami berdua wajib pose



apa kes nih abang oi... lebih baik berbantalkan lengan daripada berbantalkan gelas.. huhu..


selamat pengantin baru shuhada (syud) dan arif

terhegeh2..

geng2 bajingan.. opppsss bujangan...!!!

gambar selingan.. cucuku yang terbaru.. nuraina athirah.. gerammmm. skrng nk masuk 4 bulan
Athirah dan mama.. abah budak ni (yang baju merah dlm pic bawah) anak buah aku..

acara buka hadiah sedang berlangsung..

orang sebok dok bukak hadiah, budak bedua ni irfan dan adrina dok bergaduh berebut tisu, yang adrina tak bagi ambik tisu dia, yang irfan mengusik, dia pun nak jugak main tisu.. acara tarik menarik bermula diakhiri dengan adrina melepaskan geram dengan meraung sekuat hati...

arghhh aku berjaya...!!


kami lagi.. isi mana boleh jauh dari kuku..

Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat walaupun semalam tragedi menimpa abang aku suami isteri.. walaupun semua diantara kami masih trauma, tapi majlis tetap diteruskan walaupun dalam hati tuhan saja yang tahu.. SELAMAT PENGANTIN BARU PADA SYUD DAN ARIF.. SMG BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT...


5 comments:

♥Cik Puan♥ said...

teruk motor tue..takut tgk..

hai tue pengantuin baru jugak ker?

mamaarifakeemaisy said...

eeii seramnye dgr bab eksiden2 ni..Alhamdulillah naseb baik cedera ringan je, tgk pd kead motor, trajis tul tragedi ni kan..mmg trauma dibuatnya kan..apapun majlis kena diteruskan dgn meriah kan..lawa warna tema tue..pengantin pun lawa.. ^_^

Unknown said...

mmg takut klu bab2 cam nie..tp alhamdulillah lah selamat minta pemandu motor tue pun cepat pulih.. yg penting mmg lapor tgk dorang mkn nasi minyakplus nuraina tue debab yerk geram jerktgk badan die tue..peluk sedap tue..

watie wyyn said...

perghhh alhamdulillah sume slamat..yelah kalau belum smpai ajal!

shukri said...
This comment has been removed by the author.