CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

Friday, January 16, 2009

Overtime

Kerja oh kerja, banyak sungguh kerja yang nak kena aku settlekan. Oleh kerana ada kerja urgent yang tak pernah habis, aku dan kawan2 sepakat untuk buat OT.



Syafiq, anak Kak Midah yang cukup manja dengan Deknon


NURIN QASRINA datang melawat ofis

Rina datangggg... Actually aku dah story tentang Rina dalam entry sebelum ni. sekarang mamanya dah habis pantang dan bawak dia datang ofis. Rina sebenarnya anak kedua member aku. Anak dia yang first NURIN ALAINA dah kembali ke rahmatullah pada 14/10/2008 yang lalu. kami sebagai kawan2 yang melihat beliau 'membesar' didepan mata turut sama2 bersedih di atas kehilangan beliau. apatah lagi pemergiannya di saat2 sebulan sahaja lagi dia bakal menjadi seorang kakak. Bila Rina datang ke ofis baru2 ini, yang paling membanggakan aku bila melihat Rina pakai Seluar jeans kakaknya. Hilang rindu aku pada kakaknya yang kami panggil dengan nama manja GURL2. NURIN ALAINA... semoga rohmu dicucuri rahmat.. buat NURIN QASRINA.. welcome to the world..





Rina dan Mama




Aku dan Rina


Rancangan tergendala

Hai.. dah lama sangat rasanya aku tak update blog aku. banyak sangat kerja yang nak disettlekan. banyak gk storynya, tapi betul2 tak sempat. untuk u all suma yang masih sudi nak surf blog aku, aku ucapkan trimas dan aku akan update dari masa ke semasa ok..! adioss..

Wednesday, January 7, 2009

Irfan memang kamcing dengan abang dia. kat mana abang lepak, kat situ dia ada, apa abang main yang tu jugak dia nak, kalau abang tidoq kat situ jugak dia sandarkan pada kenangan

Dia memang suka main pinggan

Dalam usaha untuk duduk dalam pinggan

berjaya duduk dalam pinggan

Yang ni Ikmal punya kerja. dia masukkan 'cuk' adik dia dalam baju. sian budak tu

Miss Japanese Cotton

Baju ni Deknon yang belikan oppsss tolong belikan kat KL. masa tu kami cari baju ni kat sini mahal. so, bila dia ke KL kami pesan. sayangnya tak banyak choice corak dia Deknon kata. belasah ja la. so, dari raya ritu sampai rini, kali ni baru kami dapat janji pakai sama.


Mama dan Makcaq

Mama Ida dan bakal Mama Yana

Mama dan Ibu

Ibu dan Deknon

Sekali tengok manisss ja. Dua kali tengok macam budak2 baik nak p ngaji. hehehe


Monday, January 5, 2009

Dinner

31/12/2008 Dinner JKR kat DEWAN PUTRA TAMAN SELASIH. Aku sekeluarga p memeriahkan majlis. Acara biasa2 bagi sijil cemerlang etc. Sampai part luckydraw tak sangka ada gak tuah kami. dapatla benda alah ni. jadila.. untuk tambahkan stok kat umah.



Sekejap ja p dah dapat kawan. tulah namanya budak2 kan

Ikmal ni hidup dia dalam berkawan tak habih2 dengan berlawan

Irfan dah boring



Makan aiskrim
Esoknya aku masak yang simple2 ja utk lunch. Masak lemak pucuk ubi my favourite dan..

Kerang masak kicap resepi dari Kakak iparku yang berasal dari Sarawak. tapi bahan tak cukup masa ni, so, aku belasah ja yang mana ada. kicap pekat tak ada, bawang tak cukup, cili padi tak ada, so, belasah ja la yang mana ada.. janji siap..

Dalam masa aku memasak inilah hasil yang anak aku buat, dah habis walker ni tak boleh naik, dia pusingkan ke bawah, mula2 main tayar, pastu, masuk dalam. suka hati ko la nak..!!

Perangai anak2

Aku balik kerja tengok Irfan pakai baju baru. Pengasuh belikan. Ikmal kata "adik pun pakai baju BEN10 mama, sama macam Mal". Suka dia adik dia pakai baju sama cam dia.
Aku belikan Irfan Toy ni. aku tak tau namanya apa. tapi aku panggil PON2. suka la dia dapat benda alah ni. tapi yang jeles dah tentula IKMAL. dia nak jugak benda ni. nak buat apa? jenuh gak aku pujuk. last2 dia jugak yang sebok main. dah berebut dengan adik pulakkk

Alamak sudah mandi pun terus naik, tak sempat pakai baju lagi. tak malula irfan ni..!

Ce.. dengan segak bergaya menunggang pon2 nya.

Syok main dengan abang. Abang tolong tolak

Ini glove yang Ikmal nak sangat tu. Officemate aku Kak Midah dah belikan untuk dia. Memang rezeki dia cuma ada satu ja lagi stok kat kedai tu. RM3.90. so, tak lengah lagi Kak Midah membelinya. Itulah tuah anak2 aku. kadang2 benda2 yang anak2 aku nak, aku tak boleh beli, officemate aku yang tolong belikan. Dorang tau aku ni takdak 'kaki' susah nak keluar p mana2 untuk cari barang. bertuah aku dapat kawan2 yang memang memahami.. TQ ..KAWAN2 !!

Inilah kerja si Irfan bila aku sebok2 buat kerja lain. Pintu almari yang sebelah tu pun, dia punya kerja jugak. Memang pintu tu dah teruk, aku panggil 'gogeh2'. tapi dapat kat budak ni, sekali dia tarik jer.. langsung tercabut. nasib baik tak timpa dia. Aku pun nyaris2 nak kena sama. seb bek sempat mengelak.