Aku bercuti ke Klang. Kenduri umah Kakak Ipar aku. Besala kenduri kat situ memang meriah beb.. kalau dah namanya kenduri, memang kenduri sungguh. Dari pagi sampai malam asyik makan, makan, makan. Yang kahwin ni, anak buah hubby. Budak ni Racer untuk Kategori Expert Petronas Sprinta. So, bertambah ramai la tetamu yang datang. Member2 racing team dia la. Aku tak kenal pun, besala, bab2 rempit secara sah ni, aku memang tak minat pun. Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU buat MD. ZAMRI BABA (JIJI) dan ELIN. Makcik doakan Semoga jodoh dan kebahagiaan berkekalan untuk selamanya.


Benda2 alah ni kena letak kat luar la, takkan nak letak bilik pengantin, tak sempoi la beb..

Sebahagian dari Koleksi
Malam berinai


Acara memasak bermula seawal hari Jumaat sehingga ke hari Kenduri pada Ahad. Berbagai menu masakan yang dihidangkan untuk Sarapan, makan tengahari, Minum petang sehinggalah ke Dinner time. Antaranya Nasi goreng, Kueh kuaci, Kueh Kasui, Kueh Lapis, Kek, Laksa, Kerepek2 termasuk Nasi Campur beserta Satay dan Ayam Panggang
Hamper untuk cabutan bertuah

Preparation untuk buat Kueh Kuaci

Malam kenduri. Suasana memang dah ramai cam hari kenduri